"Bodoh !"
Nizam memukul kepala salah seorang anak buahnya. Amarahnya membara. Lain yang disuruh lain yang diculik.
"Aku suruh kau orang culik Ayu bukan budak perempuan ni !" marahnya lantang. Tidak sedikit pun dia melihat wajah gadis yang diculik.
Anak buahnya tertunduk memandang kaki sendiri. Takut ingin bertentang dengan bos mereka.
"Bila aku cakap, pandang muka aku ! Bukannya tunduk macam pengecut !" jerkah Nizam. Wajahnya memerah menahan marah. Urat-urat timbul di tepi dahinya. Mengerikan.
Terhinjut bahu lelaki-lelaki itu. Rina yang berdiri berdekatan mereka turut terkejut. Kus semangatnya. Nak bercakap tak boleh sebab mulutnya dilekatkan tape. Tangan pula diikat dengan tali. Nak lari pun tak boleh sebab dia dikawal ketat oleh anak buah lelaki yang tidak dikenalinya.
"Ma... Maaf, bos." pinta anak buah Nizam yang membawa van itu.
Nizam hanya mendengus kasar. Seketika matanya menangkap wajah seorang dari mereka berlima lebam teruk. Wajahnya berkerut.
"Yang kau dah kenapa ? Lebam habis muka tu," tanya Nizam ingin tahu. Iyalah. Pergi elok je, ni balik terus berlebam. Tak ke pelik.
Anak buah Nizam yang dibelasah teruk oleh Tasha tercengang bila ditanya. Takut dia ingin membalas. Dia memandang wajah bosnya sekilas sebelum menunduk kembali.
"Kena belasah boss," Kawan di sebelahnya tolong menjawab.
"Belasah ?!" tanya Nizam agak terkejut.
"Siapa belasah ?" tanyanya lagi. Wajah anak buahnya ditilik dari jauh. Teruk jugak.
"Errr..." Anak buahnya seperti takut-takut ingin menjawab. "Perempuan yang bos suruh culik tu yang belasah,"
Nizam agak terkejut. "Ayu ?" tanyanya meminta kepastian.
Melihat anggukan mereka membuatkan Nizam pasti. Dia berpeluk tubuh. Senyuman sinisnya terlakar.
"Kau tak berubah, Ayu." monolog Nizam dalam hati.
"Siapa kena lagi ?" soal Nizam. Dipandang satu-persatu wajah orang suruhannya.
"Dua orang je boss yang kena. Lepastu kami terus pecut,"
Nizam berdecit menerima balasan orang suruhannya. "Setakat perempuan tak kan kau orang tak boleh handel ?"
"Perempuan tu lain dari yang lain boss," balas anak buah Nizam berani.
Nizam mencebik. "Kau orang tu yang lemah. Pengecut !" bidas Nizam. Eh, kata orang kau pun sama pernah kena ! Tak sedar diri.
Nizam memandang sekilas perempuan yang diculik anak buahnya. Seketika ditilik dalam wajah perempuan itu. Familiar.
Rina yang perasaan lelaki yang dikenali sebagai boss kepada semua itu memandangnya mula berasa gerun. Dalam hati dia berdoa semoga tidak diapa-apakan.
Nizam menghampiri Rina. Dipandang Rina atas bawah. Dia berdiri dihadapan gadis itu. Dia menyentuh dagu Rina. Ditilik wajah Rina. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
"Kau adik jantan yang rampas Ayu dari aku tu, kan ?" soal Nizam.
Rina mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang diperkatakan lelaki itu.
"Hmph !"
Nizam menjulingkan mata ke atas bila melihat wajah berkerut Rina. Nampak sangat tak faham yang dia perkatakan.
"Kau adik Firdaus, kan ?" Nizam menukar soalan kepada yang lebih sopan. Sopan la sangat.
Dengan wajah yang masih berkerut dia mengangguk.
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Random●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...