CHAPTER 2

13.4K 91 4
                                    

Tasha membawa keretanya tanpa hala tuju. Selepas pergaduhan kecil dengan papanya,Tasha terus keluar dari syarikat itu.

Dia tidak ada mood untuk membuat kerja.Tasha memberhentikan keretanya di taman permainan untuk menenangkan fikirannya yang bercelaru.

Tasha mengambil tempat disebuah bangku yang berhampiran tasik. Dia memandang kehadapan menghadap tasik buatan manusia.

Taman di situ amat lengang. Maklumlah masih awal pagi. Hanya ada beberapa orang yang ada di taman itu. Bersenam mungkin.

Tasha hanya termenung. Dia cuba menenangkan hatinya.

"Kenapa semua ini jadi dekat aku?Aku tak kuat menerima dugaanMu.Ya allah,sesungguhnya hambaMu ini banyak berdosa kepadaMu." Tasha berkata perlahan.

Dia menilik cara pemakaiannya.Dia berasa berdosa sangat.Tapi perasaan marahnya menguasai dirinya.Air mata jatuh setitik demi setitik di pipinya.Tasha tidak tau apa yang perlu dia lakukan.Dia sangat keliru.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Firdaus duduk termenung di sebuah bangku.Dia merasai angin pagi itu. Dia sedang memikirkan tentang hidupnya.

"Sampai bila aku nak hidup macam ni?Kenapa aku jadi murung?Cuma sebab perempuan tak tau malu tu aku jadi macam ni." Firdaus bermonolog seorang diri.

Tiba-tiba dia terdengar esakan halus di bangku sebelahnya.Dia menoleh ke arah esakan itu.

Dia nampak jelas seorong gadis berpakaian yang menjolok mata sedang menangis sambil memandang ke arah tasik.

Dari esakan halus,dia dapat melihat bahu gadis itu terhinjut-hinjut.Mungkin cuba untuk menahan air matanya terus mengalir.

Firdaus berasa kasihan.Dia bangun dan menyelok poket seluar sleek yang di pakai.Sapu tangan berwarna biru di keluarkan dari poket seluarnya.

Firdaus melangkah mendekati gadis itu.Dia menghulurkan sapu tangan itu kepada gadis itu.Jelas raup wajah gadis itu terkejut.Firdaus hanya tersenyum manis.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Tasha cuba menahan air matanya daripada terus mengalir sehingga bahunya terhinjut-hinjut.

Tasha terkejut apabila seorang lelaki datang ke arahnya sambil menghulurkan sapu tangan.Dengan teragak-agak dia menyambut juga sapu tangan itu.

Lelaki itu tersenyum manis.Tasha terkaku melihat senyuman lelaki itu.

"Boleh saya duduk?"

"Errr...bo...boleh"

Tasha berkata dengan tergagap-gagap.Fidaus tersenyum dan melabuhkan duduk di sebelah gadis itu.

Tasha mengelap air matanya yang masih bersisa dengan menggunakan sapu tangan lelaki itu.

Apabila melihat gadis itu tenang,Firdaus memulakan sesi perkenalan.

"Hurmm...Awak..."panggil Firdaus.

Tasha menoleh memandang lelaki itu.Dia mengangkat sebelah keningnya memberi isyarat 'kenapa'.

"Nama awak apa?" tanya Firdaus.

"Ayu Natasha" Tasha menjawab ringkas.Dia sememangnya tak ada mood untuk berborak.

"Ouh...Nama saya Ahmad Firdaus.Boleh panggil Firdaus" Firdaus memperkenalkan dirinya.

"Aku tak tanya pon" Tasha berkata dalam hati.Kalau dia kata kuat nanti mamat sebelah dia ni kata dia tak kenang budi pula.

Tasha hanya menggangukkan kepalanya tanda faham.Seketika suasana antara mereka sunyi.

"Awak..." Firdaus dan Tasha berkata serentak.Mereka memandang antara satu sama lain.

"Ladies first" ujar Firdaus sambil tersenyum manis.

Tasha kembali memandang ke arah tasik setelah melihat senyuman Firdaus. Dia berasa jantungnya berdebar-debar.

"Err...Thanks sebab kasi sapu tangan ni.Awak nak balik ke sapu tangan ni?"Tasha bertanya sambil mengangkat sapu tangan itu.

"Eh! Tak apa. Awak simpan je. Simpan terus,tak payah pulangkan pun tak apa," Firdaus menjawab dengan senyuman yang tidak lekang dibibir

Firdaus juga berasa pelik dengan diri sendiri. Dia tidak pernah tersenyum lama begini setelah dipermainkan oleh perempuan tak tahu malu tu. Sekarang, dengan Tasha dia boleh terseyum manis.

"Hurmmm... Saya nak balik dulu la." Tasha berura-ura untuk beredar.

"Ayu..."

Tasha tidak jadi beredar apabila namanya dipanggil. Dia memandang Firdaus.

"Boleh awak bagi nombor awak dekat saya?" Firdaus berkata dengan teragak-agak.

Tasha membuka handbag nya.Dia mengeluarkan kad namanya.

"Ini kad saya.Ada nombor phone kat kad tu.Kalau ada apa-apa just call me.Okay?"

"Ok. Thanks, Ayu."

"You're welcome.Saya pergi dulu." Tasha beredar dari taman permainan itu.Dia ingin mencari Rania.

Tasha baru tersedar akan sesuatu.Dia tidak marah Firdaus kerana memanggilnya dengan panggilan Ayu.

"Mungkin aku tak marah sebab dia tak tau kot.Tapi...selalunya kalau orang tu tak tau,aku akan bagitau.Kenapa aku tak tegah dia dari terus panggil aku Ayu?" Tasha bercakap seorang diri.

"Huh! Malas aku nak fikir.Baik aku cari Baby Rania.Boleh lepaskan strees dengan nafsu.Dua sekaligus.Hahaha!" Tasha ketawa jahat.

Rasa berdosanya dengan Allah tadi tidak lagi diingat.Kini dia hanya ingat, ingin melepaskan nafsunya saja.

"Baby! With for me." ujar Tasha. Ketawa jahatnya masih bersisa.Dia memandu keretanya ke apartment Rania.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Firdaus duduk di balkoni di dalam biliknya.Dia termenung memikirkan kejadian pagi tadi.

"Kenapa bila dengan Ayu aku rasa lain. Bila aku dengan dia aku rasa aku bukan diri aku yang sebenar.Bila dengan dia aku boleh tersenyum.Kalau dengan orang lain bukan main susah aku nak senyum." Firdaus bermonolog.

Tiba-tiba dia teringatkan kad yang diberi oleh Tasha pagi tadi.

"Mana aku letak kad tu, erk?"

Firdaus masuk ke dalam biliknya.Dia menuju ke meja solek.Dia mengambil wallet yang diletakakan di atas meja solek.

Dia mengeluarkan kad nama Tasha dari dalam wallet.Dia mengambil phone yang diletakkan bersebelahan dengan wallet nya.Dia mendail nombor phone Tasha.

Tut Tut Tut Tut

"Tak kan dah tidur.Baru pukul 9"

Firdaus mencuba sekali lagi.

Tut Tut

"Hello..." sapa Tasha

"Err...He...Hello,Ayu" Firdaus tergagap-gagap menjawab.Dia berasa berdebar apabila bercakap dengan Tasha.

"Siapa yang bercakap?" Tasha bertanya. Nada suaranya jelas menunjukkan dia tidak tahu si pemanggil itu ialah Firdaus.

"Saya Firdaus.Kita jumpa pagi tadi. Sorry kalau saya ganggu lena awak." Firdaus memohon maaf.

"Ouh Daus... It's okay.Saya belum tidur lagi.Kenapa awak call saya?" suara Tasha ceria sahaja apabila tahu Firdaus menelefonnya.

"Tak ada apa.Saja call..."

Mereka berbual-bual hingga larut malam.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now