CHAPTER 48

7.1K 49 0
                                    

Seminggu di hospital membuatkan Tasha tidak lekang dengan senyuman. Kebanyakan orang tak suka dok dekat hospital, kan ? Dia pun tergolong juga.

Tapi, kali ini dia gembira berada di sana. Hari-hari menghadap Firdaus mana tak gembiranya.

Selepas apa yang terjadi, alhamdulillah, hubungan mereka yang dah erat itu bertambah erat. Bahagia !

Dah seminggu dia dan suaminya dibenarkan pulang. Seminggu itu juga rumah mereka tidak putus-putus dikunjungi oleh keluarga. Dah seminggu keluar hospital pun keluarga mereka masih ingin bertandang. Suruh tidur sini bagi alasan. Hah, ulak-alik la jawabnya.

"Ayu jangan gatal nak buat kerja berat ea. Kandungan tu masih awal," amaran Datin Auni.

"Senang cerita bagi je suami kamu ni buat kerja rumah semua ni. Kamu duduk diam je," cadang Puan Sri Amira pula. Dia bab kena kan anak lelakinya memang pandai.

Setiap kali keluarga mereka datang itu yang dipesannya. Mereka mendengar dan memberikan senyuman manis. Orang tua bagi nasihat tu maknanya penting la dan patut dituruti. Orang tua-tua lebih makan garam dari kita yang muda-muda ni. So,  trust it.

"Mummy dengan mama jangan risau la. Aus tak kan benar isteri kesayangan Aus ni buat kerja. Kalau dia buat jugak tau la Aus nak buat apa," Firdaus tayang senyuman penuh makna.

Tasha memandang Firdaus tajam. Ada la tu idea yang tak berapa nak bernas dia tu.

Firdaus sengih bila terlihat pandangan isterinya. Macam tau-tau je apa yang difikirkannya.

"Aus, jaga bini mengandung ni bukan senang tau. Kita perlu banyak bersabar. Ragam isteri bila mengandung ni lain. Mood dia berubah-ubah. Susah kita sebagai suami nak jangka," Dato' Nazlan memberikan peringatan.

Tan Sri Faris mengangguk mengiakan kata-kata besannya. "Dan, waktu isteri mengandung la kita boleh lihat kesetiaan, kejujuran, kesabaran dan sayangnya kita pada isteri kita. Jangan pula isteri mengandung, suami pergi mengatal dengan betina lain. Nampak sangat iman tak kuat," Deep bhaii tazkirah Tan Sri Faris.

Yang lain ketawa mendengar penggunaan bahasa Tan Sri Faris.

"Uit, daddy ! Macam pernah buat je," Firdaus sengaja mengusik daddynya.

Tan Sri Faris ketawa. "Kalau daddy buat dah lama daddy arwah. Macam kamu tak kenal mummy kamu tu macam mana," usik Tan Sri Faris. Dilihat wajah isterinya sudah cemberut.

Yang lain hanya ketawa. "Uii, mummy kalau jealous bahaya !" provok Rini pula. 
Meriah ruang tamu rumah mereka dengan gelak ketawa.

Tan Sri Faris tarik senyun melihat isterinya cemberut bila kena usik. Digenggam jari-jemari isterinya lembut. "Garang-garang sayang lah buat abang bertambah sayang~ dekat sayang," Dikucup lembut tangan isterinya.

Puan Sri Amira tersenyum malu. Malu diri diperlakukan begitu depan besan dan anak menantunya.

Riuh ruang tamu itu dibuatnya. "Uuu... mummy dengan daddy Fikir sweet," seloroh Rina dengan tawanya.

Firdaus membaling bantal kecil pada Rina. "Kau jealous bagitau arhh. Along carikan calon suami. Cepat sikit kahwin. Dapat la kau merasa," Firdaus menjongket-jongketkan keningnya. Sengaja nak kena kan adiknya.

"Tak nak arhh Along carikan. Nanti tah mamat mana along kebas nanti," Rina mencebik.

"Eh, kau ingat Along ni kejam sangat !" dijeling adiknya itu. Ingat dia nak bagi mamat stone ke apa ?

Rina tersengih. Dua tangan disatukan. Memohon maaf. Maunya Alongnya merajuk jenuh dia nak pujuk.

"Padan muka kau," Rini berbisik jahat. Dia gelak jahat.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now