Setting time : tahun 2005
Location : Kampung Delek, KlangKawan abang P.O.V. :
Kelihatan berpusu-pusu manusia membeli makanan dan minuman di pasar malam. Termasuklah aq.
Aq? Budak 10 tahun dan anak sulung daripada keluarga yang membeli makanan untuk parents serta adik-adik di rumah.
Basikal kesayangan sama yang digunakan untuk pergi balik sekolah, pergi bermain dengan kawan-kawan, pergi meredah semak samun hutan di benteng kampung, dan pergi pasar malam.
Okay cut the crap, meh aq cerita the fun part yang kau orang semua tunggu.
Malam tuh, done shopping makanan aq pun kayuh lah basikal balik rumah. Jarak rumah dan pasar malam tidak lah jauh mana kalau nak di ikutkan. But basikal always work faster daripada being a pedestrian kan.
Sedang aq dok kayuh sambil mengelamun layan kepala fikir nak makan mana satu kang balik nanti, tetiba basikal aq stuck.
Betullah orang kata, malang tak berbau. Time-time macam nih lah rantai basikal aq nak lucut.
So aq pun turun basikal dan dengan gigih nya cuba elok kan semula basikal kesayangan aq.
Kebetulan pula rantai basikal aq lucut betul-betul bawah satu pokok rambutan besar yang legend yang memang dah lama bertapak dekat situ.
And again, malang memang betul-betul tak berbau. Kalau berbau, dah lama aq decide tak akan pergi pasar malam that night.
Time tuh pula memang tak ada orang lalu kawasan situ so memang 'rezeki' aq malam tuh lah gamaknya.
Sedang aq sibuk repair basikal aq, tetiba out of nowhere, tanpa angin tanpa ribut dan tanpa pemberitahuan atau notis, aq mendengar hilaian yang bagi aq sangatlah tidak merdu dan segala bulu di badan aq tegak berdiri umpama askar yang sedang kawad.
...dan hilaian tersebut datangnya daripada pokok rambutan legend yang gah berdiri betul-betul atas aq sekarang.
Neuron dan reflector aq pun terus bagi arahan dekat otak suruh aq 'RUN FOR YOUR LIFE' sekarang.
Time aq telah selamat sampai rumah (Alhamdulillah) dan kewarasan yang telah stabil, baru aq sedar makanan pasar dekat bakul aq hanya tinggal satu-dua sahaja sebab mostly dah selamat terbang time aq seret basikal tak ingat dunia lari balik rumah tadi hahah.
Gila kau nak tinggalkan basikal kesayangan aq, habis aq nak merayau lepas nih naik apa?
Kau orang bayangkan dengan rantai lucut aq budak 10 tahun boleh seret basikal lagi sepanjang separuh perjalanan nak sampai rumah.
Tang mana dapat kekuatan aq pun tak tahu. Cuma satu aq nak cakap, manusia nih memang menarik. Cuma satu hilaian daripada makhluk tak berjasad boleh boost energy otot aq semua. Power doh.
Aq tak dapat bayang apa jadi kalau aq dongak pandang atas time tuh.
Astaghfirullahala'zim...
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...