CHAPTER 33

13.6K 67 7
                                    

"Jom," Ajak Firdaus.

Mereka keluar dari bilik hotel berjalan ke lif untuk turun ke bawah.

Akhirnya, malam ini Firdaus mengajak Tasha keluar juga. Walaupun Tasha tidak tahu mereka akan pergi ke mana tetapi dia tetap gembira. Tasha ada bertanya Firdaus lokasi yang mereka akan pergi tapi hanya di balas dengan senyuman semanis gula dia tu. Geram pulak Tasha rasa.

Keluar sahaja dari hotel teksi sudah menunggu mereka. Dalam beberapa minit di dalam kereta mereka sampai di sebuah jeti.

JETI ? Buat apa dekat jeti.
Tasha memandang Firdaus meminta penjelasan.

"Jom," Ajak Firdaus.

Tasha masih mematungkan diri di dalam kereta. Speechless.

Pintu di sebelah Tasha dibuka oleh Firdaus. Dia meminta Tasha untuk keluar.

Tasha hanya mengikut. Dia memandang Firdaus yang memberikannya senyuman.

Firdaus menunjukkan lengannya menyuruh Tasha memaut. Tasha memaut tanpa bantahan. Mereka melangkang ke dalam jeti.

Tasha terpegun. Dihadapannya terdapat sebuah feri yang besar. Tasha memandang Firdaus tidak percaya.

Firdaus hanya tersenyum manis. Dia menarik Tasha masuk ke dalam feri itu.

Tasha melihat sekeliling. Mewah. Ya, sangat mewah. Tasha seakan tidak percaya apa yang dirasakannya sekarang. Berada dalam kapal mewah bersama orang tersayang memang angan-angannya dari dulu.

Romantik bot. Firdaus membawa Tasha menaiki romantik bot. Memang niatnya untuk membuat kejutan pada Tasha. Candle light dinner di atas romantik bot.

Seorang pelayan membawa mereka ke sebuah meja. Firdaus menarik kerusi untuk Tasha.

Tasha tersenyum malu. Tidak disangka Firdaus seromantik ini. Gembira hatinya bila mendapat layanan yang istimewa dari sang suami.

"Suka ?" Tanya Firdaus lembut. Mereka duduk bertentangan. Dapat dilihat pada wajah Tasha keterujaan yang tak terhingga.

Tasha mengangguk laju.

"Suka sangat," Balas Tasha laju. Tasha tersenyum comel.

Firdaus membalas senyuman Tasha dengan senyuman manis.

"Awak yang buat semua ni ?" Tanya Tasha ingin tahu.

Firdaus mengangguk kecil.

Tasha tidak jadi bersuara setelah pelayan menghidangkan makanan. Terliur Tasha melihat masakan jepun yang terhidang di atas meja. Dia mendongak memandang wajah tampan Firdaus.

Senyuman pencair hati tidak lekang di wajah Firdaus. Firdaus mengenggam tangan kanan Tasha yang terletak di atas meja.

"Thanks sebab sudi hadir dalam hidup abang. Mengisi kekosongan yang ada. Abang bertuah dapat isteri macam sayang. Sayang lah segala-galanya bagi abang. Kalau sayang tak ada tak tau la abang nak tempuh kehidupan ni macam mana. Thanks again," ucap Firdaus penuh romantik.

"Asya pun nak ucap terima juga sebab terima diri Asya walaupun abang tau dulu Asya macam mana, tapi abang tetap nak jadikan Asya isteri abang. Abang sabar dengan perangai Asya yang entah apa-apa ni. Asya pun tak boleh hidup tanpa abang," Genggaman tangan Firdaus dibalas.

Mereka membalas senyuman.

"Abang harap rumah tangga kita akan kekal hingga ke jannah,"

"Insyaa Allah. Amin..."

Firdaus tertawa kecil.

"Makan lah," Jemput Firdaus.

Dekat sejam mereka berada di dalam kapal itu. Memang sangat tenang. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Rasa nyaman.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now