Benda ni happen masa aq semester 3. Dalam rumah apartment ku. Masa tuh dah tengah pagi. Dalam 2-3 am camtuh. Aq ni jenis tidur lambat. Buat apa? Haa tu lah kekadang baca wattpad kekadang tengok movie kekadang tengok anime. Macam-macam. Okay kisah nya roommate aq tak ada masa tuh. Aq suka.
Bukan tak suka dia. Tapi aq suka keadaan senyap dan aq sorang. Boleh guling-guling, sepahkan katil, cakap sorang-sorang, tak ada siapa dengar atau kacau. Okay sorry kalau it sounds creepy.
Senang cerita aq suka duduk sorang sebab boleh buat benda yang aq tak boleh buat bila ada roommate aq.Roommate aq ni balik rumah dia. Masa tuh cuti beberapa hari pihak universiti bagi. So dia balik lah. Aq? No. Like i said, aq suka duduk sorang-sorang dekat sini. Pernah sekali masa sem 1 aq tinggal sorang di rumah apartment ku yg sepatutnya berhunikan 8 orang housemates tapi sebab Raya Haji masa tuh then semua balik.
Back to the story, roommate aq ni jenis yang pakai gelang kaki loceng yang aq tak pernah perhati pula kaki belah mana yang dia pakai. Yang pasti loceng akan selalu berbunyi setiap kali dia berjalan dalam rumah ni.
Then pada malam tuh macam biasa, aq tidur lewat. Tengah syok layan movie, gelak sorang-sorang, tetiba telinga aq menangkap bunyi derapan kaki bertemakan loceng yang berlegar-legar di luar bilik ku. Dia seakan berjalan mengelilingi ruang tamu. Berulang kali. Kerana sekejap bunyi loceng nya kuat sebagai tanda dia berada dekat dengan pintu bilik ku dan sekejap berjalan jauh dari nya.
Aq yang hairan membiarkan sahaja.
'Sambung layan movie lagi bagus' desis ku dalam hati. Ia tetap berbunyi beberapa kali selepas itu. Setahu ku, hanya roommate ku yang memakai gelang kaki loceng tersebut dan sekarang dia tidak ada di sini. Namun debaran yang ku rasa tetap ku abaikan.'Mungkin ada akak senior lain dalam rumah ni yang pakai gelang kaki loceng jugak.. haha.. ' untuk menyedap kan hati ku.
Perkara tu berlanjutan beberapa kali pada malam itu. Sampailah aq ambil keputusan untuk hanya sambung layan movie dan anime pada esok hari huhu. Tidur lagi bagus!

ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
TerrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...