CHAPTER 42

6.9K 52 0
                                    

Baru sehari Tasha tidak balik ke rumah, Firdaus sudah tidak boleh duduk diam. Dirinya sudah tidak tentu arah.

Semua tempat dicarinya. Pejabat ? Memang Tasha tidak masuk pejabat. Dia buat kerja dari rumah. Haish, habis mana lagi dia nk cari ? Rumah ibu bapa Tasha ? Memang mustahil Tasha ada di situ. Tasha bukan lah seorang yang kuat mengadu pada ibu bapanya.

Firdaus serabut. Kalaulah dia tidak bertindak melulu mesti benda ini tidak akan terjadi. Kalaulah dia dengar penjalasan isterinya mesti Tasha ada di sisinya sekarang. Kalau lah... Huh! Tidak ada kalau dalam islam. Kun fa ya kun. Apa yang terjadi akan tarjadi.

Firdaus meletakkan kepalanya di stereng kereta. Tidak tahu lagi ingin mencari Tasha di mana. Ingin menebus kembali salahnya sampaikan dia tidak masuk ke pejabat hari ini.

Kepala dihentak pada stereng perlahan. "Sayang... Where are you ? Jangan lah buat abang risau. I'm so sorry," rintih Firdaus seorang diri. Air mata lelakinya perlahan-lahan mengalir menuruni pipinya. Buntu jadinya. Bila telefon tak diangkat masuk peti simpanan suara bermaksud handfone Tasha tak diaktifkan. Bila telefon tak aktif dia nak detect location pun tak boleh.

Seketika sesuatu melintasi akalnya. Dia terus mengangkat kepala. Senyuman mula menghiasi wajah bila dia dapat akal di mana ingin mencari Tasha. Air mata dihapus cepat. Gear dimasukkan dan kereta yang tadinya dihentikan di bahu jalan kembali meluncur laju membelah jalan raya.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Tasha menyibukkan dirinya dengan menyiapkan kerja pejabatnya. Nasib baik dia tak bawa keluar laptopnya dari kereta kalau tidak, tak siap lah kerjanya. Dia keluar dari rumah tu pun sehelai sepinggang. Nasib la kondo dia masih tersimpan pakaiannya.

Ya. Tasha membawa diri ke kondonya. Kenapa tak balik rumah mama dengan papa ? Bukan caranya mengadu masalah rumah tangga bersama ibu bapanya.

Bila diingat balik apa yang terjadi kelmarin, sakit hatinya masih bersisa. Bukan nak keruhkan lagi keadaan tapi kata-kata Firdaus seperti menunjukkan dirinya ini murah. Firdaus ingat dia minah dari Chowkit ka. Habis madu sepah dibuang.

Argh ! Geram pun ada. Astagfirullahalazim... Istigfar banyak-banyak. Suami tu.

Tapi, bila difikirkan balik nak salahkan Firdaus seratus peratus pun tak boleh juga. Dah suaminya itu dapat gambar dia dengan lelaki lain maunya tak marah. Tapi, sepatutnya Firdaus dengar penjelasannya. Argh ! Cakap berbelit-belit dia sendiri pun pening.

Masih diingat kata-kata Firdaus. "Don't worry. I trust you," Itu janjinya. Tapi tengok lah. Janji ke mana dia ke mana.

Don't worry. I trust you konon. Itu semua dusta belaka. Munafik !

Astagfirullahalazim...

Dah lah. Dia tak nak fikir lagi pasal benda ni. Serabutkan kepala otaknya saja. Tambahkan dosa sahaja.

Baru sahaja dia berura-ura ingin menyambung kembali kerjanya loceng kondonya berbunyi. Dia memandang pintu kondonya bersama kerutan di dahi.

"Siapa pula yang datang ?" Dia tertanya-tanya sendiri.

Dia bangkit menuju ke pintu. Lubang kecil untuk melihat ke luar dilihatnya. Mana la tahu orang tidak dikenalinya ke yang datang.

Terbuntang matanya melihat gerangan yang berada di hadapan pintu rumahnya. Tanpa menunggu lebih lama dia terus membuka pintu kondo.

"Why are you here ? Macam mana tau tempat ni ?" Tasha terus bertanya bila sahaja pintu dibuka.

Manusia di depannya itu mengosok belakang leher.

Tasha yang melihat menjulingkan mata ke atas. Tanpa bersuara lagi dia terus masuk kembali ke dalam kondo. Pintu dibiarkan terbuka.

Firdaus melihat Tasha melangkah masuk. Dia turut membuntuti langkah Tasha. Pintu ditutup dan dikunci.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now