CHAPTER 44

5.8K 37 0
                                    

"Abang, esok Asya nak keluar dengan Rina dan Rini, boleh ?"

Firdaus yang sedang menonton tv bersama Tasha itu menoleh memandang isterinya. Kerutan di dahi jelas kelihatan.

"Keluar ? Esok ? Sayang tak kerja ke ?" Firdaus bertanya pelik.

Tasha mengeleng. "Tak sayang tak kerja. Budak-budak tu ajak keluar esok nak cari baju untuk prom night dia orang. Dia orang minta tolong Asya pilihkan baju," terang Tasha.

Firdaus mengangguk faham. Dia diam seketika berfikir. "Boleh but abang ikut sekali," Firdaus memberi kata putus.

Tasha tersenyum lebar. Laju dia mengangguk setuju. "But..." Tasha diam seketika berfikir. Kening berkerut sedikit.

Wajah Firdaus ditatapnya. "Bukan abang ada meeting penting ke esok ?" Tasha mengingatkan Firdaus. Dia sudah ingin melepaskna ketawa melihat wajah terkejut Firdaus.

Firdaus menepuk dahi sendiri. "Aduh, macam mana boleh lupa ?! Nasib sayang ingat kan," Firdaus mengeleng sendiri. Apa nak jadi la dia ni.

Tasha ketawa kecil. Itulah. banyak fikir lagi. Itu yang benda penting boleh lupa.

"Habis macam mana ?" soal Firdaus.

"Macam mana apa ?" Tasha bertanya kembali. Kerutan di dahinya terhasil.

Firdaus mengeluh kecil. "Tak kan abang nak biarkan sayang pergi sorang ?" Bila difikirkan keselamatan Tasha yang sedang mengandunh, dia jadi bimbang.

Ketawa Tasha terlepas lagi. "Abang... Asya teman Rina dengan Rini je. Budak berdua tu ada boleh tengokkan Asya. Abang jangan la risau sangat. I will be fine. Okay ?" pujuk Tasha. Lengan Firdaus disentuh lembut.

Firdaus diam sejenak. Kalau tidak kerana meeting itu penting dia sudah lama membatalkannya. Buang masa je. Aish, risau dia ingin melepaskan Tasha keluar tanpa pengawasaannya dengan keadaan Tasha sedang mengandung lagi.

Firdaus memandang wajah Tasha yang agak berharap dia bersetuju. Dia mengeluh perlahan. "Okay la. Sayang boleh keluar dengan kembar tu..."

Kata-kata Firdaus membuatkan Tasha tersenyum lebar.

"But..." Firdaus menatap tepat ke dalam mata Tasha. Digenggam kedua belah tangan Tasha.

Tasha menanti penuh sabar kata-kata Firdaus seterusnya. Tak kisah dia kena kan syarat ke apa. Janji dia boleh keluar dengan adik iparnya itu. Dah lama mereka tak keluar sama-sama. Biarlah Firdaus nak control dia ke apa. Dia tak kesah. Dia tahu Firdaus buat begitu kerana sayangkan dirinya. Kalau tak sayang Firdaus akan ignore dia. Ahak, sayang abang ! Muah !

"Sayang kena janji dengan abang jaga diri elok-elok. Jangan penat kan diri. Kalau penat berjalan berhenti rehat. Abang tak nak apa-apa berlaku dekat sayang dan anak kita. Ingat pesan abang ?" Firdaus menyentuh pipi kiri Tasha mengunakan tangan kanannya. Diusap lembut pipi itu. Senyuman dilakarkan.

Tasha mengangguk. Senyuman Firdaus di balasnya. "Thanks, abang." Dia memeluk Firdaus. Rasa bahagia bila ada orang prihatin dekat kita. Huhu. Rasa dihargai sangat. Over.

Firdaus menarik senyum lagi. Rambut Tasha dibelai. Ubun-ubun Tasha dikucup penuh kasih.

"My pleasure, honey..."

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Rina dan Rini mula membuat muka bosan. Dah berapa kali Along mereka itu ingat kan tapi masih mulut Alongnya tidak reti diam. Dah naik menyampah. Benda yang sama juga yang dia ingatkan.

"Ingat, jaga diri elok-elok. Jaga Kak long elok-elok. Jangan nak window shopping tu sampai tak ingat nak balik. Tak ingat nak rest. Tengokkan Kak Long sama," Itu lah yang diulangnya berkali-kali. Boleh pula dia hafal apa yang dia katakan.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now