Tumpang

8 0 0
                                    

Ting! Satu notification khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi pada smartphone Sony Izzi. Pada ketika itu Izzi sedang hanyut dibuai mimpi, lena di dalam minda tanpa sedar selepas tamatnya kelas pada hari yang serba sibuk itu.

"Hati-hati ye bang, ibu mimpi ada orang tumpang rumah abang......."   - Ibu 

..yang mana itu adalah permulaan kepada kesengsaraan 14 hari seterusnya.

~.~.~.~.~.~.~


Izzi P.O.V.

Semester 5 adalah permulaan kemuncak kesibukan aq sebagai pelajar fakulti senibina dalam bidang juru-ukur bangunan. Well, hendak kata kemuncak tuh tidaklah sungguh sebenarnya as semua sedia maklum tugas sebagai seorang student memang sentiasa sibuk. 

Tidak sibuk dengan study, sibuk dengan berfoya-foya. Antara dua sahaja.

Nama aq Izzi. As easy as ABC. Aq seorang gentleman. Tetapi orang kenal dan panggil aq sebagai Baby. Why? baby-faced dia orang kata. Aq pun jenis tak kisah so whatever lah kan. Namun panggilan tuh bukanlah daripada semua kenalan aq. Ada sahaja called me by my name, no worries.

Okay bukan itu point nya sekarang memandangkan kau orang cuma nak tahu apa jadi dekat aq dan housemates di rumah sewa yang bertumpangkan orang lain sekarang nih. 

DAY 1

Malam tuh aq dan housemates bercadang untuk melampias stress study dengan movie time. Bukan di wayang tetapi hanya di rumah sewa sementara kami nih sahaja. Memandangkan ramai tak dapat kolej (asrama) untuk semester lepas so terdapat ramai lah makhluk tumpangan tak berbayar di rumah nih haha. Dalam ramai-ramai tuh, hanya beberapa orang sahaja yang join movie time kami nih kerana nama saja jantan, tidak semuanya berani.

Dipendekkan cerita, sewaktu sedang asyik melayan movie, kedengaran ketukan di sliding door bersebelahan pintu hadapan tanpa apa-apa suara. Bukan sebarang ketukan, tetapi ketukan yang agak dahsyat kerana sliding door tersebut bergegar. 

Kau orang jangan kata itu kucing kerana ia sangatlah mustahil. Lagipun kita orang memang tak letak sebarang langsir di pintu slide so sesiapa sahaja boleh nampak keberadaan orang diluar as it is transparent after all. Pintu slide pula hanya ditutupi oleh motor, kotak-kotak kertas barang study, segala model and prototaip stuff.


Nak tahu apa jadi seterusnya ? Jika sudi & ada kelapangan boleh lah tekan link atau attachment video Youtube dekat atas tu. Complete set cerita semua telah diceritakan oleh aku dalam video tu.  

Kisah seram ni agak berleretan so aku pisah kepada beberapa part. Hopefully enjoy! Terima kasih banyak!





Intai JagatWhere stories live. Discover now