CHAPTER 17

7.4K 74 1
                                    

Hari ini genap seminggu usia perkahwinan Firdaus dan Tasha. Hari ini juga mereka akan berpindah ke rumah sendiri. Ingin hidup berdikari.

"Ayu, dah ke belum ?" tanya Firdaus yang sudah berada di pintu bilik.

"Dah,"

Tasha melangkah ke arah Firdaus bersama sling bag.

"Jom," ajak Tasha setelah berada di hadapan Firdaus.

Mereka beriringan menuruni tangga. Sampai sahaja diruang tamu, Tan Sri Faris, Puan Sri Amira serta adik kembar Firdaus sudah menunggu mereka.

Tasha melangkah menuju ke arah mertuanya. Tangan mereka di salam. Rina dan Rini menghampiri Tasha setelah Tasha sudah bersalaman dengan mertuanya. Terpamer riak sedih di wajah mereka.

Tasha tersenyum kecil.

"Rina ? Rini ?" panggil Tasha lembut.

Rina dan Rini hanya memandang Tasha tanpa membuka mulut.

"Kenapa ni ?" tanya Tasha.

"Kak long dah pindah rumah sendiri. Nanti siapa nak layan kami." ujar Rini sedih.

Tasha tersenyum. Bahu mereka di peluk.

"Nanti, kalau ada masa kak long datanglah sini. Tak pun korang yang datang rumah kak long ?"

Mata Rina dan Rini bersinar-sinar mendengar cadangan Tasha. Senyuman lebar terhias di wajah masing-masing.

"Betul ?" tanya Rina dan Rini serentak.

Tasha hanya membalas dengan anggukkan.

"Yeay !"

Rina dan Rini bersorak riang. Tubuh Tasha dipeluk erat.

Tasha tersenyum. Senang hati dipelakukan sedemikian.

"Sudah-sudah la tu peluk isteri along," ujar Firdaus yang baru masuk ke dalam rumah setelah meletakkan bagasi ke dalam kereta.

Pelukkan dileraikan. Rina dan Rini memandang tajam ke arah Firdaus.

"Along jealous la tu," ujar Rina selamba.

"Jealous la. Korang peluk wife along, along nak peluk siapa ?" Firdaus menceberutkan mukanya.

Tan Sri Faris dan Puan Sri Amira tertawa melihat telatah Firdaus.

Tasha tersenyum kecil. Geli hatinya melihat wajah cemberut Firdaus.

"Eleh. Nanti dekat rumah, along peluklah kak long puas-puas. Masa tu tak ada siapa yang nak kacau," Rini mencebikkan bibirnya. Menyampah dengan perangai abangnya yang kadang-kala mengada.

Firdaus tersenyum sinis mendengar kata-kata Rini.

"Tau tak apa. Korang jangan jealous pulak" Firdaus mengenakan adik kembarnya kembali.

Rina dan Rini nenjelirkan lidah mereka. Tasha ketawa melihat telatah mereka.

"Nanti kalau ada free baliklah sini," ujar Tan Sri Faris.

"In Syaa Allah," balas Tasha dan Firdaus serentak.

Tan Sri Faris tersenyum.

"Jaga menantu mummy ni baik-baik. Jangan nak sakiti dia pulak. Ingat tu ?" pinta Puan Sri Amira.

"Takkan lah along nak sakitkan wife along sendiri. Mummy dengan daddy jangan risau, along akan jaga wife along ni dengan penuh kasih sayang dan cinta along. Okay ?" balas Firdaus.

"Yela,"

"Kitorang gerak dulu. Kalau ada apa-apa call ke, tau ?"

"Ye. Hati-hati," ujar Puan Sri Amira.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now