Buaian

218 15 2
                                        

Okay benda ni berlaku waktu aq berumur 4-5 tahun sebab belum masuk tadika lagi pun masa tuh.

Nak dijadikan cerita, malam tu aku tak boleh tido. Tak kira lah pusing ke kiri, ngiring ke kanan, golek ke tepi, apa pun tak jadi. Kitorang ni ada 3 beradik so memandangkan masa tuh kecik lagi, tido lah semua satu katil queen yang sama. Katil kitorang ni jenis double decker tapi bawah saiz queen as katil atas pulak single bed. Boleh bayangkan? Okay up to u.

Kekadang tuh terbayang jugak tetiba kang tengah tido ada pulak yang menjengah dari atas dengan muka yang tak begitu memberangsangkan. Tapi tak. Never happen till now. Alhamdulillah okayy.

Well back to de story, aq yang kecik comel tak tahu apa-apa nih masih terkebil-kebil sambil pandang sekeliling bilik tanpa fikir apa-apa. Pandang sebelah kanan, abang dah tido. Sebelah kiri, adik nyenyak peluk bantal. Yang aq ni tak tahu bila dapat tidur. Mungkin dah ditakdirkan nak terjumpa dia kot? Entahlah.

Depan katil aq ada almari while atasnya terletak white board yang dibelikan ayah untuk anak-anaknya yang comel ni belajar menulis ABC. Kecil lagi kan.

Tanpa disangka, bilik yang gelap-gelita tadi tetiba diterangi dengan asap(wap?) warna putih. Asap-asap makin lama makin banyak memenuhi ruang atas almari yakni betul-betul di depan white board tadi. Yang peliknya aq yang melihat ni tak pulak rasa lemas dengan asap tu.

Dipendekkan cerita, asap yang menebal tadi membentuk seakan rupa yang aq sangat kenali. Buaian. Ya, buaian putih yang terletak di beranda rumah ku. Aq yang blur tanpa rasa takut malah curiga terus memerhati. Aq mula cuak apabila asap yg bersisa membentuk satu lagi jasad yang seolah-olah duduk diatas buaian yang terapung tersebut. Tau apa dia? Tengkorak.

Tengkorak yang nyata duduk di atas buaian putih terapung atas almari ku mengalihkan pandangan nya ke arah ku. Walaupun dia  tak ada mata, tapi aq yakin dia pandang aq. Aq seperti kaku dengan pandangannya. Lantas aq cuba sedaya upaya mengejut adik beradik ku yang nyata tidak dapat membantu gara-gara tidur mati mereka. Cis kecil-kecil dah tidur mati. Ah abaikan.

Tengkorak tu tetap tak mengalihkan pandangannya. Malah buaian yang didudukinya kelihatan berayun seolah dia bermain buaian didepan ku. Aq yang masa tu masih tak hafal surah-surah Al-Quran, hanya mampu menutup mata dan.. "Bismillah, Bismillah, Bismillah, Bismillah, Bismillah..... "

Iya. Hanya Basmallah yang aq baca sambil menutup mata. Hanya Tuhan yang tahu betapa laju aq baca saat tuh. Tak boleh fikir apa dah. Dengar macam kelakar tapi itulah yang terjadi.
Beberapa minit selepas baca Basmallah tanpa henti, aq membuka mata perlahan. And guess what? Dia dah hilang. Tak ada. Vanish macam tuh je.

Beberapa hari berlalu tanpa aq memberitahu kepada sesiapa. Sampailah aq terbuka hati beberapa minggu selepas itu. Aq bercerita kepada parents ku. Tapi masa tuh aq tak pernah tahu nama benda tuh. Asyik cakap benda pelik tanpa mata menganggu ku. Parents ku antara percaya dan tidak.

Kepada sesiapa yang bergenerasi tahun 1900-an, ada satu cerita di Tv berapa tak ingat, tapi tajuknya "Believe It Or Not" yang memaparkan benda-benda pelik yang berlaku di seluruh dunia. Pengacaranya adalah pelakon Superman yang pertama sekali. Sorry tapi aq tak ada masa nak search nama dia. Okay then dalam cerita tuh tetiba satu hari nih mengisahkan tentang makhluk Tengkorak nih.

Aq pun dengan teruja nya menunjukkan imej tengkorak di dalam rancangan tersebut kepada orang tua ku. Barulah mereka tahu yang dilihatku ialah Si Tengkorak.

Berdasarkan cerita Tengkorak Dengan Buaiannya oleh aq, ibu ku berkata yang kemungkinan besar aq sekadar berkhayal dan berimaginasi kerana aq masih kecil. Aq geram. Aq tahu apa yang ku lihat.
Tapi aq ber-husnuzon dengan bersangka bahawa ibu tidak mahu aq ketakutan berfikir tentang apa yang ku lihat.

Kerana kami baru sahaja berpindah rumah yang asalnya adalah hutan semak belantara.

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang