Then esoknya, aq tanya ibu ku sama ada dia dengar something tak malam semalam since my mom nih seorang yang.. well serba tahu pasal benda-benda spiritual nih. Aq terkejut.
"Malam tadi ade budak nih selak langsir bilik ibu. Pakaian dy sume putih. Dari atas sampai bwh. Yang hitam cuma rambut dy. Pakaian dy serupa budak2 masjid yang berjubah putih, pakai rantai tasbih, pandang pelik kat ibu. Terkejut ibu.. "
Aq terus mendengar. Menurut ibu aq, masa budak berjubah putih tu selak langsir ibu aq, ibu ku nampak lah apa yang jadi dekat luar yakni ruang tamu tempat kitorang tidur tuh. Tahu apa?
Kelihatan ramai sangat orang lalu lalang yang berpakaian sama macam budak yang anggaran umur dalam 13-15 tahun tadi tu.
Diorang ulang-alik macam sibuk sangat mengurus sesuatu. Menurut ibu ku lagi, budak tu tenung dia and suami (parents aq k) tanpa berkelip dengan reaksi muka yang seakan sedang berfikir. Budak tuh stay sehingga lebih kurang 3-5 minit depan bilik ibu aq sampai lah ada orang dewasa lain tarik dia then lepas tuh ibu aq dah tak nampak.
Tapi bunyi kaki orang ramai menapak masih kedengaran sehingga hampir ke subuh macam tuh.
Rupanya, ibu aq dah bermimpi petang sebelum malam tu. Putera raja bunian telah mangkat di ruang tamu kami, di mana ruang tamu kami adalah surau di tempat or dunia mereka.
Sebelum mangkat, beliau suruh ibu ku memberitahu orang-orang nya bahawa dia akan mangkat di situ dan meminta izin untuk mereka menguruskan jenazahnya di situ.
Then there you go, menjelang malam, orang-orang nya datang menuntut jenazah putera raja diorang.
Ibu aq mention lagi yang diorang ulang-alik dari ruang tamu ke dapur sebenarnya sebab ambil wudhu untuk solat jenazah dan segala hal dalam pengurusan jenazah putera diorang. Baru aq faham. Itulah sebab nya aq tak takut (cuma berdebar yang amat je masa tuh k. Pfft).
Bunian rupanya. Bukan benda yang pelik-pelik tuh haha. Tapi kalau aq jumpa nak juga lah ucapkan takziah atas kematian putera diorang.
Tak. Gurau okay. Aq tak tahu apa jadi kalau aq jumpa depan-depan. Dengar tapak kaki pun dah nervous!
Itulah cerita nya.. Well my mom ada mention yang putera raja tuh handsome tau. Aq bayangkan.
Tapi.
Tak tercapai bayangan aq.

ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HororKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...