CHAPTER 47

5.4K 47 0
                                    

Hujan lebat menyimbah bumi. Seakan mengerti perasaan Firdaus tika itu. Orang-orang yang membanjiri kawasaan itu tadi kini beransur pulang dek kerana hujan terlalu lebat.

Firdaus hanya berdiri dihadapan kubur sambil menatap kubur yang masih merah itu. Hatinya sayu. Sesayu jiwanya.

Dia telah pergi...

Eh, bukan ! Mereka telah pergi menghadap ilahi. Dititip doa buat mereka.

Akhirnya, Allah SWT memberikannya peluang untuk kembali bahagia bersama isterinya. Walaupun mereka adalah kisah silam dia dan isterinya, dia tetap menziarahi pusara mereka.

Biarlah. Yang lepas tu, lepas. Kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan.

Firdaus senyum kecil. Mesti ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku.

'Semoga dosa-dosa kau orang diampunkan. Aku harap kau orang tenang di sana. Aku dan Asya maafkan segala perbuatan kau orang ke atas kami,'

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Sudah 3 hari Tasha terlantar di hospital. 3 hari itu juga Tasha masih tidak sedarkan diri. Dan 3 hari itu juga membuatkan dia tidak senang duduk.

Walaupun ditempatkan dibilik yang sama tapi dia tetap mahu berada berhampiran isterinya. Saban hari, dia titipkan doa agar Tasha cepat sedar.

Rindu. Dia rindu dengan isterinya. Sengala-gala tentang isterinya.

Saban hari, dia sedia membaca surah yaasin atau ayat-ayat al-quran agar semua berjalan dengan lancar. Dia selalu ingat bahawa Allah Maha Berkuasa. Mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Mungkin suatu hari nanti akan lebih baik dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Alhamdulillah. Bayi dalam kandungan Tasha selamat. Tembakan yang mengenai Tasha hanya terkena pada bahu. Badan Tasha lemah sebab itu dia pengsan, sampai sekarang ? Pengsan ke apa ni lama sangat.

Firdaus mengeluh perlahan. Ditatap wajah pucat Tasha yang tenang tidur. Tidur sehingga tidak mahu bangun. Tidak mahukah Tasha berjumpa dengannya ? Tidak rindukah Tasha padanya? Kenapa buat dia begini ? Tertunggu-tunggu seperti menunggu durian jatuh.

Firdaus tersenyum hambar. "Sayang... Bangunlah. Tak penat ke tidur lama-lama. Hidup abang tak lengkap lah tanpa sayang. Bila sayang nak bangun ni ? Ab... Abang... Rindu sayang..." tersekat-sekat Firdaus berkata. Sebak menyebulungi hati. Jari-jemari Tasha tidak sesekali dilepaskan. Digengam erat.

Dia bangkit. Dahi Tasha dikucup penuh kasih. Matanya dipejam erat. Tidak bahu esakannya kedengaran. Tanpa dia sedar setitik air matanya jatuh di wajah Tasha.

Setelah puas, dia duduk kembali dikerusi ditepi katil Tasha. Nafas ditarik dalam sebelum dilepas perlahan.

Dia mula membuka yaasin. Bacaan dimulakan dengan harapan isterinya itu cepat sedar.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Gelap. Tempat yang dia berada sekarang semuanya penuh dengan kegelapan. Tidak ada satu pun cahaya yang menerangi.

Dia cuba mencari jalan keluar dari kegelapan itu. Dia mengelilingi kawasan itu. Tidak ada jalan. Dia buntu.

Di manakah dia berada  ? Sudah matikah dia ?

Seketika dia berasa tangannya digengam. Dilihat tangannya. Tidak ada apa. Seperti sebelum ini juga.

Rasa gengaman ini hangat. Seperti pernah dirasainya.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now