CHAPTER 49

6.7K 52 0
                                    

7 bulan kemudian...

Pejam celik, pejam celik sudah setahun usia perkahwinan mereka. Setelah pelbagai rintangan mereka tempuhi bersama akhirnya kebahagian menanti mereka.

Kandungan Tasha sudah berinjak 9 bulan. Hanya tunggu masa untuk melahirkan saja.

9 bulan dia kandungkan anaknya pelbagi kerenah Firdaus yang perlu dia layani. Walaupun dia yang mengandung tapi semua alahan Firdaus yang terkena tempiasnya. Itu yang manja dia bukan main. Nasib baik sayang.

Tapi, bersyukur juga dia tidak alah atau mengidam yang teruk-teruk. Kalau tidak memang tidak bermaya la dia. Dengan bawa anak lagi. Dengan sakitnya lagi. Tak boleh dia bayangkan itu semua.

Tasha yang sedang menyediakan sarapan tersenyum sendiri memikirkan kerenah Firdaus yang perlu dilayani sebelum ini. Sangat mencuit hati. Hilang habis macho Firdaus, yang tinggal hanyalah kemanjaannya. Comel !

Dia senyum sendiri. Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan pertama mereka. Pertama kali sambut agak teruja juga. Hari pula jatuh pada hari sabtu. Cutila. Agak-agak Firdaus ingat tak ?

"Sayang..." Firdaus yang baru turun, melangkah masuk ke dalam dapur.

Baru fikir pasal dia dah muncul. Jodoh kuat ni. HAHAHA.

"Kan abang dah kata jangan buat. Biar abang je yang masak. Sayang tu dah la sarat mengandung. Abang risau tau," bebel Firdaus. Ditarik Tasha keluar dari dapur. Tasha didudukkan di depan televisyen. Isterinya ni degil. Itu yang dilarang, itu yang dibuatnya.

"Tak apa la. Itu kan tanggungjawab Asya. Abang tak larat, biar je la Asya yang masak,"

Firdaus mengeleng laju. "No means no ! Not Not No !" tegas Firdaus.

Tasha tercebik. Dia mengalihkan pandangannya.

"Sayang, look !" Firdaus melabuhkan duduk di sebelah isterinya. Tangan Tasha digengam. Nasib Tasha tak menepis. "Biar kita susah sama-sama, senang sama-sama. Adil la kalau abang muntah-muntah, kena tempias ibu mengandung, buat kerja rumah, jaga sayang..." Pipi Tasha diusap lembut.

"Sedangkan sayang jaga satu nyawa yang begitu bermakna kepada semua. Walaupun bila tengok macam senang. Tapi abang yakin sangat susah. Lagi-lagi ini first time sayang mengandung. Kan ?"

Tasha mengangguk kecil. Agak tercuit hatinya bila Firdaus memahaminya.

"So, fear and square. Abang rasa susahnya, sayang pun rasa susahnya. Walaupun sayang lebih susah dari abang. Abang beruntung dapat sayang yang tak kenal erti putus asa. Terima kasih sayang sebab dah kandungkan anak abang," Tangannya turun mengusap perut Tasha yang membulat besar.

Mata Tasha sudah berlinangan mendengar kata-kata suaminya. Terharu. HoHoHo.

"Dah tak mau sedih-sedih. Abang nak masak jap. Sayang duduk sini tau," Firdaus bangkit dari duduk.

Dahi Tasha dikucup lembut. "Love you," dibisik kata cinta sebelum melangkah masuk ke dalam dapur.

Tasha hanya membiarkan Firdaus berlalu. Suaranya tidak terkeluar.

Diusap perutnya sendiri.

'Baby, ayah buat ibu speechless lagi dengan kata-kata manisnya... Such a sweet talker'

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

"Sayang..."

Tasha yang sedang menonton televisyen berpaling ke arah Firdaus yang baru turun. Dipandang tubuh Firdaus atas bawah dengan dahi berkerut.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now