Tasha melangkah masuk ke dalam Syarikat NN Holding. Banyak mata memandang ke arahnya dengan pandangan hairan + pelik.
Tasha hanya melemparkan senyuman manis kepada mereka. Tasha tidak hairan mengapa mereka memandangnya begitu. Dia sendiri tahu dengan pandangan pelik mereka.
Tasha menaiki lif menuju ke tingkat 35, tingkat paling atas. Sampai di tingkat atas, Tasha tidak terus masuk ke dalam biliknya. Dia menghayunkan kakinya ke bilik Dato' Nazlan.
Bilik papanya diketuk. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Mendengar saja suara papanya meminta masuk, Tasha terus memulas tombol pintu.
Dilihat Dato' Nazlan sedang tekun menghadap komputer di hadapannya.
"Morning, papa" sapa Tasha ceria.
Mendengar saja suara Tasha, Dato' Nazlan mengangkat kepalanya memandang Tasha yang berdiri tegak di hadapannya.
Dato' Nazlan terlopong. Dia memandang anaknya dari atas hingga bawah. Tasha memusingkan badan. Skirt labuh yang dipakai Tasha turut beralun mengikut pusingan badan Tasha.
Dato' Nazlan bangun dari kerusinya dan bergerak ke arah Tasha. Dia memusing-musingkan badan Tasha. Seperti tidak percaya dihadapanya sekarang ialah anaknya.
"Kenapa, papa? Tak percaya ke Ayu betul-betul nak berubah?" tanya Tasha dengan tawa kecil dengan kelakuan papanya.
"Bukan. Papa tak sangka anak papa ni cantik bila pakai tudung. Dah lama papa tak tengok kamu pakai tudung. Ayu je," ujar Dato' Nazlan.
"Tengok nama la. Nama pun Ayu kan mesti muka pun ayu," jenaka Tasha.
"Pandai buat lawak erk?" Dato' Nazlan ketawa dengan jenaka yang dibuat oleh Tasha.
"Well..." kata Tasha dengan poyo.
Dato' Nazlan ketawa melihat muka poyo Tasha.
"Ayu masuk bilik dulu la. Banyak lagi kerja tak siap. Datang bilik papa ni pun saja je nak kacau papa," ujar Tasha setelah tawa papanya reda.
"Yela. Kerja rajin-rajin. Nanti boleh gantikan tempat papa" ujar Dato' Nazlan.
Tasha hanya ketawa. Dia melangkah keluar dari bilik papa dan menuju ke biliknya.
○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°
Sedang Tasha sibuk menyemak fail, interkom di biliknya berbunyi.
"Cik Tasha, Dato' minta Cik Tasha masuk ke dalam biliknya sekarang" ujar Shila melalui interkom.
"Ok. I will come" balas Tasha.
Dia menutup fail yang disemaknya tadi. Ipad dicapai. Dia melangkah keluar dari biliknya. Otaknya sedang berfikir.
Kenapa papa nak jumpa aku? Tadi masa aku masuk bilik dia tak kata apa-apa pon. monolog Tasha sendiri.
Sampai di depan pintu Dato' Nazlan, pintu itu terus diketuk.
"Masuk!" laung Dato' Nazlan.
Sebaik mendengar Dato' Nazlan menyuruh masuk, Tasha terus memulaskan tombol pintu itu. Dia melangkah masuk dan menutup pintu semula.
Setelah menutup pintu Tasha melangkah ke arah Dato' Nazlan yang sibuk berbincang dengan seorang lelaki. Mungkin client. Tasha tidak nampak mukanya kerana lelaki itu membelakangi Tasha.
"Anything, Dato'?" tanya Tasha apabila berdiri agak jauh daripada lelaki itu.
"Aha, Ayu. Papa panggil kamu ni untuk perkenalkan CEO FF Holding. Syarikat mereka akan bekerjasama dengan kita untuk projek pembangunan di Terengganu." terang Dato' Nazlan.
![](https://img.wattpad.com/cover/77795115-288-k692315.jpg)
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Random●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...