Okay. First of all, rumah aq nih bukan rumah biasa. Sebab apa? Sebab dia LUAR BIASA.
Hari tu, waktu tuh, aq seawal usia 12-15 tahun macam tu lah lebih kurang. Aq bukan ingat detail pun umur tu waktu tuh. Tapi kejadian yang menimpa aq dan adik aq? Ya aq ingat semuanya.
Jam menunjukkan pukul 1-2 am. Masa tuh baru lepas habis tengok cerita Hindustan dekat Tv2 setiap hari Rabu malam tuh. Tak ingat cerita apa sebab tak penting pun. Apa? Aq peminat cerita Hindustan? Well tak sangat sebenarnya. Depends on hero heroin, tehee. Okay lupakan.
Kami beradik selalu tidur sama tapi memandangkan hari tuh cuma tinggal aq dan imouto (adik perempuan in Japanese language), berdualah kami di ruang tamu rumah beralaskan toto (tak pasti eja?) yang selalu digunakan.
Ayah ku baru saja angkat kaki beredar ke bilik nya yakni berdekatan dengan ruang tamu. Well rumah kami bukan besar mana so pusing-pusing dekat situ juga. Aq dan imouto pun masing-masing tutup mata since rasa ngantuk dah menguasai diri.
Tiba-tiba tak sampai beberapa saat aq menutup mata, bunyi tapak kaki orang yang sedang berjalan kedengaran sangat ramai tertangkap oleh telinga ku. Pelik campur takut campur keliru. Itu perasaan aq waktu tuh. Derapan kaki berjalan sangat ramai tidak henti-henti dari tadi. Aq cemas.
Tetiba aq berasa tangan ku dipegang erat oleh seseorang. "Adik takut... " oh, imouto ku rupanya. Dia genggam erat tangan ku. Imouto ku yang berusia muda 4 tahun dari aq membuatkan aq berasa tugas ku sebagai the older person than her harus dijalankan. Aq genggam tangan dia kembali.
"Shh.. takpe.. Kite sama-sama takut.. takpe I'm here.. Diam2 je k.. " hanya itu yang mampu dikatakan aq. Tidak dinafikan angin kipas siling yang sejuk tidak dirasakan oleh aq kerana badan yang sudah berpeluh membahangkan ku. Derapan kaki tidak henti kedengaran. Terus-menerus berbunyi berjalan disekitar kami.
Maksudnya betullah bukan aq seorang yang dengar sebab imouto pun takut and thts mean dia pun mesti dengar juga. Kami berpegangan tangan sehingga beberapa minit tanpa membuka mata walau sikit pun. Takut beb! Tapi kan, sebab aq ni as orang lagi tua dari dia and the feeling of responsibility tu membuak-buak, plus with rasa curious menguasai diri, so aq pun buka mata perlahan-lahan. Weyh?!
Tahu apa yang aq nampak? Tak ada apa lah. Aq tak nampak apa-apa. Hanya ruang tamu rumah yang biasa aq lihat setiap hari. And guess wht? Bunyi derapan langkah kaki yang sedang berjalan masih kedengaran walaupun aq dah buka mata. Tapi. Tak nampak apa. Kosong, kosong, macam lagu Najwa Latif tuh. Okay lupakan.
Aq pun tutup mata semula. Sehingga lah aq dan imouto terlelap sendiri entah bila. Mungkin selepas baca apa yang patut atau mungkin sebab mata dah berat sangat. Tak tahulah. Sampai ke pagi kami terlena tanpa mimpi yang pelik-pelik (Alhamdulillah) bertemankan derapan kaki yang ramai macam orang tengah rewang kenduri tuh.
Kisah ni tak habis sampai sini. Tak okay. Belum lagi. Then esoknya...
YOU ARE READING
Intai Jagat
TerrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...