Jepun

136 12 3
                                    

Okay first of all, cerita kali nih tak adalah seram mana. Just my father punya pengalaman time dia practical kerja dengan syarikat Canon dulu. Benda nih berlaku time ayah aq tak kahwin with my mom lagi, so agak-agak memang dah berpuluh tahun cerita nih berlalu.

Disebabkan ayah aq newbie lagi kat syarikat tuh, dia dihantar ke Jepun bersama beberapa orang pekerja newbie yang lain. Campur lelaki perempuan. Untuk apa? Untuk menambahkan ilmu dalam bidang elektronik nih bagi memajukan perniagaan. Cehh.

Kalau ikut jadual, cuma beberapa bulan je di sana. Masa tuh di sana musim panas. Panas nya tak macam panas Malaysia. Panas Jepun just terik mentari, bahang tak sebahang Malaysia.

Okay tak apa kalau tak faham. Abaikan.

Standard mana-mana trip or kem, sepadat-padat jadual pun, mestilah ada break time or waktu senggang yang diberi untuk cuci mata di kawasan yang memang tak semua orang dapat rasa.

So, waktu tuh petang. Hampir Maghrib if I'm not mistaken. Ayah aq dan a few members pun jalan-jalan lah sekitar Jepun berdekatan tempat practical diorang.

Sampai satu tempat nih, ade several batu-batu tinggi yang kelihatan cantik dan unik bagi pandangan mata orang Malaysia yang tak akan pernah nampak dekat tanah tumpah darah sendiri. Maka, diorang ambil keputusan untuk bergambar dekat situ since view dia nampak unik dan antik.

Click! Done. Gambar di simpan.

Setelah puas berjalan, diorang pun beransur pulang. I mean ke tempat practical semula, bukan balik Malaysia. Gila ke jalan kaki balik Malaysia dari Jepun? Tahulah green environment tapi patut-patut okay. Pfft okay sambung.

Sampai di tempat practical, macam biasa masing-masing borak tentang tempat-tempat yang di lawati tadi. Sambil bergelak ketawa. Sesi tukar-tukar gambar pun berlaku. Masing-masing nak tengok hasil yang dikira boleh dibanggakan apabila ditunjukkan kepada kaum kerabat di Malaysia.

Kebetulan ada member Jepun nih lalu, kawan satu syarikat Canon juga. Maybe kawan or leader kat situ? Entah lah. Ayah aq tak nyatakan pula jawatan dia. Dia singgah lah tengok geng Malaysia nih memandangkan seronok sangat gaya nya berborak. Diorang pun ajak sekali si member Jepun nih join the club.

Sambil tunjuk gambar-gambar tadi, si member Jepun ni terlihat gambar ayah ku and the geng dekat tempat batu-batu tinggi tadi. Dia nih faham bahasa Melayu sikit-sikit. Bahasa English? entahlah. Maybe yes maybe not.

Well, orang Jepun kan semangat kebangsaan tinggi, so diorang tak tahu bahasa lain sangat other than their own language that they were proud about. Benda nih ada pro and contra nya. Aq pun tak dinafikan suka bahasa diorang.

Okay continue with the story.

Dia nampak terkejut and then dia tanya kenapa ambil gambar dekat kawasan perkuburan diorang?

Haha yesh! Kawasan kubur ye adik-adik. I repeat, kawasan kubur Jepun.

... Semua terlopong. Especially ayah aq and the geng yang tertangkap dalam gambar tersebut. That's explain everything. Patutlah ukiran batu-batu tuh begitu antik dan unik. Sampai tak tahu itu gravestone!

Ayah aq tergelak je lepas tuh. Dahlah gambar tuh di ambil sewaktu hampir dengan waktu Maghrib. Haishh sabar jelah. Ayah aq cakap lagi, nasib baik lah tak kena badi ke apa ke kat diorang. Takut juga. Tempat orang, kawasan orang, kita mana tahu.

Tapi malam tuh or selepas tuh, aq tak ingat sangat as cerita nih dah lama. Tapi ayah aq cakap ada lah juga a few girls yang meracau-meracau waktu diorang tidur. Tapi nothing serious. Just like that.

Pengajaran nya lepas nih, kalau jadi foreigner dekat tempat orang tuh, janganlah selamba badak korang je ambil gambar kat tempat-tempat unik dan antik ye anak-anak. Pada pandangan kita, tempat tuh unik macam museum, tapi pada pandangan orang setempat?

Orang selalu kata, "tak cuba tak tahu" .
Tapi kalau dah tak tahu tuh jangan memandai buat-buat tahu.

Sebab orang selalu pesan juga, yang...


"Malang tidak berbau" .

Intai JagatTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang