CHAPTER 16

7.7K 67 1
                                    

Tasha kembali ke dalam bilik selepas sarapan. Dia ingin berbincang sesuatu dengan Firdaus. Semalam tidak sempat kerana Firdaus sibuk mengajaknya berbalah poems 'roses are red, violets are blue' sehingga dia terlupa ingin berbincang dengan lelaki itu.

Tasha masuk ke dalam bilik. Dilihat Firdaus sedang duduk bersandar sambil menghadap laptop. Jari-jemari jejaka itu sibuk menari di atas keypad. Wajah Firdaus serius.

Tasha perlahan-lahan menghampiri katil. Dilabuhkan duduk di atas katil tersebut. Wajah Firdaus yang tekun menaip ditatap.

Firdaus tidak menoleh langsung melihat Tasha. Matanya hanya fokus pada laptop di depan mata. Dia sedar akan kehadiran gadis itu. Dia sedar Tasha merenungnya. Sahaja mahu melihat apa yang di mahu oleh Tasha.

"Firdaus..." panggil Tasha mendayu.

Firdaus terhenti menaip mendengar suara mendayu Tasha.

Ni nak goda aku ke apa ?

Firdaus menoleh memandang Tasha yang duduk disisinya. Sebelah kening diangkat.

"Kenapa ?" Firdaus menyoal Tasha pelik. Macam semacam je dia ni.

"Aku nak bincang sikit dekat kau, boleh ?" tanya Tasha.

"Boleh. Bincang pasal apa ?"

"Kenapa kau tak tanya aku dulu sebelum buat keputusan nak pindah rumah sendiri ?" Tasha memandang Firdaus disisinya.

"Kalau aku tanya kau dulu, kau nak setuju ke ?" Firdaus menyoal kembali.

Tasha mencebik. Kedua belah pipi dikembungkan tanda tidak puas hati.

Kalau tanya dia dulu memang lah dia tak nak. Nak duduk sebumbung dengan mamat ni. Memang tak la. Dengan perangai suka menyindir dia tu. Memang tak boleh blah.

"Memanglah aku tak setuju. At least, bagitau aku dulu sebelum bagitau mummy dengan daddy." dengus Tasha.

"Bagitau kau dulu pun buat apa. Membazir air liur je. Kau sendiri kata tak setujukan. Kalau aku bagitau kau dulu, dah sah-sah kau potong cakap aku, masa aku nak bagitau daddy dengan mummy. Untuk mengelakkan kejadian itu berlaku, aku bagitau kau kemudian la," Firdaus menjawab selamba.

Tasha memasamkan muka. Wajah dipalingkan ke arah lain. Tidak mahu memandang wajah Firdaus.

Firdaus menatap Tasha yang melarikan wajahnya. Senyuman terukir dibibirnya.

"Kau marah, erk ?" Firdaus menyoal sinis.

Tasha menoleh memandang Firdaus semula. Mata dibulatkan. Geram dengan Firdaus yang anginnya berubah-ubah.

"Aku tak marah la. Aku tak ada masa nak marah kau. Buang masa aku je," bebel Tasha.

"Yala tu," Firdaus sengaja mahu mengusik Tasha.

"Dahlah. Aku nak turun bawah. Bincang dengan kau pun tak macam berbincang. Baik aku tolong mummy kat dapur. Kau buat la kerja kau tu," ujar Tasha sebelum keluar dari bilik itu.

Firdaus sudah tersenyum mendengar Tasha mula pandai membebel. Terasa lucu melihat wajah Tasha kemerahan bila membebel. Mungkin kerana geram wajahnya kemerahan.

Firdaus kembali menyambung kerjanya menaip laporan yang tergendala sebentar tadi. Senyuman tidak lekang dibibirnya.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

"Mummy masak apa ?" Firdaus melangkah masuk ke dalam dapur. Dia menghampiri dua wanita yang sibuk memasak sambil bersembang.

"Ish ! Kamu ni. Terkejut mummy." Puan Sri Amira mengurut dadanya. Sergahan Firdaus mengejutkannya.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now