Orang kata bayi atau budak kecil selalu boleh nampak makhluk-makhluk yang tidak berjasad nih. Sama juga dengan orang yang ajal nya dah dekat. Aq dengar ceramah, fasa peralihan katanya.
Bayi - daripada alam kecil ke alam dewasa.
Dewasa - daripada alam kehidupan ke alam kematian.Ini melengkapkan lagi situasi tuh pada masa tuh. Situasi apa? Haa meh sini aq cerita.
Cerita kali nih tak mendatangkan aura seram yang mendadak pada kau tapi cukup untuk menegakkan segala bulu pada liang pori kau yang tersumbat tuh. Eh maaf, -yang comel tuh.
Waktu tuh aq sekolah rendah tak silap. Tak pun awal menengah. Dah bertahun kes nih. Sebelum memori aq fade away, baik aq story dekat korang.
Jangan Pandang Belakang Congkak. Tuh movie seram komedi yang tengah hangit diperkatakan oleh semua orang. Ehh hangat, silap pula. Time tuh, movie nih baru keluar. Haa bayangkan dah lama kan story nih.
Then kitorang one family in the house baru sahaja beli DVD nya. Walaupun bertemakan komedi, still seram juga kan. Kiranya tengah meluangkan masa bersama keluarga lah tu. Waktu malam sambil bersantai tengok movie. Tak kisah lah movie seram ke komedi ke dua-dua ke. Ehh. Waktu tuh lah kejadian pelik tuh berlaku...
Dipendekkan cerita, masa tengah part hantu tuh nak keluar kan, biasalah typical cerita hantu. Hantu nya tak keluar lagi tapi sound effect dia pergh hebat! Boleh tercirit sambil menjerit kau tahu. Eh aq tak ar. Aq relax je. Hebat kan?
Aq tak pandang pun part hantu tuh memang lah aq hebat. Wah wahh.
Okay terpesong sekali sekala tak ada masalah kan. Chill. Life is about chilling if you're not cheating. Tehee.
Okay then waktu sound effect nya dah memekak makin kuat tuh, kepala memasing pun dah termasuk ke dalam, tetiba-
"Knock knock! Knock knock! Assalamualaikum... "
Kelima-lima kepala memusing 90 darjah ke belakang mengadap pintu. So hantu yang keluar dalam movie tuh di abaikan. Lalu dia pun mengeluh kerana wataknya tidak dapat menakutkan penontonnya.
Jam menunjukkan pukul 11-12 lebih malam. Saja tengok movie memalam pepagi. Tak feel ar tengok siang. Tak kisah lah walaupun part hantu muncul pun kitorang tak tengok kan.
"Siapa pulak yang datang malam-malam nih? "
Think logically memang betul. Siapa yang tak beradap datang rumah orang memalam nih? Tak belajar ke darjah 4 bab adab bertandang ke rumah orang dulu? Haish.
Pintu dibuka. Oh. Acik dan isterinya bersama bayinya. Orang kata tak elok bawak baby keluar malam-malam. Sama juga waktu Maghrib. Tapi inilah yang terjadi.
"mana hantu nya tak ada pun, cerita apa ni?! "
Woi tahu tak erti sabar tu apa. Sabar please.
Gurau-gurau tehee.Acik aq kata isterinya tak habis-habis ajak pergi rumah aq. Katanya nak jumpa ibu aq, nak minta maaf. Takut tak sempat katanya. Lepas nih kena pergi rumah adik-beradik yang lain. Takut tak sempat juga katanya. Ayat tuh yang di ulang-ulang dengan reaksi wajah yang ketakutan dan gelisah.
Aq kecil lagi (kecil lah sangat) waktu tuh so aq macam blur doh. Apa yang tak sempat nih? Kenapa nih? Siapa nak kahwin? (tetiba)
Diorang pun dipersilakan duduk dan di ajak bertenang. Terutama isteri acik aq. Dia kelihatan sangat gelisah. Plus ketakutan. Yang amat. Maka movie Jangan Pandang Belakang Congkak serta merta di abaikan akibat situasi yang mendatang nih lagi menarik untuk dipertontonkan. Ish.
Isteri acik aq tak berhenti minta maaf dekat ibu aq. Banyak salah yang dilakukan katanya. Dia mention segala benda yang dia tipu selama nih dekat ibu aq. Dia mention segala benda yang dia tak puas hati selama nih. In short, dia beritahu segala salah, dosa dia dekat ibu aq.
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...