CHAPTER 21

8.4K 76 2
                                    

"Apa yang kau makan tu ?" tanya Firdaus. Dia baru turun dari tingkat atas. Hari ini, hari minggu jadi dia hanya melepak di rumah.

Tasha mengangkat muka memandang Firdaus.

"Wuish ! Merahnya muka kau," ujar Firdaus. Dia memgambil tempat disebelah Tasha yang duduk di hadapan televisyen.

Tasha tersengih. Dia mengelap dahi yang dibasahi peluh menggunakan tisu yang disediakan dari awal.

"Ramen," ujar Tasha sepatah.

"Ramen ?" tanya Firdaus lagi.

Tasha hanya mengangguk.

"Kau nak ke ?" tanya Tasha. Dia menghulurkan ramen yang hampir habis.

"Tak nak lah. Macam menyeksakan je," Firdaus menolak huluran Tasha.

Tasha hanya menjongket bahu. Dia menghabiskan ramen yang masih bersisa. Setelah habis, Tasha membawa mangkuk ke dapur untuk di basuh. Firdaus hanya memerhati Tasha bersama gelengan kepala.

"Aduh !" Tasha duduk di sofa sambil mengipas lidahnya yang sudah merah.

Firdaus mula risau melihat wajah Tasha sudah merah dan berpeluh.

"Kau ok tak ?" tanya Firdaus risau.

"Pedas," adu Tasha. Dia cuba menghilangkan pedas dengan cara sendiri.

"Tula. Makan lagi benda tu. Dah tau pedas kan," Firdaus mula membebel.

Memang dia kuat membebel,erk?

"Dah benda tu sedap nak buat macam," ujar Tasha bersama cebikkan. Bibir yang sudah tebal akibat terlalu pedas, bertambah tebal apabila dicebikkan.

Firdaus yang kesian melihat Tasha yang kepedasan mencari akal untuk membantu. Firdaus mendapat idea. Dia memusingkan badan Tasha menghadapnya.

"Kau nak buat apa ni ?" tanya Tasha yang hairan dengan kelakuan Firdaus.

"Aku nak cuba hilangkan pedas kau. Kau duduk je diam-diam," pesan Firdaus.

Tasha hanya mengikut arahan Firdaus kerana lidahnya sangat pedih sekarang.

Tangan kanan Firdaus memengang pipi Tasha, manakala tangan kiri Firdaus menarik pinggang Tasha untuk lebih dekat dengannya. Firdaus mendekatkan bibirnya dengan bibir Tasha. Kucupan lembut di berikan.

Mata Tasha membulat apabila Firdaus berbuat demikian. Tasha cuba menolak, tetapi Firdaus memperdalamkan lagi cium. Akhirnya, Tasha menerima ciuman Firdaus dengan rela hati kerana kepedasaannya mula hilang sedikit demi sedikit.

Tasha melingkarkan tangannya di leher Firdaus. Tasha memperdalamkan ciuman. Ciuman mereka semakin rangkus. Comolot kedengaran di segenap ruang. Televisyen yang terpasang tadi termati dengan sendirinya. Kini hanya kedengaran bunyi comolot dan desahan kecil dari mereka berdua.

Firdaus mengigit bawah bibir Tasha membuatkan Tasha mendesah kecil. Mulut Tasha terbuka lalu Firdaus memasukkan lidahnya ke dalam mulut Tasha.

Lidah Firdaus meneroka segenap dalam mulut Tasha. Lidah Tasha dihisap.

Bagaikan baru tersedar akan sesuatu Tasha menolak kuat badan Firdaus menjauhinya. Dia memandang wajah Firdaus yang terpingga-pingga.

"Kenapa ?" tanya Firdaus hairan. Dia cuba mendekatkan dirinya dengan Tasha.

Tasha menghalang Firdaus dari terus mendekatkan diri dengannya menggunakan tangan kiri.

"Sorry..." pinta Tasha. Dia menundukkan kepala.

Firdaus berasa hairan.

"Sorry for ?" tanya Firdaus. Dia sekali lagi cuba mendekatkan dirinya dengan Tasha.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now