Firdaus mundar-mandir dihadapan wad bersalin Tasha. Kakinya tidak duduk diam. Dia risaukan isterinya. Sudah lama isterinya berada di dalam sana. Dekat 10 minit.
Kau fikir sekejap ke 10 minit tu. Lama tau tak !
Nak masuk doktor tak bagi. Hospital apa ni tak bagi suami ada disisi isteri di saat-saat gentir. Parah goh. Tak memahami langsung.
Duduk Firdaus tidak tenang. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Kakinya tidak duduk diam. Asyik nak bergerak sahaja. Risau.
"Aus !"
Firdaus berpaling bila namanya diseru dari kejauhan. Terlihat mama, papa, daddy, mummy serta adik kembarnya berlari-lari anak dari kejauhan. Muka masing-masing menyerlahkan wajah risau dan gembira. Risau dengan keadaan Tasha dan gembira kerana Tasha akan melahirkan cucu sulung buat mereka.
Firdaus menyalami tangan mereka apabila mereka sudah berada dihadapannya.
"Macam mana keadaan Ayu ?" tanya mummy.
Firdaus mengeluh perlahan. "Masih dekat dalam. Dah lama Along tunggu. Tak ada apa-apa khabar lagi," keluhnya.
"Dah berapa lama ?"
"Dalam 10 minit,"
"Laaa... Baru 10 minit," degus Rina.
"Apa lama la tu. 10 minit lama tau, macam-macam boleh jadi dekat dalam tu. Doktor tu pun satu, tak bagi Along masuk kenapa ? Orang nak bagi semangat dekat Kak Long kau orang ni. Aish !" degus Firdaus.
"Ya Allah ! Memang la lama. Along ingat nak teran tu senang. Ambik masa 2 3 jam tau," ujar Puam Sri Amira.
"Tudia !" Firdaus terpempam. Keluhannya terlepas.
"Kalau macam tu Along nak pergi surau jap. Kalau ada apa-apa cepat-cepat call Along, tau ?"
Masing-masing menganggukkan kepala.
"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim... Kau permudahkanlah segala urusan hambaMu. Kau berikanlah kekuatan pada isteriku. Sesungguhnya dia sedang bertarung nyawa. Berikanlah dia kekuatan agar dia dapat menempuh rintangan semasa melahirkan. Hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu aku bersembah,"
Setelah mengaminkan doanya, Firdaus duduk berteleku di atas tikar sejadah sambil berzikir. Dia tidak tenang selagi tidak melihat wajah isterinya. Tidak putus-putus dia memanjat doa agar kedua-duanya selamat.
Setelah rasa tenang sedikit, Firdaus keluar dari surau hospital itu. Langkah kakinya dipercepatkan apabila terlihat keluarganya berborak dengan doktor. Ada apa-apakah ?
"Along..." Puan Sri Amira menyapa.
Firdaus mengangguk kecil. "Macam mana dengan isteri saya doktor ?" Terus Firdaus meluru bertanya.
Wajahnya jelas menampakkan dia risau akan isterinya. Suami mana yang tak risau isteri dok dalam tu ? Suami dayus mungkin.
Doktor yang bername tag Dr. Luna itu tersenyum melihat tingkah Firdaus. "Encik jangan risau. Pada masa ni isteri Encik masih belum melahirkan anak lagi. Dia stabil. Dia meminta saya memanggil Encik untuk bersama dengannya semasa melahirkan,"
Firdaus mengangguk faham. "Hah ! Jom lah doktor. Kesian isteri saya tunggu," kalut Firdaus. Dia jadi tidak tentu arah.
Keluarganya hanya mengelengkan kepala melihat tingkah Firdaus. Kalut.
Firdaus membuntuti Dr. Luna masuk ke dalam wad bersalin. Dia dipakaikan baju khas sebelum melangkah ke tempat isterinya berada.
"Sayang !" Firdaus melajukan langkah bila terlihat Tasha berbaring di atas katil sambil kaki mengangkang tinggi.
![](https://img.wattpad.com/cover/77795115-288-k692315.jpg)
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
De Todo●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...