CHAPTER 43

6.3K 46 0
                                    

"Sayang !"

Firdaus terus menarik Tasha jauh dari bahu jalan itu. Dipeluk isterinya itu erat. Bagaikan nafasnya putus bila melihat kereta meluncur laju ke arah Tasha tadi. Dilihat kereta itu meluncur laju berlalu pergi dari situ setelah dia datang mendekatkan pada Tasha. Pelik.

Tasha terkaku di dalam pelukan Firdaus. Dia tidak dapat berfikir dengan waras. Terkebil-kebil matanya memandang dada bidang Firdaus yang dekat.

"Are you okay, honey ?" tanya Firdaus risau. Direnggangkan pelukan. Ke dua belah pipi Tasha dicengkam lembut.

Tasha memandang wajah risau Firdaus. "O... O... Okay," balas Tasha tersekat-sekat.

Firdaus menghembuskan nafas lega. "Jom kita balik," ajak Firdaus. Biarlah Tasha tenang dulu. Nampak sangat Tasha seperti terkesan dengan apa yang terjadi tadi.

Firdaus menarik Tasha perlahan untuk memulakan langkah. Tasha hanya membuntuti langkah Firdaus. Dia seakan dipukau. Teruk sangat ni.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Tasha membuang pandang ke hadapan. Fikirannya melayang pada apa yang terjadi pagi tadi. Dia berdiri di balkoni sambil menenangkan diri sendiri.

Keluhan perlahan terlepas dari mulutnya. Jika Firdaus tidak ada di situ tadi, mesti dia dan kandungannya tidak selamat. Kereta yang ingin melanggarnya itu nampak sangat macam sengaja.

Perutnya yang masih kempis di sentuh. "Nasib baik ayah ada tadi kan baby ?" bisik hati kecil Tasha sendiri. Dia tersenyum bila diri tidak sabar dengan kelahiran anak sulung yang akan mendatang.

Dia tidak memberitahu lagi Firdaus tentang kandungannya. Nanti la dia beritahu. Firdaus pun masih tidak tahu Tasha sudah memaafkan dirinya.

"Sayang..." Satu suara memanggil Tasha lembut.

Tasha menoleh ke belakang ingin melihat gerangan yang memanggil. Dia membalas senyuman kecil Firdaus.

"What are you doing here ? Panas ni," tegur Firdaus. Dia melangkah mendekat pada Tasha. Tengah hari rembang berdiri dekat balkoni ni. Tak terbakar ke sayang oii.

Tasha tersenyum kecil. "Saja. Tenangkan diri," balas Tasha bersahaja.

Firdaus berdiri di sebelah Tasha. "Are you okay ?" tanya Firdaus. Risaunya tak habis lagi. Mana tahu Tasha trauma ke apa ke. Hati manusia kita tak tahu kan ?

Tasha melihat Firdaus sekilas. "Okay je," balasnya. Dia melangkah ke kerusi yang dia sediakan di situ. Dilabuhkan punggung pada kerusi itu.

Firdaus turut melabuhkan duduk di kerusi. Ada dua kerusi je pun. "Sure ?" soal Firdaus lagi. Aish, risau betul la dia ni. Dah orang kata okay tu okay la. Overprotective betul.

Tasha mengangguk yakin. "Don't be worry, okay ? I'm fine,"

Firdaus mengangguk perlahan. Dia diam seketika.

"Ermmm... Boleh abang tahu sayang buat apa pergi klinik ea ? Sayang sakit ke ? Kenapa tak kejutkan abang ? Bahaya la pergi sorang-sorang. Dah la sakit," soal Firdaus bertalu-talu. Dia ni kalau ada kesempatan nak tanya dia tanya banyak-banyak. Haish, apa nak jadi. Suami sapa la ni.

Tasha sedikit mengerutkan keningnya. Baru dia sedar yang Firdaus tiba-tiba sahaja di situ. "Macam mana abang tahu Asya dekat situ ea ?" tanya Tasha kembali. Wajah Firdaus ditatapnya dalam.

Firdaus tersengih. Belakang tengkuk digosok. "Abang detect location sayang by phone," ujar Firdaus. Wajah Tasha di pandang takut-takut. Jangan isterinya itu mengamuk sudah la. Tasha bukan suka orang ikut atau spy dia.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now