CHAPTER 46

5.6K 43 0
                                    

Tidur Rina terganggu apabila wajahnya disimbah dengan air. Terpisat-pisat-dia cuba membuka mata.

"Weyh ! Bangun lah !" Wajahnya dipercikkan dengan air lagi. Perlahan-lahan Rina membuka mata.

Dilihat dihadapannya seorang lelaki yang menculiknya. Dilihat sekelilingnya. Dia berada di sebuah bilik. Tak kecil. Tak besar.

Dalam hati dia mengeluh. Rupanya dia masih berada di sini. Menjadi tawanan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dilihat lelaki tadi menghulurkan bungkusan nasi dan air mineral kepadanya. "Nah, makan ! Jangan tak makan pulak. Nanti yang kena marah dengan boss," arah lelaki itu sebelum berlalu pergi.

Rina mendengus. Apa ke bodoh sangat lelaki tu. Dah tangan, kaki mulut terikat macam mana dia nak makan sendiri. Itulah dulu kecik-kecik tak nak belajar pandai-pandai, sekarang menyusahkan orang pula.

Seketika terdengar perbualan singkat dari luar pintu bilik yang didiaminya. Antara lelaki pendek akal itu dengan bossnya mungkin.

"Kau dah bagi dia makan ?" tanya si boss.

"Dah boss," ringkas lelaki itu menjawab.

"Ok. Pergi sambung kerja kau," arah boss itu.

Kemudian pintu bilik itu dibuka dari luar. Seorang lelaki yang boleh tahan kacak melangkah masuk ke dalam bersama senyuman yang penuh makna tersirat. Dia melangkah menghampiri Rina yang duduk dihujung bilik itu.

"Kenapa tak makan ?" tanya Nizam. Dilihat plastik makanan yang dia suruh orang suruhan dia beli tidak disentuh. Fikir yang beli nasi tu dengan bulu ?

Rina menjulingkan mata ke atas. Boss borik, anak buah rintik. Dua kali lima juga perangai. Tak nampakkah yang dia diikat.

Nizam memandang Rina. Dilihat Rina atas bawah bila soalannya tidak berbalas. "Bertuah punya budak. Kalau suruh bagi makan, bagi makan je la. Macan mana la dia ni nak makan kalau masih diikat. Pendek akal betul," sambil membebel Nizam membuka ikatan tali pada pergelangan Rina. Dimaki anak buahnya dalam hati. Tidak puas hati. Nampak sangat tak cukup diajar. Siap nanti aku ajar kau.

Rina hanya membatu mendengar bebelan serupa mak nenek Nizam. Pedih juga telinga dia mendengar. Mengalahkan mummynya pula lelaki itu membebel. Dilihat mulut lelaki itu tidak henti-henti terkumat-kamit. Dah macam baca memtera ja.

Nizam kemudian melabuhkan duduk dihadapan Rina selepas membuka ikatan tangan gadis itu. Dia hanya menatap Rina membuka tape dimulutnya. Kesian pula dia lihat gadis yang tidak bersalah itu. Hanya disebabkan kemahuannya ingin memiliki Tasha, gadis itu terlibat.

Nizam tarik senyum sinis. Dia berdecit dalam hati. Persetankan semua itu. Yang penting dia dapat memiliki apa yang sepatutnya menjadi haknya. Tidak kesah apa yang akan terjadi janji dia dapat memiliki Tasha.

Rina berasa gerun melihat wajah Nizam yang berubah. Pandang dia macam nak makan je. Siapa yang tak makan ni ? Dia ke Nizam ?

Secara drastik Rina menarik lututnya ke dada. Dipeluk rapat lutut itu. Takut kemungkinan yang tidak dijangka terjadi.

Nizam yang melihat hanya tarik senyum penuh makna. "Haih ! Kesian kau, kan ? Tak pasal-pasal kau terlibat sama,"

Kata-kata Nizam tidak difahami Rina. Dahinya berkerut cuba menghadam kata-kata lelaki itu. "Apa maksud kau ?" tanya Rina menginginkan kepastian.

Nizam ketawa sinis. Dia bangkit berdiri. Tangannya dimasukkam ke dalam poket seluar. Nampak kepoyoan disitu.

"Iyalah. Kesian. Kau yang jadi mangsa. Aku just nak kan kakak ipar kesayangan kau tu. Tapi... Tu la. Susah sangat nak bagi kenapa ?! Tak pasal-pasal kau yang tak ada kena-mengena terjebak," terang Nizam. Dia tidak puas hati selagi tidak dapat Tasha. Selagi itu juga dia akan menganggu kekuarga ini.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now