"Kau hanya boleh hidup dengan tidak berada dalam keadaan berseorangan."
Perasaan nih, rasanya seperti de ja vu.
~.~.~.~.~.~.~.
Setting date : 29 Jun 2020
Setting time : 8 15 AM
Pagi Isnin yang hening dan sunyi. Riuh dengan bunyi kereta motor lalu-lalang tetapi hilang dalam keasyikan bayang minda. Why? Monday Blues bak orang kata.
Malah aq pun terpalit sama. Siapa suka Isnin? Aq masih mahu bercuti. Tapi jika dilupuskan hari Isnin, maka akan terjadi nya Tuesday Blues. Ah sama saja.
Lalu kereta yang dipandu aq pun melewati beberapa gerai kuih jalanan dan sebuah sekolah rendah agama serta sebuah masjid.
Aq suka drive seorang diri. Kenapa? Entah lah. Mungkin sebab aq selalu lost in thought time drive yang mana jika berlaku kemalangan, aq akan boleh ketawa sendiri sambil bermonolog, "ah bodohnya aq" dan mati tanpa libatkan mana-mana jiwa dalam kereta aq.
Lebih mudah begitu, fikir aq.
Hidup yang berkait dengan jiwa manusia yang fragile sangat memenatkan. Atau, itu cuma khayalan minda kosong aq yang bercelaru.
Suatu bunyi bingit yang menjengkelkan menerobos minda yang menerawang. Sepasang mata beralih ke arah suatu tempat di mana letaknya beberapa butang dan salah satunya bernyala berwarna merah.
Alahai mesin nih. Tak pakai tali pinggang pun kecoh.
Refleks aq menarik seat belt aq sendiri.
Eh. Aq dah pakai seat belt.
Eh. Sekejap. Butang yang menyala merah aq lihat sekali lagi.
"Passenger Seat".
Passenger seat?
Automatik aq menoleh kebelakang. Kosong. Aq toleh semula. Masih kosong.
Aq rasa bodoh apabila tahu yang aq drive seorang tetapi masih tertoleh-toleh kebelakang.
Double triple check, kononnya.
Perlahan aq toleh ke sebelah. Penglihatan beralih ke butang merah semula. Masih berkelip-kelip dan bunyi yang annoying masih ada.
Kereta nih tak sampai sebulan aq beli. Masih baru. Tak kan sensor dah rosak?
Sepasang mata kembali toleh kesebelah. Still nothing. Somehow aq rasa a glimpse of perasaan yang tak sedap. It is like there are other eyes watching you in a car where you are the driver and you are the passenger, which by any means, you are freaking alone. Yet you are not actually alone.
Shit.
Ladies and gentleman, welcome aboard. You are now being watch by an entity that you cannot see. So please prepare the consequences as a matter of fact, we are not responsible for any outcome in the future. Thank you.
Wait wait wait. Aq dengar sesuatu.
"Kau hanya boleh hidup dengan tidak berada dalam keadaan berseorangan."
Perasaan nih, rasanya seperti de ja vu.
Suara nih, I felt familiar. Tapi siapa?
~.~.~.~.~.~.~.
FLASHBACK
Perlahan aq membuka mata. Uish. Apa nih? Vibe nih, aq tak suka. Aq betul-betul tak suka.
Di dalam suatu kelas, bersama beberapa orang pelajar yang memenuhi ruang, sedang tekun mengulangkaji pelajaran. Dan di hadapan kelas, terdapat seorang guru sedang berdiri.
ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...
