CHAPTER 23

7.5K 55 0
                                    

Tasha duduk termenung di balkoni biliknya dan Firdaus. Dia memikirkan tentang berita yang didengarnya tengahari tadi. Tasha agak terkejut apabila mendapat tahu Rania Amilya mati di BUNUH!

Bila difikirkan kembali, dia tidak boleh menolak ketentuan-Nya. Dia harus redha dengan qada dan qadar Allah SWT.

Tasha tersenyum kecil. Tiba-tiba dia teringatkan Firdaus. Firdaus amat prihatin terhadapnya. Kerana Firdaus hidupnya kembali seperti sediakala. Firdaus ialah penguat semangatnya. Tanpa Firdaus hidup Tasha berasa gelap-gelita.

'Terima kasih, Daus.'

Tasha berasa lehernya dipeluk seseorang dari belakang. Dia menoleh ke tepi untuk melihat gerangan yang memeluknya. Tasha mengukir senyuman melihat Firdaus melentokkan kepalanya dibahu Tasha sambil tangan Firdaus melingkari di leher Tasha. Tasha menepuk-nepuk perlahan lengan Firdaus.

"Kenapa ni ? Macam tak larat je?"

"Hurmm... Mengantuk," ujar Firdaus perlahan.

"La... Pergi la tidur," balas Tasha.

Firdaus melepaskan rangkulannya dileher Tasha. Dia berdiri di hadapan Tasha. Pandangan tajam dilemparkan kepada Tasha.

Tasha megerutkan dahi. Pelik bila Firdaus memberikannya pandangan sebegitu.

"Kenapa ?" soal Tasha hairan.

Firdaus mengembungkan pipi. Dia menjulingkan matanya ke atas.

"Mana boleh tidur kalau tak ada bantal peluk. Bantal peluk ni tak nak tidur lagi ke ?" Firdaus menatap ke dalam mata Tasha.

Sengaja dia memanggil Tasha sebagai bantal peluknya. Sekali-sekala bergurau dan bermanja dengan isteri apa salahnya. Nanti apabila dia sibuk dengan urusan pejabat takut tak sempat nak bermanja dengan isterinya. Jadi, baik dia ambil peluang yang ada untuk bermanja dengan Tasha.

Tasha ketawa kecil mendengar gelaran Firdaus terhadapnya.

"Macam-macam lah kau ni," kata Tasha bersama ketawa.

Firdaus tersenyum. Hatinya tenang bila melihat Tasha bahagia disisinya.

"Jomlah tidur. Aku dah mengantuk ni," Firdaus menarik-narik lengan Tasha supaya mengikutnya masuk tidur.

"Yala-yala. Sabarlah, jangan main tarik-tarik. Asal kau ni manja sangat malam ? Pelik aku," Tasha mengikut Firdaus masuk ke dalam bilik.

"Biarlah. Manja dengan wife sendiri apa salahnya, kan ?" Firdaus menutup pintu balkoni setelah dia dan Tasha masuk ke dalam bilik.

Tasha mengelengkan kepalanya. Pening dengan kerenah Firdaus. Kejap baik, kejap jahat lepastu baik balik. Macam-macam. Tasha hanya melayan sahaja. Kerenah Firdaus itulah tak pernah membuat Tasha jemu berada di samping jejaka itu.

Firdaus membaringkan dirinya di sebelah Tasha yang sudah berbaring di atas katil. Dia menutup lampu meja. Setelah itu, dia memusingkan badannya menghadap Tasha. Pinggang Tasha dirangkul. Dahi Tasha dikucup lembut.

"Good night, sweetheart. Sleep well. Sweet dreams," ujar Firdaus sebelum memejamkan matanya.

Tasha tersenyum kecil. Dia membuka matanya. Tasha hanya memejamkan matanya sebentar tadi. Jadi, dia dapat mendengar setiap butir bicara yang di katakan oleh Firdaus dan juga dapat merasa kucupan Firdaus di dahinya.

Ini salah satu sikap Firdaus yang amat Tasha suka. Firdaus seorang yang bermulut manis. Bila sampai sahaja hari dia baik. Habis kata-kata manis keluar dari mulut jejaka itu.

Tasha merenung setiap inci wajah Firdaus sebelum kembali menutup mata. Ingin tidur nyenyak bersama suami tercinta.

'You too,'

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now