CHAPTER 26

7.7K 61 1
                                    

Masuk hari ini sudah seminggu Rina dan Rini tinggal bersama mereka. Bermaksud hari ini adalah hari terakhir kembar itu berada di rumah mereka .

"Along... Tak nak pergi mana-mana ke hari ni ? Hari ni kan last kami kat sini," Rina bertanya. Dia duduk menempel di sebelah Firdaus.

Firdaus diam. Berfikir untuk bawa mereka ke mana.

Rina dan Rini setia menanti jawapan Firdaus. Mata mereka hanya terarah ke arah Firdaus.

Tasha hanya mendengar dari jauh. Mata terarah di televisyen tetapi telinga di pasang untuk mendengar perbualan adik beradik itu. Dia juga ingin tahu ke mana Firdaus mahu bawa mereka hari ini.

"Kita pergi pantai nak ?" Firdaus memberikan cadangan.

"Nak !" jerit Rina dan Rini teruja.

'Pantai ?! My favorite place !' Tasha menjerit dalam hati.

Matanya bersinar terang.

"Pergi siap apa yang patut ? Lepas makan tengahari kita gerak," arah Firdaus.

"Ai. Ai. Chief !" Rina dan Rini berlari naik ke bilik mereka.

Setelah si kembar itu berlalu, Firdaus menoleh memandang Tasha yang turut memandangnya. Tasha melarikan pandangan ke tempat lain.

"Kau tak nak pergi ke ?" Firdaus memandang tepat ke arah Tasha.

"Hah ?!" Tasha terkejut bila tiba-tiba memdengar Firdaus bersuara.

Kemudian dia mengangguk laju. Entah kenapa dia berasa kelam-kabut. Mungkin kejadian semalam yang membuatnya begitu.

Semalam selepas Firdaus selesai mandi, dia merapati Tasha yang sedang meniarap di atas katil sambil membaca novel. Tasha masih tidak sedar akan kehadiran Firdaus kerana kusyuk membaca novel.

Perlahan-lahan Firdaus melabuhkan duduk dibirai katil di sebelah Tasha. Dia memerhati susuk tubuh Tasha dari belakang. Agak mengiurkan.

Tasha yang terasa seperti ada orang duduk disisinya menoleh ke sisi. Dia terus terbaring akibat terkejut.

"Kau ni ! Terkejut aku !" Tasha memarahi Firdaus.

Firdaus merenung tajam ke arah Tasha.

"A...Asal kau pandang aku macam tu ?" Tasha takut-takut menyoal.

"Kau sengaja nak goda aku ke apa ?"

"Hah ?!" Tasha tidak faham dengan apa yang Firdaus kata kan.

'Goda ?'

Firdaus tidak membalas tetapi matanya memandang Tasha dari atas hingga bawah.

Tasha sudah dapat menangkap dengan kata-kata Firdaus. Pakaiannya. Memang seperti ingin mengoda. Tapi, pakaian tidurnya memang begini nak buat macam mana.

Tasha tersenyum sinis. Dia mengangkat badannya sedikit. Merapatkan wajah mereka.

Firdaus menjarak wajah dari Tasha. Dengan cepat Tasha memaut leher Firdaus merapatkan semula wajah mereka. Nafas Firdaus turun naik. Tasha menarik leher Firdaus untuk lebih rapat dengannya.

"Kau tergoda ke ?" bisik Tasha ditelinga Firdaus.

Firdaus yang tidak tahan meleraikan pautan Tasha. Tasha kembali terbaring di katil. Ketawa jahat terpancul dari mulutnya.

Firdaus duduk membelakangi Tasha. Menstabilkan semula degupan jantungnya.

Mendengar ketawa Tasha yang masih tidak berhenti menerbitkan idea nakal di fikiran Firdaus. Dia pusing ke menghadap Tasha. Merapatkan tubuhnya dengan Tasha.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now