10 October 2017
-tarikh keramat kitorang mula diganggu.Tarikh nih juga adalah birthday Uzumaki Naruto. Okay beritahu saja, tak ada kaitan kena mengena antara yang hidup atau yang mati.
Kenapa Sewa ? Sebab ia berlaku dalam rumah sewa aq. Semester akhir nih. Dalam semester akhir nih lah diorang tak nak bagi duduk dalam je. Ergh.
Anyway rumah nih memang dah lama tak ada orang sewa or duduk. Tak tahu kenapa. Ground floor apartment. Dah kata pun apartment so maybe banyak lagi rumah kosong yang boleh di duduki selain rumah nih. Positif okay.
Kitorang dah tak ada option waktu tuh sebab rumah teres 2 tingkat yang sepatutnya kitorang masuk 2 hari sebelum kelas bermula tetiba owner rumah tuh kata penyewa sebelum tuh tak jadi keluar. What the heck. Dah lah last minute inform. Nak maki pun tak boleh so kitorang terpaksa cari rumah lain yang jauh lebih mahal.
Di pendek kan story, kitorang berjaya dapat rumah kosong di apartment nih. Asal nya dapat tingkat 3 or 2 macam tuh. Tapi waktu hari kejadian, agen owner rumah tetiba bagi kitorang rumah bawah sekali. Alasan? Rumah atas tuh nak di jadikan homestay atau guest house.
Then kenapa tak cakap awal-awal? Padahal kitorang dah buat kunci rumah atas untuk semua housemates time tuh. Nih lagi seorang lahanat.
Tapi member-member yang datang awal dah usha dulu rumah bawah nih and kata dorang rumah nih lagi besar dari rumah atas. "Memuaskan" katanya. Okay whatever lah asalkan ada rumah. Kitorang bukan ada kuasa nak bantah pun.
"Lain macam je rumah ni." Abang aq yang tak reti jaga mulut dia tetiba meluahkan apa yang dia rasa first time aq step inside rumah tuh dengan family aq. Kurang ajar. Tahu lah aq yang akan tinggal dalam rumah tuh dan bukan dia.
Abang aq nih jenis boleh rasa benda-benda nih. Tapi tak boleh nampak. Sama macam my mom. Aq abaikan kata-kata dia dan terus usha rumah tuh. Time tuh pula member aq yang pegang kunci kena balik sebab ada hal, kebetulan aq sampai. So aq take over. Means memang tak ada siapa dalam rumah tuh melainkan family aq dan aq je.
But deep inside aq tahu dan dapat rasa yang rumah tuh ada something. Sebab aq dapat rasa ada yang memerhatikan kitorang time aq first step in rumah tuh.
Seminggu berlalu. Tak ada apa yang berlaku. Tapi kitorang silap. Silap sebab tak buat bacaan apa-apa time first masuk tuh. Maksud aq bacaan yang official reramai tuh. Kalau setakat baca Yassin sensorang dalam bilik tuh semua buat aq rasa.
Okay. Tarikh first masuk rumah tuh adalah 9/9/2017. Genap sebulan selepas masuk rumah nih, selepas 9/10/2017, iaitu pada 10/10/2017, ia bermula. Semuanya selepas member aq punya mom datang melawat anak dia dan baca kan Yassin dan beberapa ayat suci yang lain di ruang tamu.
Yang aq tak faham kenapa daripada awal dia tak kacau? Kenapa selepas sebulan? Kenapa selepas my member's mom baca bacaan baru dia kacau?
But then aq just assume yang bacaan kitorang dan bacaan mak member aq adalah lain. Maksud aq dari segi niat nya. Mungkin niat kitorang baca sendiri-sendiri tanpa lindung apapa but member aq punya mom niat dia of course berbeza sebab anak dia ada dekat situ lah kan. So maybe benda tuh "terasa" dengan bacaan my member's mom dan start ganggu kitorang.
The real problem is dia bukan ganggu orang yang baca tuh but dia ganggu orang yang duduk dalam rumah tuh. Means KITORANG lah kan. Haih.
So, after my member's mom balik, kitorang pun jalani hidup sebagai sebagai seorang pelajar macam biasa. Ehhh kejap. Tak okay. Tak boleh. Sejak malam tuh, pandangan kitorang terhadap rumah nih dah lain.
Esok petang nya, heboh bilik member aq dalam rumah nih, master bedroom yang salah satu katil double decker bahagian atas tu kena kencing. Banyak gila. Macam 3 orang kencing setempat sekaligus. Haa nampak tak banyak dia.
Kejap aq explain. Rumah nih ada 3 bilik. 1 master bedroom. To make it easy :
Master bedroom : 2 katil double decker = 4 katil total 4 orang
Bilik 2 : sama macam master bedroom total 2 orang (ada lagi seorang belum masuk)
Bilik 3 : 1 katil double decker = 2 katil total 2 orang, bilik aq.Semuanya 8 orang time tuh. Memang rumah nih sepatutnya ada 9 orang sahaja.
Lepas petang peristiwa kencing tuh, semua wonder siapa yang kencing situ. Yang pelik nya katil bahagian atas yang kena kencing. Waktu tuh owner katil yang dikencing tuh dah 5 malam tak tidur situ. Dia tidur dengan kawan dia dekat asrama UiTM sebab nak buat assignment. So memang kosong tilam tuh.
Oh lupa nak cakap. Member aq seorang nih memang suka kucing so dia ada bawa kucing dia sekali. Kucing betina yang bernama Momo. Dan juga seekor kucing jalanan yang baru diambil time tuh bernama Mimi.
Momo nih jenis kucing beradab, kucing bela. Dia tak pernah kencing berak merata. Yang si Mimi pula kan anak kucing. Mana lah reti panjat katil atas tuh semata-mata nak kencing. So this curiosity keep going on beberapa hari lepas tuh.
"Okay ar tuh basah kena kencing. Daripada ada taik atas tilam tuh hahah", aq bergurau.
But wait. Tak sampai 2 hari, tanpa aq sedar esoknya yang tetiba mulut aq jadi masin. Katil yang sama, tapi kali nih bezanya ada tahi atas tilam tuh. Tahi. Erm. For God Sake, it's TAHI dude.
Dia berak pula kali nih. Duhh.
Okay so this time, this kind of story will be a series of episode stories. Tak akan habis dalam 2 chapter sahaja tau. Lebih daripada tuh. Disebabkan mood menaip dan kerajinan dan kefikiran dan assignment yang berlambak, I have to stop here.
Kalau nak tahu apa jadi dekat kitorang, (jangan risau tak ada yang cedera setakat nih. Hampir tuh ada lah. Hm) stay tuned okay?
Kalau yang nak tahu sahaja lah.
Yang tak nak diam-diam sudah.Erm, aq cuma harap dia tak tahu aq tulis mengenainya. Well, mana lagi aq nak taip cerita nih selain dalam rumah sewa nih?
![](https://img.wattpad.com/cover/85420383-288-k636617.jpg)
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...