CHAPTER 40

8.3K 56 0
                                    

Firdaus dan Tasha memulakan hari mereka seperti biasa. Setelah lama bercuti, mereka memulakan tugas mereka yang sedang menanti. Kerja bertimbun oiii. Ingat boss goyang kaki ka ?

Tidak ada apa yang berubah. Cuma hubungan mereka sahaja yang bertambah erat bagai isi dengan kuku. Huish, erat kan.

Hujung sabtu minggu itu, seperti biasa selepas mandi dan solat berjemaah dengan Firdaus, Tasha akan menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Dia ingat hari ni nak buat nasi goreng belacan. Huhuhu. Dapnya !

Pintu peti ais dibuka. Sambal belacan yang dia siap tumbuk dan disimpan di dalam peti ais dikeluarkan. Memang dia tumbuk sambal belacan ni awal-awal. Senang. Kalau nak masak just ambik. Sebelum peti ais ditutup, dia melihat isi peti itu.

"Barang dapur dah kurang la," Tasha bercakap seorang diri. Ni kena ajak Firdaus pergi supermarket ni. Dia tersenyum sendiri bila idea muncul.

Dia mula menyediakan sarapan. Just breakfast simple but nice.

Firdaus menuruni anak tangga satu-persatu. Dia baru sahaja selesai mandi selepas membuat sedikit senaman dibilik gymnya. Memang rutin hujung minggunya selepas solat berjemaah dengan Tasha akan terus melencong ke sana. Kadang-kadang Tasha akan join dia. Kadang-kadang mereka akan keluar berjogging. Itulah salah satu aktiviti mereka pada hujung minggu.

"Wow ! Sedapnya bau !" Firdaus menghidu bau yang membuatkan perutnya berkeroncong. Dia melihat nasi goreng sambal belacan yang sudah terhidang di tengah meja. Dia mula melabuhkan duduk. Tidak sabar merasai air tangan isterinya.

Tasha yang baru menghampiri meja makan bersama seteko milo panas tersenyum. Macam-macam perangai la suami dia sorang ni. Sorang je la. Tak kan nak pasang banyak-banyak ingat lelaki ke boleh pasang banyak-banyak. Kalau scandal boleh lah. Eh, tak ada tak ada ! Tahu dek Firdaus nanti mengamuk suaminya itu.

Tasha mula mencedok nasi ke dalam pinggan Firdaus dan pinggannya. Selepas membaca doa makan, Firdaus mula menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Ermmm... Sedapnya !" puji Firdaus. Walaupun masakan Tasha tidak seberapa, ia tidak pernah menghampakannya. Semuanya kena dengan tekaknya.

Tasha hanya tersenyum melihat tingkah Firdaus yang menikmati masakannya. Suami puji masakan isteri, isteri mana yang tak suka ? Tasha mula menyuap karipap daging cheese ke dalam mulutnya. Karipap ini pun dia buat dan di frozen kan. Senang. Ambik goreng masak makan. Makan panas-panas memang... Pergh ! Rasa cheese dia weyh ! Meleleh ! Bertali bagai !

"Abang..." Tasha memulakan perbualan.

"Hurmm..." Firdaus mengangkat kepala memandang Tasha. Sedap sangat masakan Tasha sampai tak terangkat kepalanya.

"Barang dapur dah nak habis. Nanti kita pergi beli ea ?"

Firdaus mengangguk mendengar kata-kata Tasha. "Memang abang nak ajak sayang keluar pun. Lepas tu kita pergi beli," ujar Firdaus. Memang niatnya ingin membawa Tasha keluar meluangkan masa hujung minggu mereka bersama.

Tasha mengangguk faham. "Abang nak bawa Asya pergi mana ?" Tasha bertanya ingin tahu.

Firdaus menarik senyuman penuh makna. Membuatkan Tasha tertanya-tanya. "Secret !" Firdaus berkata separuh berbisik.

Tasha menjuihkan bibirnya. Ada-ada sahaja la suami dia ni. Ada je plan nak buat hati dia berdebar-debar tak tentu arah.

"Haa... Buat mulut macam tu abang kiss nanti," Firdaus memberi amaran. Geram melihat bibir mungil Tasha memuncung.

Lagi di larang, lagi dibuat. Biasa la dengil.

Chup !

Dan... Terima lah padahnya. Orang bagi warning tak mau dengar.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now