"Ayu, cincin dengan baju dah ambil ke ?" tanya Puan Sri Amira.
Sekarang keluarga Firdaus berada di rumah Tasha untuk menyiapkan beberapa hantaran yang belum siap. Mereka bersama-sama menyiapkan hantaran kedua-dua belah pihak
Kata Dato' Nazlan, cepat hantaran siap jika dibuat bersama. Buat bersama kata papa, tapi dia pergi berborak dengan Tan Sri Faris dan Firdaus. Bukan nak ditolongnya kaum hawa buat kerja. Apa yang di borak pun Tasha tidak tahu. Lelaki bila berjumpa ada saja ceritanya. Mengalahkan perempuan.
Kenapa tak tempah je ? Kan senang ?
Bila di suruh tempah hantaran diberi alasan ingin merasa mambuat hantaran anak sendiri. Lagipun, Tasha seorang saja anak Datin Auni dan Firdaus seorang saja anak lelaki Puan Sri Amira.
Tinggal seminggu lagi sebelum Tasha menjadi isteri kepada lelaki yang tidak disangka akan menjadi suaminya, Ahmad Firdaus. Orang yang dulu baik dengannya dan kini berubah 360°, bila mengetahui sisi hitamnya.
Berubah kepada dingin dan kata-kata yang keluar dari mulut Firdaus sangat menyakitkan hati. Tidak tahulah jikalau Firdaus mengetahui sejarah hitamnya pula. Jangan dia ditinggalkan terkapai-kapai sudah.
"Belum, mummy." ujar Tasha.
Mummy, panggilan itu Puan Sri Amira yang ingin Tasha panggil terhadapnya. Walaupun kekok kerana belum menjadi menantu yang sah, Tasha cuba juga memanggil.
"Kenapa belum ambil ?" tanya Datin Auni.
Tasha hanya mendiamkan diri. Tidak tahu menjawab apa. Tanganya sibuk mengubah bunga didepannya. Seketika mendengar Puan Sri Amira bersuara.
"Rini, pergi panggil along." arah Puan Sri Amira kepada anak bongsunya. Rini mengangguk dan terus melangkah ke taman mini milik Datin Auni.
Rina dan Rini adalah kembar. Rina ialah kakak, manakala Rini ialah adik. Mereka merupakan adik kembar Firdaus.
Tasha baru tahu Firdaus mempunyai adik kembar ketika Tasha balik ke rumah keluarganya 2 minggu lalu apabila ingin berbincang tentang perkahwinannya. Ketika itu, keluarga Firdaus turut berada disitu.
Nasib adik beradik kembar itu baik dengannya. Rina dan Rini baru selesai menduduki peperiksaan SPM. Sekarang mereka hanya menunggu keputusan keluar.
Seketika terdengar derap kaki melangkah ke arah mereka. Tasha sengaja menyibukkan dirinya. Tidak tengok pun sudah tahu derap kaki siapa yang mengalahkan gajah berjalan tu.
"Kenapa mummy panggil along ? Ada apa-apa yang perlukan pertolongan ke ?" tanya Firdaus lembut.
Tasha menjongket kening dengan senyuman sinis dibibir apabila mendengar nada suara Firdaus yang lembut.
Dengan family cakap bukan main lembut, bila bercakap dengan aku dingin je mengalahkan ais. omel Tasha dalam hati.
Tangannya ligat mengubah bunga hantaran. Tidak di pedulikan kehadiran Firdaus di situ.
"Kamu dengan Ayu pergi ambil cincin, baju nikah dengan baju sanding," arah Puan Sri Amira.
"Sekarang ?" tanya Firdaus.
"Yala, sekarang. Minggu depan kamu berdua dah nak nikah. Pergi ambil siap-siap, senang. Nanti nak tengok dewan lagi." arah Puan Sri Amira.
"Yala" balas Firdaus.
"Ayu..." panggil Puan Sri Amira.
Tasha mengangkat muka memandang Puan Sri Amira.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
De Todo●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...