Teh

21 5 0
                                    

Date : 11 Februari 2021
Location : sebuah R&R dari Ipoh ke Selangor
Masa : 9 malam (Khamis malam Jumaat)

Husband S (workmate) P.O.V. : W

Jam sudah menunjukan pukul 9 malam. Waktu-waktu PKP nih, waktu kedai beroperasi hanyalah sehingga 10 malam; which that is not an advantage for me sebagai seorang lorry driver 10 tan yang memandu berseorangan di malam yang hening ini.

Why not? Sebab sekarang perut aq dah bergendang minta di isi. Perjalanan masih jauh dan aq tak ada pilihan selain berhenti di R&R berdekatan sebelum aq pengsan kelaparan.

Sesampainya aq di destinasi perhentian, kelihatan hanya 2 buah lori di lot parking termasuk kepunyaan aq. Suasana sangat sunyi. Gerai makanan juga terletak agak jauh antara sesama yang lain.

"Kau kalau drive malam, kalau boleh berhenti di R&R yang ramai orang. Bahaya sikit kalau sunyi-sunyi nih. Kita nih bawa barang customer, apa-apa hal susah nanti."

Teringat pula aq kata-kata senior workmate. Kalau ikutkan, memang itu kemahuannya. Tapi kang aq drive untuk sampai R&R next yang ramai orang nanti dah lebih pukul 10 malam. 

Gerai tutup, habislah perut aq dihakis asid yang sepatutnya dilumurkan pada makanan untuk dihadam dan lumat kan?

Siapa nak tanggung kalau aq collapse? Anak isteri dekat rumah lagi? Do I even have an option though?

Overthinking much? Let's just say that as a warranty mind disclaimer, shall we?

Long story short, aq order nasi campur and teh o panas, you know for warming up the body in the cold gloomy dark night. Basmallah dan doa makan dimulakan lalu aq jamah dengan berselera.

Disclaimer awal, tempat aq duduk nih memang tak ada orang langsung. Sekadar penjual makanan dan aq seorang sahaja sebagai customer. Ingat tak aq mention jarak antara kedai adalah agak jauh dengan yang lain? 

Haa aq nampak lah seketul dua manusia di gerai-gerai belah sana. Maybe dia orang pun driver lori yang park bersebelahan aq tadi agaknya. So total human being termasuk penjual aq tak rasa lebih 9 orang pun.

Memang sunyi, tak sembang kencang doh.

In a few moments jamahan aq, dengan tak ada angin tak ada ribut, tetiba air teh o panas yang masih penuh berisi bercawan kaca aq bergerak ke kiri.

Memang obvious weyh pergerakan tuh. Benda depan mata kau kot, tak akan tak alert punya. Gerakan nya ke kiri menjauhi aq secara perlahan, tanpa air dalam tuh tumpah even setitik pun.

Disebabkan aq lapar, aq ambil tak endah dan masih meneruskan jamahan. Maybe somehow that thing geram aq ignore dia so dia masih bermain dengan aq.

Cawan kaca aq yang bergerak ke kiri tadi tidak aq sentuh setakat nih, masih fokus dengan jamahan yang dicepatkan setelah attack kedua dilakukan. Attack kedua? Cawan kaca teh o panas berisi aq bergerak lagi ke hadapan, bertentangan dengan aq.

Seolah dia macam duduk di hadapan aq dan cuba untuk ambil minuman berharga aq haha.

Kau orang tahu lah kan makanan minuman dekat R&R memang mahal and aq pula tengah lapar, memang berharga lah. Bulu roma aq dah start menegak menyanyikan lagu Negaraku selepas attack kedua dilancarkan.

Kunyahan aq cepatkan. Sambil tengok kiri kanan, aq cuma niat aq nak makan and tak nak kacau sesiapa. Aq cuma nak balik dengan selamat. Cawan kaca teh o panas yang bergerak kehadapan aq ambil dan hirup habiskan.

Ya, aq ulang. Aq ambil dan habiskan.

Why? Kan aq cakap tadi berharga. Aq bayar, aq punya, aq lapar, aq habiskan lah. Langkah aq pantaskan bergerak menuju lori 10 tan aq. Aq ingat cerita nih dah habis dekat sini, rupanya I was wrong.

Basmallah dimulakan bersama doa kenderaan dan beberapa potongan ayat suci Al-Quran sebagai permulakan perjalanan. Bulu roma yang masih tegak berdiri disertai bonus suatu bauan bangkai yang amat tidak menyenangkan aq cuba abaikan.

Ya. Bau bangkai nih sangat kuat menyelinap di setiap pelosok lori aq. So aq decide untuk buka tingkap. Well yes orang kata bahaya buka tingkap if drive alone memalam tapi apakan daya, bau yang tidak semenggah ini tidak dapat aq tahan berseorangan di dalam kenderaan nih.

Aq tak cakap apa-apa. Aq tak tegur. Aq cuma alert. Bau bangkai nih berlanjutan sehingga beberapa kilometer, kau rasa?

Dugaan aq berakhir apabila aq drive melepasi satu dusun durian di sebuah kawasan. Bau bangkai tuh straight away hilang when I went through it.

Aq menarik nafas lega. Finally. So aq meneruskan perjalanan dengan tenang sehingga sampai ke destinasi selepas itu.

Aq assume yang whatever that thing di R&R yang tumpang aq tuh maybe dia mengidam durian. Sebab tuh bila aq lalu dusun durian bau tuh hilang. Dia dah turun situ.

Ataupun, saka dekat dusun durian tuh lagi kuat menjaga kawasan nya so that R&R thing tak boleh lepas kawasan tuh and kena halau dengan si jin saka dusun hahaha.

Aq cerita benda nih dekat wife keesokan harinya and wife aq terkejut sebab aq dengan selamba badaknya pergi minum air teh o yang menari tuh. She said that if that happen to her, dia tak akan minum air teh tuh, lantak lah bazir ke lapar ke apa.

Takut sakit perut ke apa kemudian hari susah. Dahlah dia tengah menyusukan anak. Bahaya. Tapi mujur Alhamdulillah sampai sekarang, nothing happen dekat aq dan aq masih boleh meneruskan pekerjaan dan jaga family dengan baik.













Aq syak hantu R&R tuh perempuan. Teh aq dia nak kebas, durian dia mengidam. Perempuan kan memang asyik lapar. Then tak dapat makanan, kacau orang. Kan?

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang