This time bukan kisah aq. Still, ia kisah-kisah benar tapi bukan dari aq or family or kenkawan aq. Yang meremang bulu roma nya sebab kisah-kisah yang akan korang baca nih adalah kisah dari tempat tinggal aq. Memang lah bukan tempat korang and maybe korang tak rasa creepy like me but bayangkan korang baca sejarah silam seram tempat korang. Uishh creepy dohh. Dan aq kenal or tahu sesetengah peristiwa yang diceritakan oleh this guy. Terutama kisah "Arwah Si Polan" tuh sebab memang hot giler benda nih time tuh weyhh.
Acik aq pun pernah mengalaminya haishh ishh seram siott bila dibayangkan. Sebab masa tuh acik aq kan, ehh jap. Mana boleh cerita sekarang. Nanti chapter next pulak okay? Hehe. Tegak bulu roma seyh. Okay teruskan lah pembacaan korang ye. Have a nice day and tengok-tengok belakang tuh time baca tau! Pfft
Oh lupa. Kisah bawah nih pun bukan aq yang taip. Orang lain k. Aq just copy paste sebab aq tahu benda-benda yang guy nih ceritakan dekat tempat tinggal asal aq.
Tak payah banyak bebel kita sambung. Tehee.
~.~.~
τЋέ ๏ฬท 🐼:
KAMPUNG DELEKApril 4, 2017 fiksyens Kisah Seram
Assalamualaikum kepada semua pembaca FS dan FS sendiri jika sudi terima kisah aku ini. Disini aku dikenali sebagai (aku) nama di rahsiakan. Aku seorang lelaki ya. Tidak asing lagi jika ada yang tahu kisah misteri mengenai Kampung Delek yg amat popular di Klang Selangor pada tahun era 90an, ia menceritakan tentang BERUANG JADIAN dan ORANG MINYAK sehingga diterbitkan oleh TV3 dalam Rancangan MAJALAH 3 ketika itu. Rasanya jika kita Google ada kot kisah ni. Hal ni aku tak mahu bangkitkan korang search la Google sendiri kalau Ade. Ok aku mulakan cerita.
Aku memang menetap di Kampung Delek sejak dari tahun 1991 masa ni aku darjah dua. Agak lama kan. Kawasan sini kebanyakannya dahulu hutan. Tapi sekarang dah banyak projek perumahan dah macam cendawan tumbuh dah. Ok. Sebelum ni aku berasal dari kg. Raja Uda, Klang. Di sini aku ingin menceritakan kisah dan pengalaman aku sendiri. Kampung Delek adalah kampung yg agak misteri bagi aku. Maksudnya pon sudah mendalam, Delek bermaksud tersorok dalam bahasa jawa kalau tak silap. Tapi aku bukan org jawa aku keturunan Bugis. Ok atas sebab desas desus org2 lama yg ada menceritakan hal2 terdahulu, di sini banyak orang menimba ilmu yg terlarang di Kampung Delek ketika dahulu. Jadi itu salah satunya Kampung Delek menjadi kampung mistik.
PART.1
PENANGGALPada jumaat malam sabtu 13 tahun yg lepas aku masih ingat dan segar lagi dalam ingatan. Ketika itu keluarga aku balik kampung di Negeri Sembilan dalam 4 hari. Jadi tinggallah aku sorang diri di rumah, tidak ada teman. Nak dijadikan cerita, aku ajaklah kawan aku bernama Helmi tido rumah aku. Kebetulan malam tu dia guna motor abang dia. Lepak punya lepak kat rumah aku sambil tengok bola, kami pon tertido. Tiba2 Hp 3310 norkiah berbunyi haha. Jam menunjukan 2:45am. Rupanya abang si Helmi ni call dia nak guna motor. Lapar agaknya sebab baru bangun tido. Jadi aku kejutkan la si Helmi ni, mengatakan abg die call nak guna motor. Aku dgn dia pon pi la hantar motor temankan dia akibat seram katanya. Aku ni pon bukan berani sangat, acah2 berani je.
Sedang hendak melepasi lorong rumah aku, aku terpandang satu objek berbentuk bulat dengan rambut kusut masai agak panjang, cuma muka dia saja tidak kelihatan. Hanya kepala sahaja terbang. Objek terebut berada betul2 di atas bumbung rumah jiran aku. Aku berdiam seribu bahasa. Cuma si Helmi ni mamai agaknya pergi teguh benda alah tu (ehh apa tu). Objek tersebut terus bergerak ke arah kami. Kami pon apa lagi cabutt tak pandang belakang dah. Pulas motor habis. Sampai rumah Helmi tak ada apa2 berlaku. Abg dia tegur kenapa muka kami pucat. Jadi kami ceritakan hal sebenar. Last2 tido rumah dia Hehehe. Esok baru balik, tu pon seram sebab duduk sorang. Tapi esoknya abg Helmi pulak temakan aku. Alhamdulillah takda apa2 berlaku..
YOU ARE READING
Intai Jagat
УжасыKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...