After that tahi scene on the bed went through us all, the creepiness never stop.
That night Momo meracau macam kena cekik dalam pukul 3 am ke atas. Roommate aq yang tak tidur lagi pun boleh dengar suara teriakan Momo. Padahal kitorang bilik 3 daripada bilik 1 master bedroom tuh. Memanglah tak jauh mana tapi kalau dah tutup pintu, orang bergelak tawa dalam tuh pun tak lah dengar mana.
Weyh kalau nak sembang memang tak pernah habis lah kisah dia. Sampaikan orang dalam rumah sewa nih (yakni aq dan housemates aq ler siapa lagi duh) dah selalu sangat kena ganggu lepas peristiwa tuh. Aq pun naik lupa apa kisah next.
Maklumlah last semester dengan assignment yang berlambak sampai tak terlarat nak hadam. Tidur tak payah sembang, hari-hari tidur Subuh. Pandai-pandai lah cari masa nak tidur. Eh kejap that is definitely not the point to be tell here. Sorry tersasar.
So lepas Momo bising gila every night setiap kali jam 3am ke atas bersama kitorang yang semestinya tak boleh nak tidur dengan tenang dan aman dan sentosa, kitorang decide untuk buat bacaan Doa Selamat 2 hari selepas kejadian tahi dan kencing tuh. Untuk apa? Faham-fahamlah kan.
Well salah kitorang juga sebenarnya sebab tak buat waktu awal-awal masuk dulu.
Malam tuh kitorang jemput budak-budak lelaki and any girls batch merangkap classmates kitorang yang sudi datang Doa Selamat dalam rumah Sewa nih. Tak expect pun ramai tapi turns out ramai pula yang datang. Sob-sob terharu you alls. Thanks korang. Really.
Then dalam jam 9:30pm majlis bermula dengan lancar dan berakhir dengan baik. Ada juga dorang ajak member yang ada kelebihan dalam hal-hal macam nih tolong tengok kan rumah nih. Well ada yang belajar silat yang almaklumlah budak-budak silat nih tak semua yang 'kosong' if u get what I mean.
Oh lupa mention pasal kain-kain yang nampak macam tangkal dalam 4-5 yang ada sekitar rumah nih waktu first-first masuk dulu. I mean DALAM rumah nih. Kitorang syak tuh just kain buruk so kitorang biar.
Sebabnya keberadaan kain-kain yang terikat simpul rapi tuh ada di paip mesin basuh, tersepit atas pintu almost setiap bilik, so nak expect apa? It's like nampak suspicious tapi tak curious enough to take it off. Faham tak perasaan tuh? Tak? Tak payah lah faham erm tak penting pun. Kot.
Salah satu member yang tahu bab-bab benda nih pun pergi lah usha keliling dalam rumah lepas habis bacaan Doa Selamat. Aq dan housemates yang tak berapa pro nih just diam memerhati sahaja lah kan.
Lepas beberapa detik dia habis scan, semua pun berkumpul dekat ruang tamu. By the way ruang tamu rumah nih besar tau. Tak ada perabot apa-apa pun, itu sebabnya. Dia kata bilik air utama dan tempat mesin basuh tuh tempat dia.
2 tempat tuh agak keras dalam rumah nih. Dia pesan apa yang patut like selalu kan lah solat jemaah satu rumah dan mengaji reramai dekat ruang tamu untuk halau si dia or kurangkan gangguan yang ada. Dia dah cabut segala kain tangkal whatever benda tuh dan dia yang tolong buangkan.
Lepas hidang apa yang patut sebagai tanda terima kasih dekat diorang, diorang pun balik. So malam tuh kitorang decide instead of tidur dekat bilik memasing, better tidur reramai dekat ruang tamu semuanya.
Waktu tuh ada 8 orang total tapi salah seorang tak balik lagi, still tidur dalam asrama UiTM (owner tilam yang dikencing dan diberakkan) so tinggal lah 7 orang. Tapi seorang lagi housemates kitorang nih jenis tak selesa tidur reramai berhimpit so dia pilih untuk tidur seorang dalam bilik utama yang haunted tuh haha.
Then tinggal kitorang berenam tarik tilam tidur dekat ruang tamu yang luas terbentang tuh. Apa mana hantunya? Sabar weyh nak klimaks cerita dah nih.
Okay part nih memang shit aq cakap. Tak tipu.
![](https://img.wattpad.com/cover/85420383-288-k636617.jpg)
YOU ARE READING
Intai Jagat
УжасыKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...