Tahun 1970+ di sebuah rumah kayu 2 tingkat lama, sesuatu telah berlaku. Di mana di situlah tempat tinggal ibu ku sekeluarga. Waktu tuh ibu ku darjah 5. Manakala Acik ku yakni adik lelaki kepada ibu ku yang berdarjah 2 menemani nya menonton televisyen di ruang tamu.
Tonton cerita apa? Kalau aq mention korang bukan tahu pun sebab tahun 70-an kott. Tapi aq sebut sahaja lah mana tahu kot-kot ada yang tahu or tetiba teringin nak search kat Mr. Google tuh.
The A-Team. Cerita orang putih. Mengisahkan a group of boys handling cases with each had an ability of their own.
Bebudak zaman dulu tak banyak cerita dekat tv untuk ditonton. Tapi bila ada a few yang seperti kelihatan menarik dan tertarik kau memang debom, jadilah buat luang kan masa.
Okay, enough with introduction. Continue story.
Jam menunjukkan pukul 9 pm. Di mana terlihat hanya 2 susuk tubuh anak kecil yang dikenali sebagai bebudak yakni ibu ku dan adik nya, duduk pegun di depan objek empat segi yang bernama tv.
Ibu ku duduk bersebelah acik manakala acik ku baring berbantalkan kusyen sofa empat segi (asal semua empat segi?) . Masing-masing mengadap berhadapan tv.
Sedang asyik menonton, kedengaran bunyi dinding yang di cakar oleh sesuatu yang agak tajam daripada luar di sebelah kiri mereka. Yang semakin lama seakan semakin menaik bunyi cakaran tersebut ke atas alang. Menandakan yang si dia sedang memanjat dinding rumah nenek ku.
Ibu ku dan acik terkedu. Tapi di abaikan bunyi cakaran tersebut kerana beranggapan itu merupakan satu imaginasi atau sengaja tak nak fikir apa-apa. Tontonan diteruskan.
Dia memanjat lagi. Tapi kali nih lebih advance. Tahu kenapa? Haa jeng jeng jeng.
Acik aq yang sedang dalam posisi baring, terlihat sesuatu. Kelihatan kuku bwarna kehitaman dan runcing, bersama jari-jemari hitam coklat gelap sedang berusaha mencapai alang rumah.
Alang tuh apa? Well untuk rumah yang tidak mempunyai syiling, cuma ada alang yakni papan atas dekat rumah kayu, yang kebiasaannya tikus or kucing boleh lalu bebila masa. Untuk paling atas sekali pula di panggil atap.
Untuk informasi lebih lanjut boleh lah tanya dekat Encik Google ye adik-adik. Aq pun bukanlah arkitek or ambil kos dalam seni bina bangunan dan rumah. Mana aq tahu.
Okay ignore benda tak penting.
Ibu ku pula yang berada dalam posisi duduk terperasaan akan si dia dengan mata tepi nya. Haha malang untuk acik ku yang baring kerana benda tuh betul-betul atas kepala dia dan dia boleh nampak straight to him/her/it !
"Weyh, kau nampak tak apa yang aq nampak? " dengan perlahan acik ku bertanya kepada ibu ku tanpa memandang ibu ku. Masing-masing mata masih di tv tanpa bergerak. "Nampak. " ibu ku menjawab kembali.
Objek tuh masih bergerak! Masih sedang berusaha untuk melintas or mungkin menonjol kan dirinya? Kuku-kuku hitam dan tidak pernah potong (agaknya?) kelihatan sangat creepy bersama jari tangannya yang.... ergh. Ehem eheks. Tak tahu aq nak explain macam mana. Looks like a burn hand i guess.
Cerita orang putih yang di tonton tidak lagi fokus di minda. Tidak okayy. No way.
"Aku kira sampai 3, kita lari g dapur sama2". Acik ku terlebih dahulu memberi cadangan memandangkan benda tuh lagi sikit je nak nampak kepala dia.Bayangkan kalau kuku and tangan je dah burn hitam coklat pekat macam tuh, apa lagi kepala dia. Muka dia? Weyh!!
Warning : kalau nak survive tidur malam nyenyak, jangan bayangkan okayy. Never!
Ibu ku memberi anggukan sekali. Tanda bersetuju dengan cadangan tuh as diorang pun dah tak nak duduk lama dekat situ. Tak kisahlah cerita The A-Team tuh best macam mana pun. Lantak pi lahh asalkan diri selamat!
Tak gitu?
"Satu.. " acik ku start mengira. Nak tahu? Time start kira tuh memang benda tuh still memanjat tahu tak? Dah start nampak kepala dia !
"..dua..! " belum sempat kiraan 3 dihabiskan, acik ku sudah bangun menggelupur lari lintang pukang meninggalkan ibu ku yang tergamam dan ketakutan.
"Woi... t-tunggu aku... " tergagap-gagap ibu ku. Ibu ku gagahkan diri berlari tetapi tidak boleh! Kaki terasa lemah. Hinggakan ibu ku terpaksa merangkak pada cubaan pertama dalam tempoh melarikan diri ke dapur daripada si dia yang kalau di pandang ke arahnya, sudah pasti akan terlihat kepalanya walau panjatannya kelihatan lambat sekali.
Selamat sampai di dapur, acik ku bergegas mendapatkan ibu ku. "Woi asal kau lambat? Kau okay tak? " ibu ku di soal.
"Kurang ajar asal kau tinggal aku?!.. Kelam-kabut aku lari ". Masing-masing tergelak dalam ketakutan selepas tuh.
Atok nenek ku yang menyedari tingkah laku menggelupur mereka bertanya. Tetapi macam biasa setelah diberitahu akan penampakkan si dia di alang atas ruang tamu sana, ibu ku dan acik hanya diberitahu itu semua hanyalah imaginasi mereka sahaja.
And as always too, supaya kita sebagai anak-anak nih tak ketakutan tinggal dalam rumah tuh. Ialah kalau di fikir-fikir, masa tuh umur ibu and acik ku kecil lagi. Banyak lagi tahun yang perlu dihabiskan untuk tinggal di rumah yang sama selagi masing-masing belum berumah tangga.
Jika sekarang sudah takut, kelak in future akan terus ke hidup dalam ketakutan even di dalam rumah sendiri ? That. Must. Be. Avoid.
Ever.
So itulah antara pengalaman seram ibu ku dan adik nya. Aq yang menjadi pendengar pun tak tahu apa akan berlaku sekiranya aq berada dalam situasi yang sama.
Kalau korang, agaknya macam mana ye ?
![](https://img.wattpad.com/cover/85420383-288-k636617.jpg)
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...