Macam semua orang tahu, semua sekolah tak kira rendah or menengah, mesti mempunyai bangunan bertingkat lebih dari satu.
As for my old primary school, masa aq darjah 2-4, aq ditempatkan di bangunan lama sekolah agama tuh. Yang mana orang selalu kata keras.
Well memanglah keras sebab di perkukuh dengan batu, bukan kayu. Okay tak penting.
Aq selalu datang awal setiap hari Jumaat sebab ibu ku nak kejarkan waktu solat Jumaat untuk hantar abang aq pula. Masuk waktu sekolah adalah pada jam 2:30 pm tapi aq selalu di hantar pada jam 1:30 - 1:45 pm di mana waktu tuh sangat senyap because a lot of students come late as always.
So pada waktu petang yang sunyi tu, tinggal lah aq seorang di dalam kelas yang luas (luas ke?) tuh. Well sebab tak ada orang so aq decide untuk kemas kelas. Meja kerusi yang agak berterabur ku susun. Lantai yang bersimen tuh aq sapu. Papan blackboard (waktu tu zaman blackboard lagi haha) aq bersihkan.
Tengah terbatuk-batuk aq tepuk pemadam blackboard, terdengar bunyi tarik-tolak kerusi meja dari tingkat ATAS. Well aq agak diorang pun sedang bosan and mengemas macam aq yang keseorangan ni lah agaknya.
Aq yang dah tak tahu nak kemas apa lagi duduk lah termenung pandang padang sebelah kelas. Kelas aq nih bersebelahan je ngan padang. Maklumlah kelas and bangunan lama..
Fikiran ku yang menerawang entah ke mana tersentak apabila aq dengar bunyi tarik kerusi meja dari tingkat atas. Lagi. "Eh tak habis kemas lagi ke orang kat atas nih? Rajin sungguh.. " lalu aq pun sambung termenung.
Setelah beberapa minit berhenti, dia berbunyi lagi. 'Lama nya kemas, mesti bersepah kelas dia'.
Aq cakap dalam hati. "Nak pergi tengok lah. Boleh tolong apa yang patut. "Lalu aq decide untuk naik tingkat ATAS sebab macam tak habis-habis kemas.
Memandangkan aq bosan dan aq seorang je, best lah kalau ada teman borak alang-alang. Itu apa yang aq fikir. Bunyi tarik kerusi meja masih berterusan walaupun berhenti sekejap-sekejap semasa aq menaiki tangga.
Aq tak fikir apa sebab waktu siang kott. Bezanya, keadaan tu sunyi dan memang setiap hari Jumaat aq rasa macam tuh. Sampai di tingkat 2 yakni tingkat atas dari kelas ku di bawah tadi, bunyi tarik kerusi meja tadi stop. Lalu aq pun menjenguk.
And wow. Nobody here. Aq mundar-mandir sekitar kelas dan di koridor. Still nobody. Memang tak ada orang dalam kelas. Aq perhati sama ada kelihatan beg di mana-mana kerusi or meja. Sebab kalau ada orang, mestilah ada beg sekolah dia.
Tapi tak. Tak ada. Kelas tu kosong. Tetiba aq rasa tak sedap hati. Well untuk sedapkan hati, aq pergi kelas sebelahnya. Dan sebelahnya. Dan sebelahnya. Semua kelas kosong. Tak ada beg. Tak ada orang.
Aq tak teruskan sampai hujung kelas koridor sana, sebab masa aq kat tingkat bawah di kelas aq, bunyi tarik kerusi meja tu kedengaran sangat dekat, yakni betul-betul atas kepala aq. So dari segi logik akal, aq expect kelas orang yang mengemas tuh ialah kelas atas kelas aq ni je.
Aq pun tak tunggu lama, terus turun tangga pergi kelas aq balik. Aq dapat rasa macam diperhatikan somewhere..somehow.. oleh someone.
Aq duduk tempat aq diam-diam. Lebih kepada terdiam sebenarnya. Otak memproses. Perut mencerna. Akal berfikir. 'Well aq tak kacau kau, kau jangan kacau aq'.
Sejujurnya aq cemas, dan agak takut. Aq pun budak lagi waktu tuh. Lalu aq terus sangka baik dan keep thinking about other positive things. Well, at least i try to.
Tak lama tu, solat Jumaat pun habis dan pelajar beransur-ansur datang. Makin lama makin ramai. Ramai sehingga memenuhi kelas ku yang kosong sebentar tadi.
Tak ramai yang tahu kisah aq yang ni. I mean, people around me. Aq pun senyapkan. Sebab aq budak-budak. Siapa nak percaya budak mentah macam aq? Diorang akan cakap aq berimaginasi or any other excuses.
Tapi one thing for sure, bunyi tu memang real and memang aq check tak ada orang. Terserah lah diorang nak percaya ke tidak walaupun benda ni tak lah separah aq nampak benda tu seketul betul-betul depan mata aq.
Huh? Betul ke aq pernah nampak depan mata?
Well.....will you believe it?
YOU ARE READING
Intai Jagat
TerrorKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...