CHAPTER 27

7.5K 60 0
                                    

Selepas mandi di pantai, mereka mengambil keputusan untuk makan di luar sahaja. Selesai makan malam, Firdaus menghantar Rina dan Rini balik ke rumah Tan Sri Faris. Mereka bercadang ingin bermalam di situ.

Selepas berborak sebentar dengan keluarga Firdaus, Tasha meminta diri untuk naik ke bilik. Di dalam bilik, Tasha mengambil baju tidurnya dan di bawa baju itu bersama masuk ke dalam bilik air.

Setelah menukar pakaian, dia melangkah keluar dari bilik air. Dia melihat Firdaus telah berada di dalam bilik itu. Tanpa menghiraukan pandangan Firdaus, Tasha melangkah ke arah meja solek. Mengambil losyen dan disapukan ke badannya.

Tasha melangkah ke arah katil setelah selesai memakai losyen. Dia melabuhkan duduk di birai katil. Membelakangi Firdaus yang sedang duduk bersandar di kepala katil.

Tasha mengeluh perlahan. Fikirannya serabut dengan apa yang baru berlaku. Kemunculan Nizam membuatkan dirinya mengingati kejadian 3 tahun lepas. Membuatkan dirinya berada dalam ketakutan.

Tasha berasa bahunya dipeluk dari tepi. Dia memandang wajah yang memeluknya. Senyuman pahit terlakar diwajahnya.

Firdaus mengosok perlahan bahu Tasha. Cuba mengembalikan semangat Tasha yang tiba-tiba hilang. Firdaus dapat melihat dengan jelas kelakuan Tasha telah berubah setelah berjumpa dengan Nizam.

"Ayu..."

"Jangan sebut nama tu. Aku tak suka,"

Kata-kata Firdaus dipotong Tasha. Suara Tasha turut keras bila menuturkan kata-kata tersebut.

Firdaus terkedu. Cepat-cepat dia menghapuskan rasa syak wasangka di dalam hatinya.

"Ok. Aku tak panggil kau dengan nama tu. Aku panggil kau... Asya...?"

Tasha hanya diam.

Firdaus mengeluh perlahan.

"Asya... Kalau kau ada masalah ceritalah kat aku. Aku sedia mendengar," pujuk Firdaus.

Tasha masih membisu.

Firdaus mengeluh lagi.

"Tak apa la. Kalau kau nak cerita apa-apa, just tell me." Firdaus bangkit dari duduk.

"Aus..." panggil Tasha perlahan. Dia mengenggam tangan Firdaus.

Firdaus memandang Tasha. Dia duduk semula di sebelah Tasha. Tangan Tasha digenggamnya. Dia setia menanti kata-kata Tasha.

"Kau tak akan tinggalkan aku, kan ?" Tasha memandang ke dalam mata Firdaus.

Firdaus turut memandang ke dalam mata Tasha. Firdaus dapat melihat ketakutan di dalam mata itu.

"Tak. Aku tak akan pernah tinggalkan kau walau apapun terjadi. Itu janji aku," Firdaus berkata penuh yakin. Dia mengusap pipi Tasha.

Tasha menitiskan air mata. Firdaus terus menarik Tasha ke dalam pelukannya.

"Nangislah. Dengan menangis hati kau akan lebih tenang,"

Tasha mula teresak-esak di dalam pelukan Firdaus. Firdaus mengosok perlahan belakang Tasha.

"Aku... Takut..." ujar Tasha dalam tangisan.

"Shhh... Tak ada apa yang perlu kau takutkan. Aku ada untuk kau. Sentiasa ada untuk kau," bisik Firdaus di telinga Tasha.

Lama mereka dalam keadaan begitu sebelum keadaan sunyi sepi. Tiada lagi tangisan Tasha.

Firdaus menyelak rambut Tasha yang menutupi wajahnya. Firdaus tersenyum kecil melihat Tasha sudah terlena di dalam pelukannya. Dia membaringkan Tasha di atas tilam. Tasha tidur membatalkan lengan Firdaus.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now