CHAPTER 41

6.3K 42 0
                                    

"Morning !"

Firdaus memeluk Tasha yang sedang sibuk menyediakan sarapan dari belakang. Pipi gebu Tasha diciumnya.

Tasha tersenyum senang menerima ciuman daripada suami terchenta. Nasib baik la dia dah mandi sebelum solat subuh tadi. Kalau tidak tak selesa la.

"Morning, abang !" Tasha pusing menghadap Firdaus. Dilihat Firdaus atas bawah. Suaminya itu segak berkemeja biru gelap. Cair dia yang melihatnya.

"Awal abang siap harini?" kata Tasha. Pelik pun ada. Selalunya lepas sarapan bersamanya baru suaminya itu bersiap untuk ke tempat kerja.

Firdaus tarik senyum mendengar kata-kata Tasha yang agak tidak puas hati. Hidung yang tak berapa nak mancung Tasha dicuitnya.

"Hari ni abang ada meeting awal pagi. Sebab tu abang bersiap awal," terang Firdaus. Tidak mahu membuatkan wanita yang dicintai risau.

Tasha mengangguk faham. "Dah. Duduk lah. Breakfast," Tasha menarik Firdaus duduk diatas kerusi meja makan.

Nasi lemak dicedok ke pinggan Firdaus. Lauk turut dicedok masuk ke pinggan suaminya.

"Wah, nasi lemak !" Firdaus teruja. Matanya bersinar-sinar melihat hidangan pagi mereka.

Tasha tersenyum. Nasi dan lauk sudah siap diletakkan di dalam pinggannya. Tangan mula ditadah bila Firdaus mula membaca doa makan. Doa diaminkan.

Firdaus makan dengan berselera. Senang Tasha melihatnya.

○◎°○◎°○◎°○◎°○◎°

Firdaus menghulurkan tali lehernya pada Tasha. Wajah seposen ditayangkan. Sengaja minta perhatian.

Tasha memandang tali leher dan wajah Firdaus silih berganti. Kening dijongket sambil memandang wajah Firdaus. Faham sangat apa yang ingin Firdaus sampaikan. Tapi, sengaja di buat-buat tak faham. HAHAHA.

"Tolong pakaikan ?" pinta Firdaus bersama sengihan.

Tasha tarik senyum. Tali leher yang dihulur Firdaus diambilnya. Kaki dijengket sedikit supaya menyamai ketinggian mereka. Biasa la. Dia ni kurang tinggi.

Firdaus turut merendahkan ketinggiannya. Kesian melihat isterinya terjengket-jengket. Tangan diletakkan dipinggang Tasha. Ditarik badan Tasha rapat ke badannya.

Tasha terdorong ke depan bila ditarik Firdaus. Kepala digeleng kecil bila terasa Firdaus mula naik miang. Tasha mengikat tali leher Firdaus tenang. Padahal dia agak terganggu dengan panahan mata Firdaus.

Firdaus tersenyum bila terasa diri dimanjai.

"Dah," Tasha menepuk perlahan dada bidang Firdaus bila dia selesai mengikat tali leher Firdaus.

Firdaus menatap wajah Tasha. Senyuman tidak lekang diwajahnya.

"Abang..." Tasha membuat muka bila Firdaus masih tidak melepaskan pelukan dipinggangnya.

"Ala... Kejap la," Firdaus berkata meleret. Sengaja nak mengada dengan isterinya.

"Manja ni kenapa ?" Tasha ketawa kecil. Pipi Firdaus ditepuk kecil.

Firdaus tersengih. "Saja," dia membalas ringkas. Dahi Tasha dikucup lembut.

"Duduk rumah elok-elok. Kunci pintu tau," pesan Firdaus. Kepala Tasha digosok. Manja.

Tasha mengangguk mengerti. Hari ini dia tidak ke pejabat. Hanya melakukan kerja pejabat dirumah. Saja. Tidak ada urusan penting yang memerlukan dirinya di pejabat sebab tu dia mengambil keputusan bekerja dari rumah sahaja.

"Abang pergi dulu," Firdaus melangkah ke pintu utama. Baru sahaja tangannya ingin menyentuh tombol pintu dirinya terasa ditarik.

"Wait !" Tasha menarik tali leher Firdaus. Pipi Firdaus dikucup seketika.

Lesbian Itu Isteri AkuWhere stories live. Discover now