CHAPTER 7

8.8K 72 1
                                    

Hari ini Tasha dan Firdaus pergi melawat tapak projek di Besut. Di dalam kereta, mereka hanya mendiamkan diri. Sampai saja di tapak projek, mereka mula berkelakuan seperti selalu. Professional.

"Cik Tasha dengan Encik Firdaus tak nak pergi lunch ke?" tanya Mirul, salah seorang pekerja disini.

"Awak pergi la lunch dulu nanti baru saya pergi" ujar Tasha kepada Mirul.

Mirul mengangguk dan berlalu pergi. Kini hanya tinggal mereka berdua di kawasan tapak projek itu. Pekerja yang lain sudah pergi makan tengahari.

Keadaan kembali sunyi. Mereka tidak lagi bercakap seperti sebentar tadi semasa pekerja yang lain masih ada. Tasha menyibukkan diri dengan melihat sekeliling kawasan tapak projek. Firdaus di sebelah tak di hiraukan.

" Kau tak nak lunch ke?" tanya Firdaus.

Dia memandang Tasha. Tasha tidak langsung memandang Firdaus, dia terus berjalan ke arah tempat letak kereta tanpa mempedulikan pandangan Firdaus. Tasha tau Firdaus akan mengikut langkahnya.

Tasha berjalan tanpa melihat kiri kanan. Tanpa dia sedar sebuah superbike meluncur laju ke arahnya. Tiba-tiba dia terasa dirinya di tarik oleh seseorang.

Tasha membuka mata perlahan-lahan. Dia menoleh ke belakang ingin melihat siapakah yang telah menyelamatkan dirinya sebentar tadi. Tasha membulatkan mata tanda tidak percaya melihat orang yang telah menyelamatkan dirinya.

"Kau ok?" tanya Firdaus sambil duduk bersila dihadapan Tasha yang masih kelihatan bingung.

Tasha hanya mengangguk. Dia masih terkejut dengan kejadian tadi.

"Kau trauma ke?" tanya Firdaus lagi.

Tasha hanya menggeleng. Dia terlihat kesan darah di siku kanan milik Firdaus. Tanpa berlengah dia terus menarik tangan kanan Firdaus. Firdaus hanya melihat perilaku Tasha yang sedikit kalut.

Lengan baju kemeja Firdaus di lipat hingga ke atas siku. Ternyata siku Firdaus luka dan berdarah. Tasha menjadi tidak tentu arah apabila melihat luka itu. Dia menyelongkar beg tangannya untuk mencari tisu. Setelah menjumpai tisu, Tasha terus menarik beberapa helai tisu. Dia melekapkan tisu di tempat yang berdarah.

"Awak luka la. Jom, saya bawa awak pergi klinik"

Tasha terus menarik tangan Firdaus untuk bangun. Firdaus hanya turuti kehendak Tasha. Sampai di kereta Tasha menadah tangan ke arah Firdaus. Firdaus menjongketkan sebelah kening tanda tidak faham.

"Kunci?" pinta Tasha. Hanya sepatah perkataan dapat di fahami oleh Firdaus.

Firdaus mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluarnya dan menyerahkannya kepada Tasha. Tasha membuka unlock kereta.
Setelah lock di buka Tasha segera bergerak ke arah penumpang, pintu penumpang di buka.

"Masuk," arah Tasha.

"Eh, tak apa. Aku boleh drive lagi," tingkah Firdaus.

Melihat renungan mata Tasha, Firdaus akhirnya masuk juga di tempat penumpang. Tasha tersenyum sinis. Tasha duduk di tempat memandu.

"Saya bawa awak pergi klinik ek?"

Tanpa mendengar jawapan dari Firdaus, Tasha terus memasukkan gear reverse. Firdaus menarik perlahan tangan kiri Tasha yang teletak di stereng kereta. Firdaus menarik Tasha untuk menghadapnya. Gear parking di masukkan semula.

"Tak perlu bawa aku ke klinik" ujar Firdaus lembut.

"Tapi..."

Percakapan Tasha terhenti apabila Firdaus meletakkan jari telunjuknya di bibir Tasha. Firdaus menggelengkan kepalanya perlahan.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now