"So, macam mana?" tanya Firdaus.
"Susah nak cari la,bro.Dia punya profile susah nak di ceroboh.Dia macam simpan rahsia besar." balas Ikmal, penyiasat yang diupah merangkap kawan Firdaus.
"Kalau susah, guna la cara lain." cadang Firdaus.
Dia menyedut sedikit air jus oren yang di pesannya tadi.
"Cara apa pula?" tanya Ikmal hairan.
"Kau ni harap saja spy, tapi tak boleh fikir sendiri" balas Firdaus sinis.
"Kau ikut la pergerakan dia.Dengan siapa dia keluar. Itu pun aku nak ajar. Kata spy profesional." sambungnya lagi.
"Ouh, aku lupa la. Macam mana tak terfikir. Padahal kalau siasat ni mesti aku akan intip orang tu, ni boleh lupa pula" Ikmal tersengih.
"Muda-muda dah nyanyok" Firdaus menggelengkan kepala.
"Bukan nyanyok. Orang yang kau suruh siasat tu cun sangat. Sampai aku lupa habis cara kerja aku" kata Ikmal. Dia tersengih.
"Kau jangan nak lebih-lebih.Ayu tu aku punya." ujar Firdaus sedikit berang.
"Relax ah... aku tak ambil hak kau la." ujar Ikmal tertawa kecil.
"Yela tu. Ni, bila nak selesai. Dah seminggu still tak dapat apa-apa info," kata Firdaus berbalik pada topik asal.
"Aku intip dulu pergerakan dia.Kalau betul apa yang kau rasa tu, aku akan inform kau,okay?" pinta Ikmal.
"Okay. Aku nak tau secepat mungkin tau"
"Yela. Aku blah dulu."
Ikmal terus meninggalkan Firdaus.
"Eh! Siapa nak bayar air ni?" tanya Firdaus.
"Kau la!" laung Ikmal.
"Aku juga" keluh Firdaus.
Firdaus pergi ke kaunter untuk membayar minumannya dan minuman Ikmal. Selesai membayar dia berlalu meninggalkan cafe itu.
○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°
Tasha dan Rania bersiar-siar di sekitar tasik sambil berpengangan tangan seperti pasangan kekasih. Banyak mata yang memandang mereka dengan pandangan serong.
Itu tidak dihiraukan Rania.
Tasha sebenarnya sudah malas mahu melayan kerenah Rania. Tasha ingin berubah ke jalan yang benar. Tetapi, semakin dia ingin berubah, semakin Rania mengodanya.
Ini membuatkan nafsunya tidak boleh dikawal. Setelah bersetubuh dengan Rania selama setahun, kini Tasha tidak boleh senang-senang meninggalkan Rania. Tasha akan menjadi ketagih sex bersama Rania.
Tasha buntu. Antara nafsu dan cinta. Nafsu terhadap Rania, cinta terhadap Firdaus. Dia sayang kedua-duanya. Susah untuk meninggalkan Rania, Susah untuk melupakan Firdaus.
"Baby, kenapa diam je?" tanya Rania semasa mereka sedang duduk di bangku yang terdapat di tasik itu.
"Tak ada apa" balas Tasha acuh tak acuh. Dia membuang pandang ke arah tasik yang terbentang luas di depannya.
"You still ingat lelaki tu?" teka Rania.
Tasha menoleh ke arah Rania.
"Lelaki mana?" tanya Tasha.
Sengaja dia bertanya walaupun dia sudah tau lelaki mana yang di maksudkan oleh Rania. Dalam hidupnya hanya ada dua orang lelaki, iaitu Dato' Nazlan dan Firdaus. Tak mungkin Rania bertanya perihal papanya.
"Jangan pura-pura tak tau la Tasha. Banyak sangat ke lelaki dalam hidup you. Setahu I hanya dua orang lelaki yang you sayang. Papa you and... hurmm... What that guy name? Farid?Firman? Aha! Firdaus right?" tanya Rania pura-pura tidak tau.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
De Todo●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...