CHAPTER 13

7.7K 71 0
                                    

Tasha memegang lengan Firdaus. Mereka beriringan masuk ke dalam dewan. Tepukan gemuruh memenuhi ruang dewan itu tika mereka menjejakkan kaki ke dalam dewan tersebut.

"Kenapa tangan kau sejuk ?" tanya Firdaus apabila menyentuh tangan Tasha.

Tasha hanya membisu.

Seperti tahu perasaan Tasha, Firdaus mengengam jari-jemari itu. Menyalurkan semangat.

"Thanks..." ujar Tasha separuh berbisik.

Firdaus tersenyum sinis.

"Aku tak nak kau pengsan. Aku juga yang kena angkat kau. Dah la berat," sindir Firdaus.

Tasha membuat muka bosan.

Mula dah.

Kata-kata Firdaus tidak dihiraukan.

Mereka mula melangkah ke arah pelamin yang terletak di antara meja makan pengantin dan pentas. Di hadapan mereka pula terdapat orang ramai yang setia meraikan perkahwinan mereka.

Setelah 30 minit bersanding serta bergambar bersama keluarga dan tetamu yang hadir, pengantin di minta menjamu selera di meja yang telah disediakan.

Selepas menjamu selera, Firdaus dan Tasha bergerak dari satu meja ke satu meja yang terdapat dalam dewan itu. Mereka menyapa tetamu yang hadir. Senyuman tidak lekang di bibir masing-masing.

Tasha meminta diri. Dia menuju ke arah tempat air. Dahaga rasanya. Air itu dibawa ke meja kosong. Dia duduk di meja itu sambil menghilangkan dahaga.

"Well...Well... Tengok siapa yang ada dekat sini ?"

Tasha mendongak memandang gerangan yang bersuara.

"Eh ! Rania... You buat apa kat sini ?" tanya Tasha.

" Why? I can not come to your wedding? Marriage former release my lust." tanya Rania sinis.

Tanpa di pelawa Rania melabuhkan duduk di hadapan Tasha. Meja itu hanya diduduki oleh mereka berdua.

Suasana terasa tegang.

"You nak apa lagi ?" tanya Tasha.

Tasha memandang tajam ke arah Rania yang berada di hadapannya.

"You tanya I ? Ouhk... Maybe you lupa. I akan ingatkan you semula,"

Rania bangkit dan melangkah ke arah Tasha yang masih duduk. Dia membongkokkan badannya. Dirapatkan wajahnya ditelinga Tasha.

"Hmmm... I tak akan ganggu you kalau you bagi I 1 juta. But, you still belum bagi I duit tu. So now, that's why I'm still here." bisik Rania sinis.

Tasha tercengang. Dia menarik nafas dan dihembus perlahan. Dia cuba kuatkan semangatnya.

"Dia takkan bagi satu sen pun dekat kau,"

Tasha mendongak melihat gerangan yang bersuara. Tasha mengucap syukur apabila melihat Firdaus berdiri bersebelahnnya. Tasha cepat-cepat berdiri.

Firdaus menarik Tasha rapat padanya. Pinggang Tasha dirangkul. Matanya mencerlung melihat Rania di hadapan mereka.

"Huh ! Hero dah sampai. Bagus lah korang berdua kahwin. Seorang anak dato', seorang anak tan sri. Kaya la I macam ni," balas Rania.

"Aku takkan bagi satu sen pun dekat kau. Baik kau blah dari sini sebelum aku buat report," ujar Firdaus perlahan. Ada nada tegas dalam suaranya.

"Buat report ? Buat la. Ingat I takut ke ? Anyway, you nak buat report pasal apa ?" tanya Rania sinis.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now