CHAPTER 22

7.6K 56 0
                                    

Tasha menghampiri Firdaus yang menonton televisyen di ruang tamu. Dia melabuhkan duduk di sebelah Firdaus. Tasha memandang Firdaus sekilas sebelum melihat televisyen.

Mata menghala televisyen, tetapi fikiran Tasha mengingati hal semalam.

Firdaus menjeling Tasha dengan ekor mata. Firdaus mengerutkan dahi melihat Tasha merenung televisyen seperti mahu menerkamnya.

Apa yang menarik pun Firdaus tidak tahu. Televisyen sekarang hanya menyiarkan iklan. Tasha melihat televisyen dengan tekun sehingga tidak perasaan Firdaus sedang memerhatikan tingkah lakunya.

Firdaus mematikan siaran televisyen. Dia pusing menghadap Tasha masih merenung televisyen.

"Ayu..." panggil Firdaus.

Tasha masih merenung televisyen. Memang sah Tasha sedang mengelamun.

"Ayu," panggil Firdaus sedikit kuat.

Tasha mengalihkan pandangan melihat Firdaus. Wajah bingung jelas terpacar diwajahnya.

"Kenapa ?"

"Apa yang kau mengelamun tu ?" tanya Firdaus.

"Mana ada aku mengelamun. Aku tengok cerita ni..." kata-kata Tasha terhenti apabila melihat televisyen sudah pun gelap.

Tasha mengetap bibir.

"Tengok cerita apanya. Tv tu dah lama aku tutup. Kau tu mengelamun sampai tak perasan. Kau ada masalah ke ?" tanya Firdaus prihatin.

Tasha membisu.

Firdaus masih setia menunggu jawapan Tasha. Seketika hanya sepi menemani mereka.

Firdaus mengeluh.

"Tak apalah. Kalau kau ada apa-apa nak share bagitau aku,"

Firdaus bangkit dari duduk selepas mengungkapkan kata-kata itu. Baru sahaja kakinya ingin menjejak anak tangga pertama, Firdaus mendengar namanya dipanggil. Dia melihat Tasha yang memandangnya dari sofa.

"Kau tak nak tanya apa-apa ke pasal semalam ?" tanya Tasha.

Firdaus merenung ke dalam mata Tasha.

"Kalau kau nak cerita pasal semalam tak perlu tunggu aku tanya kau dah boleh cerita kalau kau rasa aku bukan orang asing bagi kau. Aku tak paksa kau. Kalau kau nak cerita, kau cerita aku dengar. Mungkin aku boleh tolong kalau aku mampu.

Kau jangan fikir aku tak tanya pasal semalam maknanya aku tak ambil berat pasal kau. Aku bagi ruang untuk kau tenangkan diri kau. Aku tak nak kau tertekan kalau aku tanya pasal semalam," terang Firdaus panjang lebar. Dia masih berdiri di hadapan tangga.

Tasha menunduk. Rasa bersalah menghimpit hati.

Firdaus menghampiri Tasha yang menunduk. Dia melabuhkan duduk di sebelah Tasha. Bahu Tasha dipeluk.

"Kalau kau nak cerita, ceritalah. Aku ada dengan kau. Luah je apa yang terpendam," ujar Firdaus.

Tasha menatap ke dalam mata Firdaus. Tasha menarik nafas perlahan sebelum di hembus perlahan.

"Sorry, Daus. Aku belum ready," ujar Tasha lirih.

Firdaus mengangguk perlahan.

"Tak apalah. Aku pun tak nak paksa kau,"

Firdaus tidak mahu memaksa Tasha membuat sesuatu perkara yang dia tidak suka. Dia takut apabila dia memaksa hubungan baik mereka akan berengang. Baik Firdaus hanya menunggu Tasha membuka ceritanya dengan kerelaan hati.

Tasha memandang ke dalam mata Firdaus.

"Kau marah ?" tanya Tasha takut-takut.

Firdaus tersenyum. Dia merapatkan kedudukannya dengan Tasha. Dia merangkul bahu Tasha.

"Tak payah risaulah. Aku tak marah kau pun," balas Firdaus sambil tersenyum.

"Betul ?" tanya Tasha inginkan kepastian.

"Betul..." kata Firdaus bersama anggukan kepala.

"Thanks," ucap Tasha.

Tasha mencium pipi Firdaus sekilas. Dia bingkas bangun selepas berbuat demikian. Tasha memasuki dapur.

Firdaus terkejut dengan ciuman yang diberikan oleh Tasha. Dia memegang pipi kanan bekas ciuman Tasha. Dia melihat Tasha memasuki dapur. Senyuman lebar terbit dibibirnya

'Kau memang nakal Ayu.' desis hati Firdaus.

Firdaus menoleh ke hadapan. Melihat televisyen. Remote televisyen diambil. Televisyen dihidupkan. Firdaus menukar-nukar siaran televisyen. Tiada yang menarik.

Jari Firdaus terhenti menekan apabila suatu siaran berita menarik minatnya.

'Macam kenal.' monolog Firdaus.

Mata Firdaus terbuntang.

"Ayu !"

Firdaus menjerit memanggil nama Tasha.

Tasha yang sedang membasuh sayur terhenti. Dia berlari ke ruang tamu untuk melihat Firdaus.

"Kenapa ?" tanya Tasha risau.

Mana tak risaunya, Firdaus tiba-tiba sahaja memekik memanggil namanya.

"Kau tengok tu," arah Firdaus. Matanya tidak lepas dari melihat skrin televisyen.

Tasha melabuhkan duduk di sebelah Firdaus. Matanya memandang ke arah televisyen yang sedang menyiarkan siaran berita.

Tasha juga turut terkejut melihat berita itu.

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" tanya Tasha pelik.

Matanya masih memandang televisyen.

"Diorang cakap dia kena bunuh. Sebab dibunuh tidak diketahui. Dah dekat 3 hari dia mati. Tapi, baru jumpa tadi pagi." terang Firdaus kepada Tasha.

"Astagfirullahal'azim," Tasha mengucap panjang.

Firdaus merangkul bahu Tasha. Bahu Tasha diusap-usap lembut untuk menenangkan Tasha yang terkejut dengan berita yang didengarnya.

"Allah lebih sayangkan dia. Allah mesti tak mahu melihat hambanya terus terjeremus ke dalam lembah kehinaan. Bagi petanda, dia tidak sedar. Akhirnya, Allah menarik nyawanya.

Kita sebagai hambanya yang masih hidup berdoalah pada-Nya supaya hidup kita diredhai oleh Allah SWT. Yang pasal Rania tu, kita banyakkan berdoa supaya dosa-dosanya diampunkan.
In Syaa Allah," hujah Firdaus.

Tasha menarik nafas dalam dan di hembus perlahan. Dia menoleh memandang Firdaus. Senyuman manis diberikan oleh Tasha kepada Firdaus.

"Thanks," ucap Tasha.

Firdaus mengerutkan dahi.

"Thanks for ?" tanya Firdaus.

"Terima kasih sebab faham aku. Sebab selalu ada disisi aku and thanks for everything," ujar Tasha bersama senyuman manis.

Firdaus turut tersenyum mendengar kata-kata Tasha.

"Kasihmu di terima," balas Firdaus.

Tasha ketawa kecil. Dia bangkit dari duduk. Belum sempat dia melangkah tangannya ditarik oleh Firdaus.

"Nak pergi mana ?" tanya Firdaus.

Tasha menjulingkan mata ke atas.

"Aku nak pergi masaklah. Nanti kita lunch nak makan apa kalau aku tak masak," terang Tasha.

"Ouh. Nak aku tolong ?" tanya Firdaus prihatin.

Tasha memandang Firdaus atas bawah.

"Kau nak tolong ke ?" soal Tasha kembali.

Tanpa menjawab soalan Tasha, Firdaus mematikan televisyen dan menarik Tasha masuk ke dalam dapur. Tasha hanya mengikuti langkah Firdaus.

Mereka bersama memasak makan tengahari mereka. Walaupun sebenarnya Tasha sorang sahaja yang memasak, Firdaus lebih gemar menganggu Tasha memasak.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now