CHAPTER 32

14.5K 80 1
                                    

Bak kata Firdaus, 'Kita akan pergi honeymoon.' And then we are here. At Japan. Negara metropolitan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo
لاڤڠن تربڠ انتارابڠسا توکيو
東京国際空港
Tōkyō Kokusai Kūkō

Firdaus membawa Tasha bercuti di Jepun kerana pada waktu itu Jepun sedang menjalani musim bunga sakura ataupun dipanggil cherry blossom. Bersyukur sangat Firdaus membawanya pergi ke jepun. Tasha memang teringin melihat cherry blossom.

Setelah membuat pemeriksaan imgresen, Firdaus dan Tasha melangkah keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo atau juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Haneda. Mereka menaiki kereta yang telah dikhaskan untuk transit terus ke ROYAL PARK HOTEL THE HANEDA.

Selepas check-in, mereka menaiki bilik mereka.

Wow !

Perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Tasha setelah menjejakkan kaki di dalam bilik itu. Perlahan. Tapi dapat didengar oleh Firdaus yang baru melangkah mendekati Tasha.

"Suka ?" Tanya Firdaus bersama senyuman yang semanis gula. Kalau hari-hari tengok senyuman macam tu memang sakit gigi la jawabnya. Manis sangat. Auwww...

"Suka !" Balas Tasha teruja bersama anggukan. Dah macam burung belatuk dah tengok Tasha duk terangguk-angguk.

Firdaus senyum senang. Dia tergelak kecil melihat muka Tasha yang penuh keterujaan. Comel.

Tasha melihat sekeliling bilik itu. Cantik. Susun atur kemas. Dia melangkah ke tengah bilik. Matanya melilau melihat sekeliling bilik.

Mata Tasha terhenti pada satu pintu lut sinar. Macam sebuah bilik. Bilik itu menarik perhatian Tasha. Dia melangkah mendekati bilik itu. Dia menolak perlahan pintu bilik itu. Tasha terlopong.

"Oh my god !" Tasha terjerit. Dia menekup mulut. Tidak percaya.

"Why ?" Firdaus tanya gelabah bila mendengar jeritan Tasha.

"Ini bilik mandi ?" tanya Tasha meminta kepastian.

Firdaus memandang Tasha pelik. Dia melihat sekeliling bilik yang dikatakan itu.

"Yup. This is bathroom," Balas Firdaus. Dia memandang Tasha meminta penjelasan kenapa Tasha menjerit.

Oh ! Oh !

Memang tak dijangka akan mendapat bilik air seperti ini. Cantik tu memang cantik. Tapi... PINTU LUT SINAR WEYH ! Dah lah tak ada kunci. Memang free show lah jawabnya.

Tasha memandang Firdaus dan pintu bilik air itu silih berganti.

Firdaus pelik dengan kelakuan Tasha. Dia turut memandang ke arah yang di lihat oleh isterinya. Bila sudah faham sengihan nakal terbit dibibirnya. Firdaus memandang Tasha semula. Kening diangkat double jerks.

Tasha mengemam bibir. Dia sudah berasa lain bila melihat senyuman atau lebih tepat sengihan Firdaus. Tasha sudah gelabah bila Firdaus mendekat.

Firdaus dengan sengihan nakalnya mendekati Tasha yang seperti ketakutan. Sengaja mahu mengusik gadis itu.

Firdaus mendekatkan wajahnya ke wajah Tasha. Tasha memejam matanya rapat. Takut kemungkinan yang terlintas difikirannya terjadi.

"Malam ni aku bagi kau rest dulu. Aku tau kau penat. Berjam-jam dalam flight, kan? But tomorrow, siap sedia, dear." Bisik Firdaus ditelinga Tasha. Firdaus menjauhkan jarak kedudukan mereka.

Tasha membuka matanya. Matanya disapa dengan wajah Firdaus yang tersenyum sambil tangan masuk ke dalam poket seluar. Ok, macho.

Wajah Tasha terasa membahang.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now