CHAPTER 29

7.6K 58 3
                                    

"Jom, jogging." ajak Firdaus selepas mereka mengerjakan solat subuh.

"Jogging ?" Tasha berfikir seketika.

"Ok," putus Tasha bersama senyuman.

"Bersiap. Nanti kita jogging dekat taman depan simpang sana,"

Tasha mengangguk. Firdaus masuk ke dalam bilik pakaian ingin menukar pakaiannya kepada pakaian sukan.

"Eh ! Bagilah aku tukar baju dulu," Tasha menahan Firdaus.

Firdaus memandang Tasha atas bawah.

"Apa salahnya kita tukar baju sama-sama. Wardrobe ni besar," Firdaus menarik Tasha masuk bersamanya ke dalam bilik pakaian.

"Eh ! Eh !" Tasha memukul-mukul tangan Firdaus.

Firdaus melepaskan genggamannya dilengan Tasha. Dia berlalu ke susunan bajunya.

Tasha mendengus. Dia berpeluk tubuh.

Firdaus membuka bajunya. Mata Tasha membulat. Dia pusing membelakangi Firdaus.

"Apa yang kau tercegat lagi kat situ ? Cepat lah siap. Nanti lambat pergi office pula," Firdaus keluar dari bilik itu.

'Eh, dah siap ?!' Tasha menjongketkan bahu.

Tasha menukar baju kepada baju sukan. Siap menukar baju dia keluar dari bilik pakaian itu.

"Dah siap ?" tanya Firdaus yang sedang memakai jam.

Tasha terkedu. Dia memandang Firdaus atas bawah.

'Handsome !' puji Tasha dalam hati.

'Wait !'

Tasha memandang Fidaus dan dirinya berulang kali.

'What ?! Kenapa aku tak perasan warna baju dia masa keluar tadi ? Argh !'

Tasha pusing ingin kembali ke dalam bilik pakaian.

"Nak pergi mana tu ?" tanya Firdaus hairan.

"Tukar baju," balas Tasha bersahaja.

Firdaus menarik lengan Tasha menahan Tasha dari terus melangkah.

"Tukar baju ? Kenapa dengan baju ni ? Aku tengok elok je," Firdaus memandang Tasha atas bawah.

"Ouh. Patut la," Firdaus tersengih nakal.

"Apa ?" Tasha buat tidak tahu.

"Tak payah la tukar. Nanti lambat. Cepat pakai tudung. Aku tunggu dekat bawah," Firdaus berlalu keluar dari bilik itu.

Tasha menjulingkan matanya ke atas.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

"Buat apa tu ?" tanya Firdaus.

Tasha menjulingkan mata ke atas.

"Ikat tali kasut. Buta ke ?" balas Tasha selamba.

"Ikat tali kasut ? Kenapa kau tak ikat hati aku ?" Firdaus menjongket-jongkatkan sebelah keningnya.

Tasha memandang Firdaus. Dia bangkit dari menunduk mengikat tali kasut.

"Hambar..." Tasha menjeling Firdaus. Dia berjogging melepasi Firdaus.

Firdaus mencebik.

"Kau tunggu,"

Firdaus berlari ke arah Tasha yang sudah menjauh. Mereka berjogging bersama.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now