CHAPTER 30

8.4K 70 0
                                    

"Zara..."

Firdaus menyebut nama itu perlahan tetapi masih dapat didengari Tasha.

Tasha mengerutkan dahi.

'Zara ? Siapa dia pada Aus?' Soalan itu hanya menjadi tanda tanya di dalam fikiran Tasha.

Tasha melihat perempuan yang kenali sebagai Zara itu mendekat ke arah mereka. Tasha hanya memandang gadis itu. Diperhatikan gadis itu betul-betul.

'Cantik. Tapi... Aku lagi cantik + comel. Bukan nak angkat bakul sendiri tetapi fakta, ok.' ujar benak Tasha.

Sampai sahaja Zara di hadapan Firdaus, dia terus memaut lengan jejaka itu. Tasha membulatkan mata.

'Ini tak cantik. Harap muka je cantik tapi perangai... Hampeh !' monolog fikiran Tasha.

'Eh !  Kau ingat perangai kau bagus sangat ke ?' monolog hati Tasha pula.

Mereka mula berlawan kata. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hati dengan fikiran memang tak sehaluan, ea?

'Ish ! Diamlah ! Aku nak tengok apa yang perempuan gedik ni nak dekat suami aku,' marah Tasha pada hati dan fikirannya sendiri.

Tasha memusatkan pandangannya pada gadis yang sesuka hati memeluk suami tercintanya. Tasha terasa jari-jemarinya digenggam. Dia memandang Firdaus. Jelas wajah lelaki itu tidak selesa bila Zara memeluk lenganya.

"You apa khabar ? Dah lama I tak dengar cerita pasal you ? Tetiba je menghilang," ujar Zara. Gedik.

Firdaus memandang Zara tajam.

'Siapa yang menghilang sebenarnya ? Aku ke kau ?' soal Firdaus tetapi soalan itu tidak terluah dibibirnya.

Tasha berdiri dihadapan perempuan tidak sedar diri itu.

Zara memandang Tasha pelik.

"Kau nak apa ? Kacau je orang nak jumpa tunang," balas Zara dingin.

Tasha ketawa lepas. Kelakar memang kelakar.

"Tunang ?" Tasha berpeluk tubuh. Muka kerek dipamerkan. Tasha memandang Zara atas bawah.

"Excuse me, Miss... Hurmm... What is your name ?"

Belum sempat Zara membalas, Tasha sudah mencelah. Zara memandang Tasha tidak puas hati. Dia mendengus.

"Whatever your name. Girl... Why look for trouble with me ?" Tasha berkata datar.

Zara mengerutkan dahi. Tidak faham.

Firdaus hanya tersenyum kecil. Kini dia dapat tahu satu lagi perangai Tasha. Tidak mudah melenting tapi bila perempuan lain ganggu haknya dia akan jadi orang lain. Seperti sekarang, sebelum ini Firdaus hanya melihat Tasha yang lemah lembut tetapi hari ini bila seorang perempuan mendekat dengan Firdaus terus bertukar menjadi seorang yang sinis. Nasib kau lah Zara kena sembur dengan Tasha nanti.

"That..." Tasha memusatkan pandangannya di tangan Zara yang memengang lengan Firdaus.

Zara turut memandang di situ. Bila dia sudah faham maksud Tasha, dia mula membuat muka bongkak.

"Why ? Anything wrong ?" soal Zara bongkak.

Tasha masih menayangkan senyuman sinisnya.

'Kau tanya anything wrong ke tak ? Huh ! Kau belum kenal aku siapa,'

"Please remove your hand from my husband's arm," ujar Tasha tenang. Perkataan husband sengaja ditekankan. Biar perempuan tak tahu malu tu sedar sikit.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now