Location : UiTM Seri Iskandar, Perak.
Abang P.O.V :
Aq tak ingat aq semester keberapa time tuh. Yang pasti, adik aq still in high school. And maybe adik aq yang paling bongsu masih in primary school. Umur aq?
Hm dah tahun baru kan? So aq 25 tahun nih, 24 suku tahun lah kalau kira birthday.
Okay tuh kita tolak tepi.
By the way, this is a short storytelling sahaja sebab aq ada kerja lain yang mengekang masa aq untuk tulis lebih lagi, wahai para readers sekalian.
So long story short, macam biasa, time tuh malam. Ke pagi eh?
Alamak aq lupa (sebab guna P.O.V. orang lain lol) tapi tak apa sebab aq tak rasa siang or malam benda yang penting because if that thing nak menonjolkan dirinya, siang atau malam tetap orang kecut perut refleks cirit apa semua.
So sama saja.
Back to the story, time tuh dalam bilik. Dengan roommates housemates aq. Time tuh tengah syok pung pang pung pang memasing cerita apa binatang entah sampai gelak-gelak memang seronok betol.
Bilik aq nih ada katil double-decker (style budak-budak asrama alah macam tak biasa) and dorm style. So kalau memekak tuh kalau member dengar memang syok join sekali.
Dalam reramai dalam bilik aq nih, tak ramai yang percaya benda-benda supernatural nih. More like, dia orang tak pernah or jarang mengalami so if ada benda happen berkaitan fenomena benda tak kelihatan nih, mesti aq jadi reference dia orang.
Why? Manalah aq tahu dah dia orang tanya aq, and kebetulan aq tahu. Tak akan aq nak buat do not know saja kan.
Although tak semua benda aq beritahu jujur dengan dia orang lah. Sebab nanti dia orang yang tak mampu brain.
I am not saying yang aq nih expert dalam benda-benda alah nih tapi when kau dah terbiasa alami, automatic kau akan kaji a bit more pasal nya kan.
So that is how I knew stuff.
Memasing ada yang bersandar tepi katil, duduk atas katil, atas kerusi, lantai memenuhi segenap ruang graviti bilik.
Tapi tak kisah mana kita orang duduk, semua orang akan perasan if ada something dekat tingkap sebab keberadaan tingkap tersebut adalah di tengah-tengah sisi dinding bilik.
Time tengah sembang entah apa benda, aq nampak something yang boleh dikatakan membuat aq agak terpana dan terdiam secara tiba-tiba.
Bola api.
Aq nampak for freaking sake, bola api doh! Bola api terbang! Serious. For. Real.
Why aq panggil bola api? Sebab it looks like a freaking ball, yang tengah terbang, disaluti api yang masih membara.
Technically macam meteor tengah jatuh, but a small version.
Yang membuat aq terpana is bola api tuh sedang menghala ke arah kami dalam bilik. Yes, menghala kepada kita orang.
Shit.
Maybe sebab benda tuh makin lama makin terang (sebab makin dekat), so roommates housemates aq pun terperasan sebab kita orang nampak tuh dekat tingkap.
"Weyh apa benda tuh doh?"
"Bunga api ke?"
"Kepala kau, bunga api bukan rupa macam tuh bodoh"
Mula-mula macam kelakar sebab benda tuh pelik kan. Tapi otak memasing mula digest yang benda tuh actually makin dekat.
Reaksi masing-masing dah berubah 360 darjah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...