Firdaus masuk ke dalam rumahnya. Dia balik agak lewat malam ini. Kerja di pejabatnya agak banyak pada hari ini. Menjadi CEO syarikat memang sangat memenatkan.
Firdaus melihat ruang tamu yang masih terang benderang. Firdaus melangkah mendekati sofa apabila terlihat seperti ada susuk tubuh berbaring di atas sofa itu.
Firdaus tersenyum kecil melihat Tasha yang terbaring lena di atas sofa itu. Firdaus duduk melutut di tepi sofa. Dia menilik wajah bersih Tasha. Memang cantik.
Firdaus mengelus lembut pipi Tasha. Lembut !
Firdaus tersengih. Walaupun hatinya masih berasa sakit. Tapi, apabila melibatkan nafsu dia tidak dapat mengawalnya.
Tasha berasa ada yang mengelus pipinya. Dia membuka mata perlahan-lahan.
"Aus ?"Tasha duduk dari terus berbaring.
Firdaus tersentak. Dia mengalihkan tangan dari terus mengelus pipi Tasha. Firdaus mengosok belakang lehernya. Cuba menyembunyikan rasa malu.
Tasha melihat jam di diding.
11:18 malam
"Lambat kau balik," sindir Tasha.
Tasha berpeluk tubuh. Acah-acah merajuk.
Firdaus mengaru keningnya yang tidak gatal menggunakan jari kelingking. Dia berasa bersalah.
"Sorry. Kerja banyak sangat hari ini. Sorry tak sempat makan malam dengan kau," pinta Firdaus. Dia menarik tangan Tasha dan digengam.
"Kau dah makan belum ?" tanya Tasha. Mengubah topik.
"Belum," ujar Firdaus bersama gelengan serta cebikan.
"Alolo. Jom. Aku panaskan lauk kita makan sama-sama. Sebelum tu, kau pergi mandi dulu, erk ?"
Tasha bangkit dari duduk. Dia melangkah masuk ke dalam dapur.
"Eh, kejap-kejap. Kau tak makan lagi ke ?" tanya Firdaus hairan. Dia menghalang Tasha dari terus melangkah.
Tasha tersengih. Kepala yang tidak gatal di garu.
"Belum," ujar Tasha bersama sengihan.
Firdaus membeliakkan mata.
"Belum ? Kenapa tak makan lagi? Nanti kalau kau sakit macam mana," bebel Firdaus.
Tasha mencebikkan bibirnya.
"Aku tunggu kau lah. Kau yang buat aku lambat makan. Kitakan selalu makan sesama, kalau aku makan sorang rasa sunyi lah," terang Tasha bersama cebikan bibir.
Firdaus mengeluh.
"Yela. Aku pergi mandi dulu. Nanti kita makan sesama, ye ?"
Tasha tersenyum manis. Dia menganggukan kepala dengan laju.
Firdaus mengosok kepala Tasha sehingga membuatkan rambut Tasha berserabai.
"Hish !" Tasha menepis tangan Firdaus yang mengusutkan rambutnya.
Firdaus ketawa senang. Dia menaiki tangga dengan ketawa yang masih bersisa.
Tasha tersenyum. Nampaknya Firdaus boleh di bawa bergurau seperti selalu. Tasha berlalu ke dapur untuk memanaskan makanan yang telah dimasaknya petang tadi.
○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°
Selepas makan malam, Firdaus dan Tasha bersama-sama mengemas meja makan.
Tasha menarik tangan Firdaus yang ingin menaiki tangga.
"Aku nak cakap sikit," ujar Tasha.
Firdaus mengerutkan dahi."Nak cakap apa ?" tanya Firdaus. Dia melabuhkan duduk di atas sofa.
Tasha duduk di sebelah Firdaus. Dia duduk bersila di atas sofa sambil menghadap Firdaus.
"Errr... Kau dah tak marahkan aku ?" tanya Tasha teragak-agak
Firdaus mengerutkan dahi yang sedia di kerut.
"Marah ? Sebab apa aku nak marah kau pulak ?" soal Firdaus.
"Pasal... Malam tadi..." ujar Tasha perlahan.
"Ouh..." Firdaus baru dapat mengangkap kata-kata Tasha. Dia memberikan senyuman kepada Tasha. Tidak mahu Tasha bersusah hati.
"Aku tak marah pun. Cuma..." Firdaus mengantungkan kata-katanya.
"Cuma ?" tanya Tasha.
Firdaus memandang Tasha. Dia merenung ke dalam mata Tasha. Tasha membalas renungan Firdaus. Firdaus tersenyum. Nampaknya Tasha sudah kembali seperti selalu.
"Cuma rasa sakit hati je. Yelakan. Kita dekat sini sayangkan dia, cintakan dia, ingat dekat dia. Yang dia pulak sayang orang lain, cinta orang lain, ingat orang lain. Mana tak hati ni sakit," bebel Firdaus. Dia berpeluk tubuh. Acah-acah merajuk.
"Sorry..." ucap Tasha perlahan. Wajahnya seperti ingin menangis.
Firdaus mengerling Tasha. Dia sudah berasa bersalah.
"Eh, janganlah nangis. Hati aku lagi sakit tengok kau nangis," ujar Firdaus.
Tasha tersenyum.
"Mana aku nangis," nafi Tasha.
"Eleh. Tak nak ngaku pulak," Firdaus mencuit hidung Tasha.
Tasha mencebikkan bibirnya.
"Aku minta maaf. Aku tak sepatutnya ingatkan orang lain. Walaupun... Kau tau kan dia siapa ?" tanya Tasha.
Firdaus tersenyum. Dia mengangguk. Dia memberikan Tasha ruang untuk bersuara. Tasha kembali bersuara.
"Kau tau kan cara aku hidup sebelum kahwin dengan kau ? Memang aku dah berubah. Memang aku dah lupakan dia, tapi... Aku tak tau kenapa semalam aku tiba-tiba ingatkan dia.
Tapi, semalam je. Lepas kau dah tak cakap banyak dengan aku seperti selalu, aku baru sedar yang aku hanya perlukan kau. And aku akan cuba menghapuskan nama Rania Amylia dari kamus hidup aku," jelas Tasha pangjang lebar.
Firdaus tersenyum.
"Aku akan bersama dengan kau walau apa pun terjadi. And, kalau di izin allah aku akan bimbing kau supaya dapat melupakan sejarah hitam kau. Itu janji aku. In Syaa Allah." balas Firdaus.
Tasha tersenyum.
"Terima kasih," ucap Tasha.
Firdaus mengangguk. Seketika dia berdehem.
"Tadi aku dengar ada orang tu cakap yang dia perlukan aku dalam hidup dia. Untung badan," perli Firdaus.
Tasha menjuihkan bibir.
"Eleh. Yang dia tu, cakap sayang dekat akulah, cinta dekat akulah, selalu ingat kat aku lah. Lagi untung," sindir Tasha. Dia tersenyum sinis
'Nak lawan sangatkan' monolog hati Tasha.
Firdaus tersengih. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata termalu sendiri.
"So... Now ? Kosong-kosong ?" tanya Firdaus untuk menutup malunya.
"Yup. Kosong-kosong," balas Tasha bersama senyuman manis.
Firdaus membalas senyuman Tasha. Dalam hatinya berdoa agar Allah SWT meredhai perkahwinan mereka.
Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup mereka dan semoga rumah tangga mereka berkekalan. Amin !
YOU ARE READING
Lesbian Itu Isteri Aku
Overig●TAMAT● WARNING🔞 Ayu Natasha, nama pun sudah ayu. Inikan pula orangnya. Disebalik keayuannya ada tersimpan perangai yang tidak diketahui oleh orang luar. Ayu atau lebih dikenali sebagai Tasha mempunyai keinginan terhadap kaum sejantina. Dia jadi be...