CHAPTER 25

7.9K 57 0
                                    

"Apa yang kau tenungkan tu ?"

Tasha memandang Firdaus dari pantulan cermin meja solek. Dia yang sedang menyapu losyen di badan tidak selesa bila Firdaus merenungnya begitu.

Firduas tidak membalas.

Duduk Tasha di hadapan meja solek tidak senang. Punggungnya berasa panas.

Tasha bangkit menghadap Firdaus yang sedang bersandar di kepala katil. Tasha merenung Firdaus tajam.

Firdaus tersenyum sinis. Padangannya tidak dialihkan dari wajah Tasha.

"Kenapa kau renung aku macam tu ?" tanya Tasha tidak puas hati.

Firdaus memandang Tasha atas bawah.

"Saja,"

Jawapan mudah dari Firdaus menyakitkan hati Tasha.

'Saja ya ?' Tasha tersenyum sinis.

Dia menapak perlahan-lahan mendekati Firdaus. Senyuman mengoda diberikan.

Firdaus pelik dengan kelakuan Tasha yang tiba-tiba sahaja berubah, mula tidak senang duduk. Senyuman Tasha memukaunya.

Tasha mengambil tindakan berani. Dia melabuhkan duduk di atas riba Firdaus. Tangan dilingkarkan dileher sang suami. Tasha menyegekkan sedikit kepalanya.

Nafas Firdaus sudah tidak teratur melihat aksi berani Tasha.

"A... Apa yang ka... kau cu... cuba buat ?" Firdaus sudah gementar sehingga tergagap-gagap.

Tasha tersenyum sinis mendengar percakapan Firdaus yang tergagap-gagap. Didekatkan bibirnya di telinga Firdaus.

"Since when you gagap, hmm... ?" bisik Tasha lembut di telinga Firdaus.

Suaranya sengaja dilunakkan.

Firdaus sudah tidak tahan. Ditolaknya Tasha jatuh ke atas katil. Firdaus bingkas bangun dari duduknya. Dia berdiri ditepi katil. Firdaus diam sejenak sebelum berlalu keluar dari bilik itu. Mencari ketenangan mungkin.

Tasha hanya melihat langkah kalut Firdaus. Hatinya sudah ketawa berdekah-dekah melihat wajah cuak Firdaus. Setelah pintu ditutup rapat oleh Firdaus, tawa yang tadinya hanya didalam hati kini meletus keluar dari mulutnya.

'Huh ! Padan muka ! Nak kenakan orang sangatkan ? Sebelum kau kenakan aku, aku kenakan dulu. Baru kau tau tahap aku macam mana, kan. HAHAHA' monolog Tasha dalam hati bersama ketawa jahat.

Tasha menghempaskan bandannya ke armtas tilam. Dia baring menghadap siling. Senyuman tidak lekang dibibir. Sangat lucu melihat wajah Firdaus sebentar tadi.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Shit.

Firdaus melabuhkan duduk dimeja makan bersama segelas air. Air itu ditenguk rangkus sehingga habis. Dia meletakkan gelas itu diatas meja. Firdaus mula menongkat kepala. Dia mengetuk kepalanya sendiri. Rancangnya ingin mengenakan Tasha, tetapi diri sendiri yang tergoda. Bodoh.

Lagi malu bila menangkap gelak sang isteri di dalam bilik setelah dia menutup pintu. Mana nak letak muka ?

"Haish ! Tu la kau. Main lagi dengan perangkap sendiri. Kan dah terjerat sendiri." keluh Firdaus seorang diri.

Dia hanya tawakal untuk menghadap Tasha pada esok hari. Mungkin telinganya akan memerah.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now