Terjadi dalam minggu ni, yakni malam selasa yang lepas. Seperti biasa aq yang terbiasa tidur lewat kebiasaannya akan layan movie atau men-download. Tapi tidak.
Naluri ku mengatakan yang sebaliknya, menyuruh aq tidur. Tetapi anggota badanku terus sahaja bergerak ke ruang tamu memandangkan wifi ada di luar rumah apartment asrama universiti ku.
Untuk apa? Yes download movie yang baru update lah apa lagi.Tengah excited pilih movie baru untuk di-download, bunyi tapak kaki berjalan seret seperti orang malas berjalan. Ya. Dia menyeret kaki yang mungkin beralaskan selipar? dan terus berjalan perlahan di luar rumahku. Betul-betul depan pintu rumahku, bunyi tersebut kedengaran.
Aq pandang ke pintu. Tapi memandangkan untuk sampai ke pintu kita kena belok sikit dekat dengan rak kasut, so tak nampak lah pintu tu betul-betul. Kena jalan sikit baru nampak pintu. Aq pandang ke pintu tapi tidak ada apa-apa. Gigihkan juga untuk men-download selepas bunyi tersebut hilang.
'Silap dengar kot..' desis ku. Tak lama, selang beberapa saat, bunyi tu datang lagi. Kali ni ditambah pula dengan bunyi hempasan pintu. Aq pandang lagi. Ke arah pintu. Memandangkan lampu cuma di ruang tamu yang dibuka so bahagian pintu agak gelap, menambahkan perasaan takut aq pada masa tuh.
"Haish, kau main pintu pulak ye mambang... "
Aq yang dari tadi asyik-asyik toleh ke pintu, bersama bunyi tapak kaki yang diseret, terus tak jadi download. "Ah esok2 pun boleh download! "Terus aq masuk bilik, bacalah apa yang patut. Yang kelakar nye masih tak putus asa nak download movie tapi memandangkan wifi tak sampai, cubalah guna internet burung hantu yang masa tuh dalam pukul 3-4 am. Tapi internet ni tetiba tak nak beri kerjasama. Mungkin suruh aq tidur agaknya.
Lalu aq pun give up and terus tidur. Malam tu sempat aq bertanyakan tentang bunyi tapak kaki tu kat kawan aq yang kebetulan pada waktu yang sama sedang men-download juga di depan pintu tetapi di dalam rumahnya. Rumahnya bersebelahan dengan ku.
"Tak dengar apape pun.. " katanya. Sebab apa? Dia pakai headphone pula... So dia tak dengar apa-apa dan dengan happily ever after nya dapat download movie or drama yang dia nak.
Aq pulak? Tak dapat dipastikan memang aq sorang yang dengar or imaginasi aq or dia saja nak kacau aq. Yang pasti, aq tak suka duduk ruang tamu apartment ku di tengah pagi.
..apa lagi bila dia datang menjenguk. Ngehe
YOU ARE READING
Intai Jagat
HororKisah-kisah benar melalui pengalaman sendiri bersama orang sekeliling. Ada yang berpendapat seram, creepy, tak sanggup dihadapi tapi inilah kenyataan yang terjadi. Nak tahu? Baca. Tak nak? Tak ada siapa paksa. Tak percaya? Terserah. Tapi just...