Kejadian berlaku sewaktu Pi berumur 18 tahun. Pi seorang gadis India yang cantik dan peramah. Seorang yang pernah lulus interview pramugari but since her mom tidak mengizinkan so tidaklah Pi menjadi seorang pramugari. Pi juga merupakan seorang bekas model sambilan di Kuala Lumpur dan pernah terlibat sebagai juri pertandingan permodelan. As for now, Pi berumur lingkungan 30-an sebagai workmate aq, which still cantik pada aq.
Wait kenapa aq bagi biodata pula. Okay whatever.
Now this gonna be long because of my berjela merapu sentences so I'll just straight to my workmate's P.O.V which we called her Pi in this story.
Pi P.O.V (18 tahun)
Aq sebenarnya bukan seorang yang percaya sangat benda-benda supernatural nih. Well maybe sebab aq tak nampak dengan mata aq sendiri. Daripada lahir sampai umur aq sekarang, aq tak pernah dihadapkan dengan benda-benda pelik ni.
Until that night...
Cantik rumah ni. Aq dan family baru sahaja pindah rumah. Just a typical rumah teres bersewa but better daripada rumah yang lama. Sedar tak sedar dah beberapa bulan kami di sini. Dekat sini pelbagai kaum ada. Maklumlah taman perumahan.
Hari itu ada jiran kerasukan. Melayu. Aq kasihan lah juga. Dia orang kata pokok mangga depan rumah jiran tuh ada penghuninya. Tapi memandangkan aq tak percaya sangat, I just thought 'biasalah Melayu dengan adat budayanya'.
Well aq pernah sahaja petik buah mangga daripada pokok tuh. Gila tak petik? Semua buah nampak segar dan sihat, masak ranum, banyak pula tuh. Kesedapannya memang tak payah sembang, memang obvious!
Then malam tuh aq nampak penghuninya dekat pokok tuh time aq keluar rumah memalam nak pergi ke kedai hahaha. Demam juga beberapa hari. Tapi nih time bebudak, kes ni pun selepas kes rumah baru yang aq belum lagi cerita ni hehe. (18 tuh bebudak lah kan? lol)
Anyway, aq dapat bilik aq sendiri dalam rumah baru ni. Semua okay. Tak besar tak kecil mana. Cukuplah untuk aq seorang, senang cerita. Setiap malam aq tidur lena. Nyamuk pun tak ada. Macam mana aq tahu nyamuk tak ada? Aq nih jenis tidur cepat terjaga. So kalau ada bunyi or gigitan nyamuk sekeliling aq haruslah tahu.
The point is, total 3 malam aq di ganggu.
Malam pertama.
Aq jenis tidur mengiring dan sedia maklum aq memang berseorangan dalam bilik tuh. Masa nih aq memang bela rambut panjang hampir mencecah punggung. Tapi aq akan pastikan rambut aq tersusun rapi sebelum aq tidur.
Aq tersedar apabila aq terasa usikan rambut di pipi, walhal sudah aq pastikan keberadaan rambut aq di belakang badan sewaktu nak tidur. Aq pula jenis orang yang kalau posisi A aq tidur, posisi A juga lah aq bangun. Tak akan berubah. Even kalau berubah kedudukan, tak akan lari jauh.
Aq buka mata. To the suprised, keseluruhan rambut aq yang panjang seakan terbang ke arah pandangan mata aq ibarat ada angin kuat dari belakang badan meniup seluruh rambut panjang aq ke hadapan.
The problem is, tak ada kipas di belakang aq. Aq menggunakan kipas syiling. So it was impossible untuk terbangkan seluruh rambut aq kehadapan dengan kipas tuh. Plus, aq tak rasa pun ada angin di belakang.
Tapi aq tak fikir apa. Like I said, aq tak percaya sangat. So aq betulkan kedudukan rambut aq kepada asal iaitu di belakang badan aq dan sambung tidur until morning.
Malam kedua.
Okay malam ni aq tak boleh tidur. Puas aq mengiring ke kanan ke kiri, apa saja posisi, mata nih tak juga nak tutup. Feeling sleepy pun tak ada beb! Terkerdip-kerdip aq memandang ruang bilik yang sedia gelap tuh.
Setelah beberapa ketika aq membosankan diri, barulah mata nih nak lelap. Okay kali ni memang shit aq cakap.
Baru rasa roh nak terbang ke alam mimpi crush entah apa-apa, genggaman tangan seseorang pada sebelah kaki berjaya dirasakan oleh aq dengan tidak semena-mena. Aq terjaga serta-merta. Sambil meraba kaki yang digenggam oleh seseorang tadi.
Oh lupa beritahu. Dia macam genggam kuat yang buat aq rasa macam disentap secara tiba-tiba. Sebelah kaki sahaja tahu.
Tangan yang sejuk dan kuat.
Okay tak apa memandangkan rasa mengantuk aq dah menjengah kembali, dan still aq tak percaya supernatural stuff, aq pun tidur lah tanpa rasa bersalahnya.
Walaupun aq dah gelabah juga sebenarnya tadi hahahahahahanat.
Malam ketiga.
Malam nih better. Aq dapat lelapkan mata. Tapi tak lama. More like, tak tahulah berapa lama. Dan malam pun berlalu tanpa aq sedar for how long I've been sleeping..
Dalam sepertiga malam mungkin, aq terjaga sendiri. Tanpa aq tahu puncanya. Seperti malam-malam sebelumnya, posisi mengiring aq masih dikekalkan ketika tidur. But this time it is different.
Sesusuk tubuh perempuan baring mengiring berambut panjang jelas berada dihadapan aq setelah aq membuka mata. Dengan posisi aq yang juga mengiring membelakanginya, jelas menunjukkan kepekatan rambut lurus panjangnya.
Aq pada mulanya tak rasa apa, tak fikir apa. Why? Because I thought that freaking lady is my older sister hahahahanat. Tapi aq silap. Selepas aq pejam celik beberapa kali dan ternyata perempuan tuh masih disitu tak bergerak (even bernafas), dan selepas sel-sel otak aq sudah mula menunjukkan fungsinya, aq baru tersedar.
Kakak aq rambut pendek lah bangang.
Then celah mana pula dalam satu malam tetiba rambut kakak aq panjang hitam pekat mengerbang nih?! Lagi pula bilik dia lagi comfortable daripada aq, kenapa pula nak tidur sini?!
Sebabnya kakak aq pun kekadang datang gediknya tetiba nak tidur dengan aq. So dengan sekali fikir mestilah otak aq cerna yang tidur dengan aq adalah kakak aq sekarang nih.
Tapi malangnya, that is not the case right now.
Dengan pantas aq bangun keluar bilik turun bawah. On the way turun tangga tuh, aq ternampak abang ipar aq. Dia tengah makan maggie. Maybe lapar tengah-tengah malam, tuh benda biasa. Dan mungkin jelas muka aq agak lain waktu tuh so dia pun tanya kanapa dengan aq.
Aq hanya mampu geleng laju sambil tersenyum pahit. Aq beritahu dia dekat bilik panas so aq nak tidur bawah.
Tak lama tuh benda tuh pun terkantoi dan bukan aq seorang diganggu rupanya. Tapi yang lain tak dapat nampak. Cuma aq seorang yang 'bertuah'. Kebetulan abang ipar aq nih orang jenis beragama sikit so dia tahu lah bab-bab mengenai nih.
Dia kata maybe sebab aq seorang sahaja anak dara dalam rumah tuh so dia nak berkawan agaknya. Aq cakap gila agaknya, kalau nak kawan carilah spesis sejenis, bukan spesis lain haih.
Tak lama tuh kita orang mengadakan upacara halau segala makhluk bla3 apa yang patut then lepas tuh barulah tiada gangguan.
So with this, tamatlah kisah Pi my workmate. So kenkawan berjaga-jagalah nanti malam tidur ya.
Jangan lupa tengok siapa dekat sebelah tuh~
ANDA SEDANG MEMBACA
Intai Jagat
KorkuKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...
