Hai Assalamualaikum, ahlan wasahlan, konichiwa, dan selamat datang daripada Intai Jagat (Take A Peek) channel !
Nama aq A dan kisah seram benar malam ini bertajuk, Black...
Sebelum tu, (istiazah & basmallah).Location: Di sebuah rumah
Masa: Zaman 90-anOkay kisah kali ni adalah sequel or should I say from the same person yang aq pernah ceritakan daripada POV dia sebelum ni yang mana aq namakan personanya adalah sebagai, Black.
Black merupakan member aq dan kisah dia sebelum ni kau orang boleh tengok di channel Intai Jagat yang bertajuk, #HANTU SERAM SAWAH: lembaga tali air, seperti video di atas yang aq attached.
Link video: https://youtu.be/CbPK96qd-sc
Okay tanpa membuang masa, moh lah kita proceed berkarya dengan kesunyian malam.
Black ni cerita dekat aq yang sedewasa dia pun, dia tak berani tinggal dekat rumah dia seorang diri (Black ni lelaki by the way), Why? Because dia tak pernah rasa selamat apabila berada dalam rumah dia.
Dia sanggup tidur dekat stesen minyak daripada duduk seorang dekat dalam rumah dia. When dia sensorang, akan ada bunyi-bunyi aneh di atas bumbung dan benda tu sangat frequent terjadi to the extent yang kalau Black nak berdiri pun takut.
Orang kata bila dah selalu jado, kita akan jadi lali. Tapi ia adalah sebaliknya untuk Black.
Bak kata orang, "rumahku syurgaku". Tapi bagi Black, "rumahku kesunyian yang patut dielakkan".
Ada satu kejadian di zaman silam Black yang mana dia sendiri pun dah tak pasti sama ada kejadian tu betul-betul terjadi or sekadar imaginasi minda yang menerawang.
Hakikatnya, inilah apa yang terjadi.
Terdapat dua kisah yang akan diwartakan dan ini adalah kisah pertama.Hikayatnya begini, pada tahun 90-an, time tu si Black ni masih tadika. Dia seorang yang periang, aktif, dan ceria seperti kanak-kanak Ribena yang lain. Tapi semuanya berubah selepas dia mengalami satu peristiwa ni yang membuatkan dia menjadi seorang yang agak penakut dan "dark" sehingga kini.
Seperti kanak-kanak seusianya, Black pada waktu malam ini sedang bermain berlari berkejaran dengan kakak-kakak tercinta. Sambil bergelak ketawa entah apa yang seronok di pemikiran bebudak, Black berlari keluar dari bilik air.
To his surprised, dengan tak semena-mena tiba-tiba! Lalu satu kelibat putih dengan sangat pantas betul-betul berhadapan dengan si budak Black.
Black yang terkesima lantas terundur langkah kakinya ke belakang beberapa tapak. Mencerna, tentang apa yang baru saja dilihatnya sebentar tadi.
From that moment, his life changed. Behaviour nya berubah. Black tidak lagi happy or hyper macam sebelum ni. Tidak diketahui apa yang dilihat dan bagaimana tercetusnya kepada perubahan sikap terhadap si Black yang tidak bersalah.
Kisah kedua berlaku beberapa tahun selepas itu yakni apabila si budak Black telah mencapai usia di sekolah rendah.
Black ditinggalkan seorang di rumah sebab time tu ahli keluarga yang lain memasing ada urusan yang tersendiri. So memang waktu tuh Black ditinggalkan agak lama. Tapi memandangkan Black adalah seorang kanak-kanak yang berdikari so si parents pun tak lah risau jika ditinggalkan seorang.
Cerita kartun yang dipertontonkan di kaca televisyen khusyuk diperhatikan oleh Black. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa ribut, kedengaran satu ketukan bertalu-talu yang mega kuat di pintu hadapan rumah seperti nak roboh dikerjakannya.
Ibarat macam, satu ketukan yang tergesa-gesa. Umpama si pengetuk ada berita yang sangat penting untuk disampaikan.
Black yang gopoh dengan bunyi yang kuat segera pergi membuka pintu tanpa mempunyai apa-apa pemikiran yang aneh.
Kreekk....pintu dibuka dan kelihatan tiada sesiapa diluar rumah.
Puas Black menoleh ke kiri ke kanan atas bawah, dengan ketinggian seorang budak sekolah rendah, penglihatan sekeliling agak terbatas.
Ditutup semula pintu dan berjalan menuju ke arah tv di ruang tamu untuk sambung kartun yang tergendala sebentar tadi.
Malangnya Black tak mampu lagi untuk focus kartun dan otak jauh memikirkan teori kemungkinan yang terjadi. Teori prank yang disangkakan pada awal tadi agak terpesong memandangkan tiada bunyi tapak kaki orang berlari or any kelibat manusia berdekatan.
Haiwan? Tak mungkin haiwan boleh ketuk pintu sedemikian. Tak logik binatang kecil boleh ketuk pintu seumpama orang utan or gajah yang meluru.
Selang beberapa minit, bunyi pintu nak roboh kedengaran lagi. Lama. Selagi mana pintu tidak dibuka, selagi iyu ia diketuk. Bunyi nya sangat pejal seperti daya seorang yang besar dan kuat.
Seperti watak utama cerita hantu, Black lalu bangun dan sekali lagi buka pintu yang diketuk.
Ibarat dejavu, sama. Tiada orang or any bayang-bayang menjelma. Kosong..kosong...bak lagu Najwa Latif.
Black tidak mampu lagi bertahan apabila serangan kedua ditunaskan. Black lalu dengan pantas berlari masuk ke rumah, ambil dompet, benda-benda yang dirasakan penting, dan duduk tunggu di luar rumah sehingga parents nya tiba.
Why duduk luar rumah sedangkan dalam rumah lagi selamat?
Well pada pendapat Black, rumah adalah suatu objek pegun bertutup yang kedap. Means, jika duduk di luar rumah, anything happen dia boleh terus berlari in an open space untuk cari bantuan, tak macam di dalam rumah.
So that is the end of our story tonight, ladies and gentlemen.
Macam aq cakap, even until now, Black tak pernah berani tinggal seorang di dalam rumahnya sndiri. Sebab memang sampai sekarang, masih ada bunyi-bunyi aneh dan gangguan yang terjadi sekiranya dia berseorangan di dalam rumahnya.
Remember, suatu benda tu mungkin nampak simple or kecil dimata orang lain.......
.......tapi tak dimata kau yang melihat lebih dari itu.
YOU ARE READING
Intai Jagat
HorrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...