Sewa 3.0

65 6 1
                                    

4 November 2017, exactly at this date it happen. What happen?

Macam biasa tak biasa, kisah kali nih aq tak tahu ada kaitan ke tak dengan rumah Sewa kitorang tuh. Alamak jangan marah sebab memang aq rasa ada kaitan.

Sorry for the manipulative words.

The reason why it is related is sejak kitorang menghuni rumah tuh ada saja tak kena. Maksud aq ada sahaja something happen to all of our house members. Contohnya kalau balik campus memalam sebelum nih tak pernah pula kena kacau but sejak duduk rumah tuh tetiba ada pula kisah yang akan aq selitkan dalam bab ke berapa entah dalam buku nih.

To the suprised, it is related after all. Which aq assume sahajalah.

So malam tuh housemate aq balik seorang daripada campus. Jarak antara campus dan rumah sewa hanyalah 5 minit tapi bila kau drive kereta yang boleh muat lebih 8 orang which means kereta yang agak besar dan kau hanya berseorangan dalam tuh as the driver apa yang kau rasa? Plus it is night after all.

Watak utama dalam kisah nih kita gelarkan dia as Q.

Sebelum masuk ke gate besar campus ada 1 bonggol jalan. Aq beritahu awal-awal. Malam tuh masih awal dalam jam 8 lebih pm gitu. Tapi as known kerajaan kan memang suka bina tempat belajar dekat tempat yang lengang or should I say kinda jin bertendang or pekan cowboy or gelap sebab lampu jalan tak cukup banyak or senang cerita tak banyak orang lalu jalan tuh terutama pada waktu malam.

Q baru balik hantar member aq yang lain sebab diorang study group sama tak silap aq memandangkan waktu tuh exam week. Lagipun kereta dia kan besar so memang selalu orang minta tolong nak tumpang dia.

Which aq harap memang betul 'orang' lah. Tapi hari tuh maybe bukan lucky day dia.

~.~.~.~.~.~.~ Q POV ~.~.~.~.~.~.~

Lagu di radio yang terpasang kuat membuatkan aq leka dengan suasana sekitar. Maksud aq, aq MEMANG NAK ignore suasana sekitar memandangkan aq seorang dalam kereta yang tak berapa nak kecil nih. Aq memang bukan berani gila namatey tuh tapi bila kau seorang yang faham chapter dalam subjek tuh tak kan member minta tolong kau ignore kan?

The point is, yang aq tahu aq nak balik cepat sebab aq rasa diperhatikan. Serious.

Time aq tengah syok nyanyi lagu dekat radio yang entah apa aq tak ingat, aq perasan something. Bumper. Bonggol jalan yang bakal aq lalui nih pelik. Sebab? Dah hampir 2 tahun setengah aq study dekat tempat nih tak pula aq perasan yang bonggol nih ada 2 sebenarnya. Dia baru buat semalam ke? Tapi siang tadi aq lalu bumper nya masih kelihatan 1.

Ke memang tak ada? Aq berimaginasi ke ni? Aq seorang je ke yang nampak? Ah lantak. Aq tekan break untuk slow kan kereta as bonggol menghampiri.

"...!?"

Break mengejut ditekan. Dengan pantas aq toleh ke side mirror untuk lihat sama ada di belakang kereta aq ada tak kereta lain takut dia marah sebab aq tetiba tekan break mengejut. Kenapa?

SEBAB BUMPER TADI HILANG.

Sumpah aq nampak ada 2 bonggol tadi. Bumper yang selalu sentiasa ada di jalan nih sejak aq mendaftar masuk dekat campus nih dengan the unknown damn bumper yang baru aq lihat tadi but tetiba hilang menyebabkan aq terkejut sakan.

Kau ingat malam nih bumper je ke yang kacau aq? Haha tak weyh nih baru first stage diorang main kasar dengan aq.

Belum sempat aq ber-istighfar selepas pelik yang tak habis lagi dengan mata aq yang acah-acah nampak benda yang tak ada tetiba- 'What the-!'

Saat aq toleh ke side mirror untuk lihat kereta belakang mana tahu kalau ada, tetiba aq nampak lembaga besar full body hitam legam tanpa wajah tepat betul-betul center side mirror yang aq tengah lihat sekarang.

Aq dengan segera toleh pandang ke hadapan untuk avoid daripada melihat si lembaga. Minyak ditekan kuat dan aq tak hirau dah bumper yang sebenar ke bayangan aq ke atau entah apa-apa sahajalah. Terhuyung-hayang kereta aq langgar bonggol tanpa tekan break aq kisah apa kereta besar as kalau dilanggar orang pun bukan aq yang mati tapi sebaliknya. Well confident tuh penting lagi-lagi dengan situasi macam sekarang.

Lahanat punya makhluk aq cakap. Aq memang tak pandang side mirror lepas tuh sebab aq tahu belakang aq memang tak ada kereta lain. Depan pun tak ada. Senang kata, memang kereta aq seketul sebiji seorang je dekat kawasan yang gelap tak cukup lampu jalan memalam nih.

Nih baru stage kedua, kau rasa?

Tak cukup dengan tuh waktu aq tengah agak ketakutan sambil tekan minyak laju bersama kereta yang hanya berpenghunikan aq seorang, "shit!" aq termencarut dek kerana deria rasa refleks badan aq yang merasakan bahu aq ditepuk oleh makhluk lahanat mana tetiba dari belakang yang sememangnya tak ada seorang insan atau manusia pun di tempat duduk penumpang.

Aq apa lagi spontaneously tekan break mengejut sekali lagi seterusnya kembali tekan minyak kuat menandakan speed which kalau aq terlepas stereng aq dah InnalillahiWaInnalillahiRojiu'n sekarang.

Aq tak tahu berapa laju aq bawa kereta waktu tuh sebab dalam otak aq penuh dengan kecarutan dan bayangkan nak cepat sampai rumah je.

Alhamdulillah tempoh menyeksakan yang sepatutnya kurang 5 minit untuk sampai ke rumah telah aq lalui dengan takutnya haha.

Tombol pintu rumah sewa yang berkunci aq buka dengan gelojoh. Kaki di jejak ke dalam rumah dan pintu dikunci sambil aq..

"Shit dammit sial seram bodohh"

"Taguna namatey kurang ajar"

"Damn it, damn it!"

..sambil aq keep saying those words repeatedly which eventually mengundang tanda tanya housemates aq yang lain.

Kalau aq jadi diorang pun aq pelik dah kenapa si Q nih tak habis-habis mencarut, baru lepas gaduh dengan teman tetapi mesra ke haha.

~.~.~.~.~.~.~

"Dah kenapa si Q nih tak habis-habis mencarut, baru lepas gaduh dengan teman tetapi mesra dia ke apa agaknya?" , itulah apa aq dan housemates yang lain wonder time Q masuk rumah sambil maki curse segala khazanah dunia dikeluarkan daripada mulutnya yang semula jadi pink tuh hm.

Memandangkan waktu tuh cuma bilik aq yang ada orang so Q straight terus ke bilik kitorang (bilik aq cuma berdua) dan ceritakan apa yang terjadi yang menyebabkan dia nampak macam hilang kewarasan akhirawi sekejap malam tuh.

Aq dan roommate hanya mampu pinjamkan telinga dan pandang each other hoping that whatever that is, just please don't ikut balik or kacau kitorang or menambahkan lagi kekusutan semula jadi rumah sewa tuh. Cukuplah dengan apa yang berlaku. Jangan di tambah lagi.

Cukup, cukup-cukup sudah
Cukup sampai di sini saja.

Eh macam kenal je. Ah lantak.

So memandangkan sekarang aq dan housemates dah terlepas daripada genggaman rumah tuh, maka bermaharajarela lah aq menaip kisah ini. Tiada lagi nightmare. Tiada lagi tindihan. Tindih?

Well tuh sambung next chapter. Maybe Bab Sewa hanya akan sampai sehingga 4. Atau 5. Probably with or without my consciousness.

Depends.

So, what do you think? Kalau kau berada dalam situasi Q, agaknya hidup lagi tak kau sekarang? Pfft.

Oh lupa beritahu. Q ceritakan kisah yang dialami dekat teman tapi mesra (TTM) dia and turns out kitorang kena marah oleh TTM dia sebab dia cakap kitorang nih tak gentle langsung as sanggup biarkan housemate sendiri keluar sensorang memalam sampai kena kacau dek makhluk tak berjasad. Masalahnya dia keluar time kitorang tak sedar (tidur lena) gila waktu tuh. Bukan salah kitorang seriously. Sorry Q.











Bukanlah actually kena marah but kena tegur je. Tak takut pun tho. Segan je hm.

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang